00 • Prolog

162 16 2
                                        

Matanya menggigil tatkala bebolanya melilau ke kiri dan kanan dalam kegelapan. Walaupun penglihatannya sudah tiba pada had seorang manusia biasa, namun tetap dikerahnya juga retina mata untuk memproses keadaan sekeliling. Kelenjar peluhnya tidak henti mengeluarkan keringat membasahi wajah yang pucat. Giginya diketap, tidak ingin membuat apa-apa bunyi sementara kakinya melangkah ke belakang secara perlahan.

Dia perlu keluar dari sini.

Sedang dia berjalan mengundur, kaki yang diseret ke belakang tersepak sesuatu. Dia tersentak lalu berhenti pada langkahan terakhir. Liur ditelan dan nafas mula tersekat-sekat. Perlahan-lahan, dia memusingkan badannya ke belakang untuk melihat objek tersebut.

Jeritan penuh takut bergema di kerongkongnya tatkala melihat kepala rakannya yang terputus daripada tubuh tergolek-golek di dalam lopak darah sendiri. Badge polis penuh darah turut tenggelam di dalam lopak itu.

Dia terjatuh. Badannya menggigil dan air matanya mengalir.

Wajah yang amat dikenalinya itu masih terbuka matanya, juling ke atas dan bebolanya diwarnai merah darah yang meresap hingga ke anak mata. Mulutnya ternganga dan tidak akan tertutup kerana separuh daripadanya telahpun hancur, sebati dalam merahnya lopak darah.

Dia menutup mulut, loya mula terasa.

Namun begitu, fokusnya cepat teralih tatkala ngauman halus kedengaran dari arah belakang. Nafas hangat lembut mengelus bulu tengkuknya. Nampaknya, jeritan tadi telah menarik perhatian dia.

Tidak berlengah, dia terus maju ke hadapan, menolak tubuhnya berlari dengan sepenuh kudrat menjauhkan diri. Dia tidak tahu rupanya. Dia tidak tahu binatang apa yang mengejarnya. Namun satu yang dia tahu - ia dahagakan darah.

"Tak guna! Tak guna! Tak guna!" Dia menyumpah seranah diri sendiri bersama air mata ketakutan yang masih berlinangan.

Awalnya mereka berlima. Namun jelasnya, hanya dia sahaja yang masih bernyawa. Dia menambah kekuatan kakinya, berlari sepantas mungkin mencari jalan keluar.

Akan tetapi, apakan daya. Di dalam ketiadaan cahaya, dia seperti biri-biri yang tersesat tanpa arah. Lariannya membawa kepada jalan mati. Tiada lagi arah untuk dituju.

Grrr....

Ngauman halus itu semakin mendekat. Dia tidak punya pilihan. Pistol yang berbaki tiga butir peluru dibawa keluar, dibidik ke hadapan. Dia tidak melihat apa-apa kelibat namun dia yakin, ia ada di sana - di sebalik kegelapan itu, tersenyum sinis ke arahnya.

Krak!

Bang!

Tembakan rambang dilepaskan dari arah datangnya bunyi. Pistol mengeluarkan asap, namun tiada tanda-tanda ia menembak sesuatu. Fokusnya ditajamkan, pernafasan cuba dikawal.

Terlalu menumpukan perhatian ke arah kanan, dia terlupa kirinya terbuka. Pantas 'ia' menyambar pistol tersebut, mematahkannya seperti batang kayu lalu menghancurkannya menjadi debu.

Dia tidak lagi punya senjata, kini perlahan-lahan berundur ke belakang sehingga tubuhnya menyentuh dinding. Kakinya semakin lemah dimakan ketakutan yang dahsyat. Jantungnya berdegup kencang, tubuhnya menggigil. Perlahan-lahan dia membiarkan tubuhnya melurut ke bawah, pasrah akan takdir yang menanti.

Mata merah yang menyala di tengah kegelapan beserta taring yang berkilau di bawah kilauan malap. Raksasa itu berada di hadapannya, tersenyum sinis merangkak ke arahnya. Ngauman halus bergema, seolah meminta ungkapan terakhir.

Jarak antara mereka kian mendekat. Wajah sebenar ia kini dapat dilihat dengan kedua mata sendiri.

"Kau..." Gagap, dia cuba bersuara. "Kau m-,"

Makhluk itu menyerang, meragut nyawa dengan sekali libasan tangan.

***

⊰᯽⊱┈──╌❊ 11.03.24 ❊╌──┈⊰᯽⊱

⊰᯽⊱┈──╌❊ 11

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

⊰᯽⊱┈──╌❊ 11.03.24 ❊╌──┈⊰᯽⊱

A/N: hai! Lama menunggu? Terima kasih ya kerana sudi menantikan cerita ini. Akhirnya saya berpeluang untuk terbitkan prolog.

Cumanya saya ingin beritahu awal2, cerita ni mungkin akan jadi slow update. Harap bersabar ya. Boleh letak dalam library atau reading list untuk dapatkan notifikasi setiap chapter.

Jangan lupa vote dan komen. Arigatougozaimasu!

BEAST (On Hold)Where stories live. Discover now