𝐂𝐡𝐚𝐩𝐭𝐞𝐫 14

Start from the beginning
                                    

"Err.. InshaAllah.." Sir Arfan sudah menggaru-garu kepalanya yang tidak gatal. Cikgu Azam menarik nafas sedalam-dalamnya untuk mengumpulkan segala kudrat yang ada bagi menceritakan hal yang sebenar kepada Sir Arfan .

"Kakak kau..dia.." Air mata Sir Arfan mengalir deras. Berita ini sungguh menyakitkan. Sepanjang tahun ini, pelbagai dugaan telah menimpa dirinya. Semalam dia diberitahu bahawa ayahnya curang. Sekarang,kakaknya pula di tahan di wad. Tapi kenapa? Apa yang berlaku?

Sir Arfan terpaksa memohon cuti selama seminggu untuk melawat kakaknya yang sedang di tahan di wad. Alicia tidak ikut serta kerana dia terlibat dengan kem Puteri Islam.

Sir Arfan berlari-lari anak menuju ke wad yang ditempatkan untuk kakaknya. Seorang doktor berkaca mata berdiri di hadapannya.

"Tuan ni,siapa ya? Ada hubungan dengan Cik Erica ke?" Soal Doktor tersebut.

"Ya,saya adiknya. Ini ibu Cik Erica dan ini juga adiknya. Kami datang nak melawat dia." Jawab Sir Arfan.

"Maaf ya, sebelum itu, saya mahu berjumpa dengan ibu tuan dahulu. Sila ikut saya ye puan." Doktor lelaki itu membawa Datin Arfiah ke kaunter. Sir Arfan memerhati dari jauh. Doktor tersebut kelihatan seperti sedang memaklumkan tentang apa yang berlaku terhadap Erica.

"Cik Erica ni anak puan ye?" Soal Doktor itu.

"Yes,she is my son. What happened?" Soal Datin Arfiah. Jelas di wajahnya nampak sungguh risau.

"For your information,anak puan perlu dijalankan pembedahan. Kerana dia menghidap kanser otak. Jika pembedahan tidak dijalankan dengan segera, sel kanser di dalam otaknya akan terus merebak. Dan ia akan memberi impak yang lebih buruk terhadap anak puan." Doktor itu cuba memahamkan situasi. Datin Arfiah menahan sebak.

'ya Allah,apa dah jadi dengan anak aku?'

Tiba-tiba soalan yang tidak diduga keluar dari mulut doktor tersebut.

"Anak puan dah berkahwin ke?" Soalnya.

"Why?" Tanya Sir Arfan tiba-tiba.

"We found out she was also pregnant. But, kandungannya gugur. So, we think she's married."

'Astaghfirullahal adzim..Ya Allah apa dah jadi dengan anak aku!?.. Siapa syaitan yang berani sentuh anak aku.. Dan macamana boleh gugur?'Air matanya tidak dapat dibendung lagi. Sungguh hatinya luluh mendengar berita itu.

"Saya nak pembedahan otak dijalankan dengan segera." Datin Arfiah membuat keputusan. Dia mahu anaknya sihat. Dia sangat sayangkan semua anaknya.

Sir Arfan meraup wajahnya berkali-kali. Dia sangat tidak percaya dengan apa yang sedang berlaku sekarang. Bagaimana kakaknya boleh terlanjur sedemikian? Sir Arfan melihat Datin Arfiah. Wajah tua itu dipandang lama. Perasaan simpati melihat keadaan ibunya membuak-buak. Dia yakin,Datin Arfiah sangat kecewa dengan apa yang berlaku.

Zahirah dari tadi hanya berdiam diri. Kakak yang sangat disayanginya telah menghancurkan perasaannya. Dia tidak sangka, ada lelaki yang berani menyentuh kakaknya. Lelaki seperti itu sangat tidak layak di panggil lelaki.

..

KUALA LUMPUR..

Berita mengenai anaknya,Erica sampai ke pengetahuan Dato' Harfan. Dato' Harfan mula terasa gelisah. Walaupun segala rancangannya berjaya,namun dapat di rasakan kebahagiaan yang dirasai ini hanya sementara. Segala kejahatannya akan terbongkar suatu hari nanti.

"This is your money. Now,don't meet me again. Anggap kita tak pernah kenal selama ni." Dato' Harfan menghulurkan beg yang berisi duit. Lelaki berpelitup muka itu tersenyum sinis lalu menerima duit tersebut.

𝐌𝐄𝐄𝐓 𝐌𝐘 𝐋𝐎𝐕𝐄𝐑 𝐇𝐄𝐑𝐄Where stories live. Discover now