"Huh. Stress sikit."

"Perempuan?" Irfan Danial menaikkan kening. Kalau pasal perempuan, dia tak boleh nak tolong. Maklumlah dia sudah ada Hawa.

"Nah.. pasal kerja." Tengku Elhan menidakkan.

"Pasal kerja pun stress. Relaks laa.." Irfan Danial menepuk bahu kawannya.

"Tak boleh nak relaks. Kalini lain dari biasa." Tengku Elhan senyum kelat.

Irfan mengerutkan dahi. Tak pernah tengok kawannya seperti ini. Biasa apa-apa sahaja masalah mesti dapat diatasi dengan mudah.

"Lain macam je. Share laa."

"Hmm kau tahu JM Gallery?"

Irfan Danial mengangguk. Takkan tak kenal, famous kot.

"Diorang tukar CEO baru. CEO muda. Perempuan." Ujar Tengku Elhan. Dikesat peluh diwajahnya.

"So? Takkan kau discriminate perempuan kot."

"Takdelah. Dia.. lain macam sikit. Entahlah. Dia macam orang yang aku kenal. Orang yang aku cari. Kau tahu kan?"

"Dhea?"

Tengku Elhan mengangguk. Irfan tahu kisahnya kerana lima tahun lepas bila dia menggila, Irfan yang ada dengan dia selain Emir. Dua minggu Irfan cuti kerja dan balik ke Malaysia kerana Tengku Elhan.

Menggila macam mana? Dia ke hulur ke hilir mencari Dhea. Habis semua pekerja menjadi mangsanya.

Pedih juga tahan telinga dengar tarbiah dari seorang Irfan Danial walaupun masa tu Irfan masih lagi seorang buaya.

"Takkan selama ni kau cari Dhea kau tak jumpa apa-apa? Company kau kan hebat. Ada PI lagi." Kadang Irfan pelik juga bila Tengku Elhan cerita Dhea boleh hilang macam tu je.

"Takde jejak langsung. Rumah yang dia duduk tu rumah sewa, bila check dengan owner. Owner tak nak buka mulut. Tanya kawan-kawan dia semua tak tahu. Aku cari info dekat U dia, kosong. Macam Dhea tak pernah study kat situ. Tu yang aku pelik."

"Family dia?"

Tengku Elhan menggeleng. Dia baru sedar kebodohannya. Dia langsung tak pernah bertanya pasal family Dhea. Bukan itu saja, dia langsung tak pernah ambil tahu tentang gadis itu kecuali Dhea sendiri yang bercerita.

"Aku tak pernah ambil tahu. Aku.." Tengku Elhan tidak mampu meneruskan kata-katanya. Banyak penyesalan dalam dirinya. Sepatutnya semasa Dhea pergi haritu, dia terus kejar Dhea. Namun kerana ego selepas sebulan baru dia ingin mencari Dhea.



🥀🥀🥀🥀🥀🥀




"ZAHRA." Seorang rakan sekerjanya mencuit bahu Zahra lalu muncungkan mulutnya ke arah seseorang.

Terus Zahra menoleh sebelum mendengus. Tak habis-habis mamat ni cari aku. Penatlah.

"Nak apa lagi datang sini? Saya dah cakap saya tak tahu!" Dengus Zahra.

Dulu memang dia rasa Dhea sangat beruntung bila didampingi lelaki sekacak Tengku Elhan. Sekarang? Rasa menyesal tidak menegah Dhea dari berkenalan dengan lelaki ini.

"Betul Dhea tak contact kau?"

"Takde Tengku. Sudahlah. Move on laa Tengku. Kalau dia kembali pun saya tak rasa dia nak balik pada Tengku laa." Ujar Zahra sedikit geram.

"Kalau dia contact kau. Make sure kau bagitahu aku." Ujar Tengku Elhan sebelum dia berlalu pergi.

Walaupun layanan Zahra padanya penuh dengan kebencian, Tengku Elhan tetap tidak berputus asa. Dia yakin Dhea akan kembali pada suatu hari nanti.

BUKAN KALI INI [C] ✅Hikayelerin yaşadığı yer. Şimdi keşfedin