BAB 1 | KUTIP

97 14 22
                                    

Farisha POV

Aku tersenyum apabila sudah selamat sampai di rumah semalam. Along aku, Muhammad Badrul, yang mengambil aku bersama dua adik aku, Faruq dan Dahin. Adik bongsu kami pula, Raimi berada di rumah pengasuh.

Kedua-dua orang tua kami sudah tiada. Meninggal kerana kemalangan jalan raya. Jadi Along lah yang menjaga kami sejak di usia muda bersama mak su. Memandangkan Mak su tak ada lagi jodoh, kami tinggal bersamanya.

Entah lah bila dia nak kahwin. Tapi yang pasti, dia bagi aku inspirasi.

"Mak su, mak su. Kenapa kita tak ada pak su?" Soalan aku ketika baru berusia 7 tahun.

"Sebab tak ada lah." Balasan selamba dia.

Memang aku yang baru nak jadi bijak ni faham.

"Tapi kawan kita ada?"

"Sebab dia memang ada."

"Kalau tetiba tak ada tu?"

"Dah tujuh kaki dalam lah tu."

Aku rasa kalau aku yang sekarang tanya, dia balas macam tu, memang aku cubit dia. Balasah tak boleh munasabah lagi?

Tapi apa yang buat aku terinspirasi tu, sebab tekad dia.

Rich auntie.

Itu apa yang mak su aku nak jadi dan aku nak follow up dia! Aku akan single-mingle-giggle sampai tua! Tak payah pikir fasal lelaki nak curang ke, kahwin dua ke tiga ke, tak payah!

Kan senang hidup aku?

Mak su aku pun buat lek wat peace aje.

***

"Kenal kan, bakal pak su korang."

Air coklat aku tersembur. Faruq kalah ML. Dahin tercekik nugget. Raimi tersepak kaki along dan along tersadung dengan sakitnya.

"What?" Aku.

"Hah?" Faruq.

"Bruh?" Dahin.

"Along okay ke tu?" Raimi.

"Along.. Along okay."

Mak su aku tahan gelak dengan riaksi kami selepas selamba badak dia aje tunjuk satu gambar jembalang yang entah mana dia main beli. Lama kami merenung gambar lelaki itu di dalam phone mak su.

"Apa ni?" Aku menyoal.

"Mana mak su kutip?" Faruq menyambung.

"Is he insane?" Dahin mengikut.

"Wow, dada besar-"

"Risha! Apa kau ajar Rai?!" Along menjerit sebelum menarik Raimi dan memandangkan aku penuh buruk sangka. Coi! For a record, aku tak pernah ajar dia bukan-bukan selain berkongsi lelaki idaman aku!

And for another record, semua yang aku tunjuk gambar buntut Wriothesley!

Bro have a bigger cake than mine.

Damn three dimensions man.

"Put aside Rai's comment, asal korang bunyi lain macam aje?" Mak su menyoal bersama mata yang terjegil geram.

"Risau lah. Dia nak kahwin dengan mak su kut?" Balas ku seakan fakta.

"Tah, kalau muka nampak baik tapi otak tak ada sangat macam angah, tak ke neraka hidup mak su nanti? Sorang angah dah cukup rasanya dalam hidup mak su."

Terus aku mencekik Faruq di sebelah.

"Mengucap loh! Mengucap sebelum gue bunuhin kamu!"

"Hin! Tolong Hin!"

AMORE : LOVEWhere stories live. Discover now