𝒀𝒂𝒔𝒔𝒊𝒏'𝒔 // 𝟎𝟓

Start from the beginning
                                    

"BAS WEYH! BAS!" laung dua sekawan ini serentak.

Dan ya, bas hanya berlalu.

Iris menampar dahinya. Cuai!

"Itulah kau.. Degil! Sekarang ni kau nak balik naik apa? Driver aku tu dah sampai tu ha." Farhana sekali lagi mula berleter. Iris hanya buat masuk telinga kanan keluar telinga kiri.

"Tak apa, kau baliklah dulu. Ni aku ada handphone aku tempahlah Grab." lalu dia menayangkan telefonnya dan tersenyum arah sahabatnya.

"Betul ni?" gadis itu teragak-agak ingin melepaskan kawannya sendirian. Ingin dia menumpangkan Iris pulang tapi pasti gadis itu menolak dek kerana laluan rumah mereka bertentangan.

"Ya.. Betul dah bye." cuba meyakinkan sahabatnya itu.

"Bye. Take care. Nanti call kalau sampai rumah."

Farhana akur dan Iris hanya memandangnya dengan senyuman manis.

iPhone 11 miliknya dikeluarkan. Aplikasi grab dibuka.

"Eh, duit aku ni cukup ke nak tempah Grab? Nanti kalau Grab masuk dalam kawasan rumah aku mana dibenarkan kalau duit tak cukup." Iris berakap sendirian. Dan dia mula menyelongkar kocek seluarnya.

Tiada.

Kemudian, begnya pula yang diselongkar.

Tiada.

Tika ini Iris sudah hampir menangis. Dia tidak sanggup ingin menunggu bas sendirian selama satu jam.

"Allah... Apa nasib aku harini? Pagi tadi kena baling dengan sampah. Lepas tu waktu rehat tadi makanan yang aku nak beli habis. Waktu nak balik kena langgar dengan babun sewel tu. Sekarang? Duit hilang." keluhnya lalu meraup kasar rambutnya kebelakang.

Dia mundar-mandir.

"Nak aku pergi lepak dekat kedai dulu tak ada duit. Huft." Iris mengeluh panjang dan kembali duduk di pondok bas itu.

Mahu tidak mahu dia duduk di sini selama satu jam.

10 minit masa berlalu, tidak ada tanda-tanda bas akan masuk ke kawasan SMK Akedemik Bangsa. Iris mula pasrah dengan hidupnya. Main telefon rasa tak tenteram hatinya.

Iris bangun sambil mengalas beg hitam miliknya. Dia bergerak sisi pondok bas. Tiang bas dipeluk.

Iris ada satu habit dimana dia suka memeluk tiang jika sedang menunggu sesuatu.

"Tinggi dan keras macam Sir Yassin. Astaga... Apa kena dengan mulut gatal aku ni?" kemudian dia menampar lembut mulutnya.

VROOM! VROOM!

"EYY MU NI ADO YANG KENA LEPUK DENGAN AKU KANG! AKU TENGAH LAPAR NI KAU KACAU." latah Iris spontan. Dia memandang ke arah Yamaha YZF R6 dan perlahan-lahan naik ke atas melihat pemiliknya.

Kacak! Lelaki auto nampak cool bila naik bike!

"Lo lagi ngapain nggak pulang? Nungguin pacar?" soalan dilontarkan oleh Arjuna. Ya lelaki Yamaha YZF R6 yang gempak, berat dan laju itu adalah Arjuna Narendra!

[𝐒𝐔]-𝐒𝐔𝐀𝐌𝐈𝐊𝐔 𝐂𝐈𝐊𝐆𝐔 𝐘𝐀𝐒𝐒𝐈𝐍Where stories live. Discover now