𝗕𝗮𝗯 1

37 5 5
                                    

*Bunyi kapal terbang mendarat di lapangan terbang KLIA*

Dua bagasi besar di tarik keluar dari Airport itu oleh seorang lelaki muda dan tampan.

Dia berjalan ke kereta Velfire milik bapanya.

"Nah abang Rahman."

Dia memberikan bagasi tersebut kepada pemandu kereta tersebut.

Setelah hampir sejam di dalam kereta itu. Lelaki itu akhir sampai ke sebuah banglo besar milik bapanya. Lelaki itu keluar dari kereta itu dan melihat sekeliling banglo itu.

Ini adalah...𝐇𝐚𝐲𝐝𝐞𝐧 𝐊𝐡𝐚𝐥𝐢𝐬. Seorang usahawan yang sangat berjaya. Dia bakal mewarisi syarikat bapanya bila-bila masa sahaja.

"Wah, rumah ni makin cantik ye sejak saya pindah sana Abang Rahman." Puji Hayden.

"Betul tu." Jawap Abang Rahman.

9 tahun lalu. Hayden Khalis berpindah ke Sweden untuk sambung belajar di Lund University dalam bidang perniagaan. Dan dari situ dia menetap disana selama 4 tahun. Selepas dia habis belajar, dia balik ke tanah air berjumpa kembali bersana keluarganya dan selepas itu dia membuat keputusan untuk menetap di Sweden. Jadi, sudah hampir 5 tahun dia tidak pulang ke Malaysia.

"Adik!!!" Sebaik sahaja Hayden masuk kedalam rumah itu, ibunya berlari kearahnya dan terus membawa Hayden kedalam pelukannya. Nampak sangat bahawa ibunya sangat merindukannya.

"Erm.. mommy, kut ye pun rindu adik. Jangan la peluk kuat sangat. Nak tercekik adik." Adu Hayden.

"Heheh sorry. Hmm rindunya mommy kat anak bongsu mommy sorang ni." Balas Mommynya.

"Kut ya pun. Bagi la saya peluk dia pulang awaknye.. bagi la can kat saya pulak nak melepaskan rindu." Celah Daddy atau Dato' Hamdan.

Puan Kharissa meleraikan pelukan mereka. Hayden dengan penuh hormat bersalam dengan Daddynya dan kemudian berpelukan.

Tiba-tiba ada bunyi motosikal diluar rumah. Hayden dan ibubapanya berpaling kebelakang. Kelihatan ada seorang lelaki yang menaiki moto 𝗬𝗮𝗺𝗮𝗵𝗮 𝗥1. Dia turun daripada moto itu lalu mencabut topi keledarnya.

Ini adalah..𝐇𝐚𝐲𝐝𝐞𝐫 𝐊𝐡𝐚𝐥𝐢𝐟. Khalif adalah abang kembar kepada Hayden. Ye. Mereka adalah kembar. Walaupun muka Khalif dan Hayden agak sama. Tapi cara pakaian dan perangai mereka amat berbeza. Khalif berpindah ke Germany sacara mengejut tanpa mengatakan sebabnya hampir 10 tahun lalu dan tidak pulang langsung ke tanah air. Semasa itu dia baru berusia 18 tahun. Sekarang, dia sudah berbeza daripada dulu.

"I-itu Khalif ke Mo-mommy?" Soal Hayden. Hayden sendiri pun sudah lama tidak berjumpa dengan kembarnya sendiri. Sudah 10 tahun!

"Ye. Abang kamu balik sekali." Balas bapanya tenang.

Mommynya tergamam melihat anak sulungnya balik dengan mengejut.

"Daddy tak bagitahu Hayden pun." Kata Hayden.

Bapanya tidak membalas soalan itu. Dia hanya memandang kepada Khalif yang sedang berjalan kearah mereka.

"Assalamualaikum." Khalif memberi salam dengan tenang. Dia berpakaian serba gelap. Jaket leather hitam, t-shirt lengan panjang warna hitam dan seluar jean hitam. Amat berbeza dengan Hayden yang berserba pakaian cerah.

"Wa-waalaikummussalam Abang.." gagap seorang ibu menjawap salam yang diberi oleh si anak yang sudah 10 tahun tidak balik ke rumah.

"Waalaikummussalam Khalif." Dato' Hamdan menjawap salam.

Hanya Hayden sahaja yang terpaku melihat kembarnya sendiri.

"Kenapa kau balik?" Soal Hayden.

"Salah ke aku nak balik rumah mak bapak aku sendiri?" Bidas Khalif.

𝑻𝒘𝒐 (𝐒𝐔)Where stories live. Discover now