𝗕𝗮𝗯 3

12 4 2
                                    

Hayden yang berpakaian hoodie dan sweatpants putih itu turun untuk bersarapan dengan ibubapanya.

Hayden menguap. "Morning daddy, morning mommy."

Sekarang jam menunjukkan pukul 8:07 pagi.

"Solat Subuh tak tadi?" Soal Puan Kharissa.

"Solat, cuma lepas solat tuh Hayden TERsambung tido pulak." Saja dia tekan kan perkataan 'ter' itu.

"Ish-ish kamu ni." Tergeleng Puan Kharissa dengan karenah anak bongsunya.

Khalif yang baru balik dari berjoging itu ingin ke biliknya tetapi dihalang oleh ibunya. Selepas sahaja solat Subuh dia terus keluar pergi berjoging awal pagi tadi.

"Abang, kamu nak kemana tu? Jom la makan breakfast dulu." Pelawa Puan Kharissa.

"Oh.. urm. Khalif baru lepas joging ni mummy. Khalif nak pergi mandi kejap. Berpeluh ni."

"Ala takpe la makan la dulu."

"Ok." Khalif hanya patuh dengan arahan Puan Kharissa.

Dia menarik kerusi bersebelahan dengan Puan Kharissa dan duduk disitu.

"Ehem ehem. Hayden... Daddy nak kamu dengan Khalif balik kampung. Balik rumah Tok Ayah dan kemas rumah tu secepat mungkin. Daddy nak jual rumah tu." Ujar Dato' Hamdan.

"Ala daddy. Tak nak la Hayden balik kampung. Dah la internet slow, nyamuk banyak, lepastu panas pulak tu. Baik suruh Khalif sorang je." Balas Hayden.

"Eh, aku pun tak hingin lah nak pergi balik kampung dengan kau. Daddy yang suruh kita balik berdua. Kau ikut je lah." Celah Khalif sambil menyuap Bihun goreng kemulut.

"Hayden, kamu tak payah nak mengada. Dah namanya kampung, mesti la internet slow. Panas tu biasalah. Kalau ada nyamuk, pakai kelambu. Apa yang susah sangat." Kata Dato' Hamdan sambil menjeling Hayden disebelahnya.

"Ala, tapi daddy..." Belum sempat Hayden menghabiskan ayatnya, Dato' Hamdan mencelah dahulu.

"Daddy tak kira. kamu kena balik Kampung jugak. Apani, nama ja anak jantan. Takkan nak balik kampung pun takut?" Soal Dato' Hamdan sinis.

"Ish, fine." Hayden mengeluh.

"Åh pappa, han gillar verkligen att tvinga människor. Kommer han ihåg att jag är rädd för att gå tillbaka till byn? kom igen, det här är Hayden. utmana inte en Hayden Khalis."( Aduh daddy, suka sangat paksa orang. Dia ingat aku takut nak balik kampung? Come on la, ni Hayden kot. Jangan nak cabar seorang Hayden Khalis). Bisik Hayden pada diri sendiri.

"Kamu cakap apa?" Soal Dato' Hamdan apabila dia terdengar Hayden cakap pada dirinya sendiri.

"Erm, takde pape." Hayden senyum janggal.

"Dia merungut dalam swedish la tu." Celah Khalif.

"Mana ada, fitnah je ko Khalif!" Nafi Hayden.

"Was für ein Lügner, glaubt er, er könnte mich austricksen?" (Dasar penipu, dia ingat dia boleh tipu aku ke?) Ujar Khalif.

"Ha daddy, entah-entah dia yang mengutuk Hayden! Astu tuduh aku lak!" Marah Hayden.

Khalif menjelingnya tajam. Ee dia ni, ada jugak kang yang mati. kata Khalif di dalam hatinya.

"Sudah! Kita ni tengah makan. Takkan depan rezeki pun nak bergaduh? Hah?! Jawap dengan mommy! Kamu nak bergaduh lagi ke depan rezeki ni Hayden?! Come on la, kamu tu dah besar. Buat sikit perangai elok-elok. Jangan sampai mommy tak masak langsung dekat kamu." Celah Puan Kharissa yang sedari dari tadi hanya mendiamkan diri dengan nada yang tegas.

"Sorry mommy." Hayden tertunduk.

'Ceh, malu la tu! Padan muka.' Khalif tersenyum sendiri.

"Korang balik kampung esok." Ujar Dato' Hamdan tenang.

"Baik." Hanya sepatah perkataan itu sahaja yang keluar dari mulut Khalif.

"Hurmm fine." Hayden memuncungkan mulut.

Hayden yang berada dibiliknya sedang mengemas baju yang diletakkan di dalam beg galasnya untuk esok. Mereka akan bergerak dari KL ke Kuala Muda, Kedah pada pukul 7 pagi. Selepas sahaja solat Subuh dan makan, mereka akan mula bergerak balik ke kampung.

"Ok nice, sekarang kena pergi isi minyak motor je." Khalif keluar dari biliknya ingin ke garaj untuk mengisi minyak motornya di Petronas.

Vrom vrom....

Dia yang berjaket hitam dan bertopi keledar itu sedang memecut laju di atas jalan raya. Sekarang sudah pukul 10 malam. Jalan raya tidaklah terlalu sebok dan tidak juga sunyi. Suasana malam biasa Kuala Lumpur. Ada beberapa kenderaan yang lalu lalang. Selesai sahaja isi minyak motor, dia terus pergi bersiar-siar di sekitar Kuala Lumpur.

Tiba-tiba ada panggilan dari seseorang.
Dia berhenti ditepi jalan untuk menjawap panggilan tersebut.

'𝐍𝐚𝐳𝐫𝐚𝐧 𝐄𝐳𝐰𝐚𝐧'

"Hello Assalamualaikum Lif." Ujar Nazran.

"Waalaikummussalam...ye napa Naz?" Soalnya diingin.

"Urm..aku tahu untuk tak kacau kau tapi..ada job baru la bro. Boss suruh buat jugak."

"Aduh..kan aku dah cakap. Aku kat Malaysia. Mana boleh. Ni esok aku nak kena balik kampung pulak. Takde masa la aku nak buat kerja." Balas Khalif.

"Mana aku tahu Lif. Tau-tau tadi boss call aku kata ada job baru."

"Ah aku tak kira. Kau cakap kat boss aku tak nak ambik job tu kalini. Nanti aku dah balik Jerman aku accept la balik. Ni aku nak cuti kejap pun tak boleh ke?" Balasnya dengan bengang.

"Ala Lif, macam la kau tak tahu perangai boss tu. Takkan aku yang kena cakap. Mampus aku kena dengan dia nanti Lif."

"Hm..takpe. Nanti aku call dia sendiri. Thanks for the info."

"Kau kat mana sekarang."

"Tengah ambik angin kejap. Ni ha, kau tolong tau. Tolong jangan kasi boss tu suruh aku buat kerja lagi sementara aku kat sini. Dia ingat aku tak penat ke? Ni lagi lah, aku kat Malaysia kot. Nanti kalau mak bapak aku tahu macam mana? Bahaya nanti. Kau tolong tau."

"Ye ha, nanti aku cuba. Ok lah, aku nak kena cau dulu nanti aku call balik kalau ada info baru. Lebewohl mein Freund. Ich kann es kaum erwarten, wieder mit Ihnen zusammenzuarbeiten. See ya! Assalamualaikum." (Farewell my friend. Can't wait to work with you again.)

"Waalaikummussalam.."

Tit

Talian tamat.

"Hmph, orang tua tu. Aku nak balik kampung pun nak kasi job. Urgh, stress!" Khalif berkata kepada diri sendiri sebelum memakai semula topi keledarnya.

Apakah rahsia yang sebenarnye dia cuba pendamkan dari keluarganya?

𝑻𝒘𝒐 (𝐒𝐔)Where stories live. Discover now