SAYANG S2 : JANJI CHAPTER 20

72 2 0
                                    


HAI SEMUA...MUNCUL KEMBALI KITA. TAK BERAPA SIHAT SIKIT SKANG NI. BATUK DA BAPE HARI DAH SAMPAI TAK SELESA DADA NI. KALAU ADA SAPA2 TAU UBAT UTK BATUK YG MUJARAB BOLEH LA BG TAU YE. SKANG NI KEMAM LOZEN JE LA SLALU. ANYWAY KORANG SEMUA JAGA KESIHATAN ELOK2 YE. TAKE CARE GUYS.










   Aku hanya terbaring dikatil aku dr lepas solat zohor td. Bila shahrul nak balik ni...getus hatiku. Siling bilik aku tenung tajam smbil memikirkan bermacam pekara. "Sudah2 la tenung  siling tu...kesian dia tk buat salah apa2"kata Mad tiba2. "Hmmm...ye la"balasku malas. "Ni mesti rindu adik angkat dia la ni kan...haha"kata Yen. "A ah rindu"jawabku pendek. Malas aku nak lawan kata dengan di Yen ni...buat penat mulut aku je. "Haaa...kan betul aku teka...haha"kata Yen. Lalu aku pon lelapkan diri aku dr dunia tipu2 ni. Biarlah aku membawa sepi diri aku ke dalam dunia mimpi agar apa yg aku inginkan termakbul.

   Aku terjaga dr tidur lepas 2 jam lbh aku terlelap. Sedap betul tidur petang2 ni. Aku terdengar bunyi yg sedikit bising diluar. "Wei...ada kereta besar kat luar la. Ada anak org kaya ke skolah sini?"kata Dhail yg tiba2 masuk bilik dengan gopoh lalu keluar kembali. "Ape benda la dia ni"kata Iman. Aku menguap serta mengeliatkan badan aku serentak pakej 2in1 sambil mendengar yg diluar semakin bingit dengan suara2 monyet2...haha...jahat nye aku. Pekara diluar sedikit menarik perhatian aku tp katil aku tidak mahu melepaskan aku jd aku terpaksa menemani katil aku kembali...boleh kan?hehe.

   "Wan...adik kau da balik tu?"kata Yen. "Huh?bila masa aku ada adek?"kataku. Aku mendengar suara yg semakin kuat diluar. "Assalamualaikum". Aku terduduk. Aku kenal suara yg memberi salam ni. Aku memalingkan muka ke arah pintu dan melihat susuk tubuh yg aku rindui beberapa hari ni. "Shahrul!"jeritku lalu pergi mendapatkan dia. Aku berdiri dihadapan dia smbil tersenyum. Nak sj aku memeluknya erat tp dihadapan mata2 yg melihat aku harus mengawal diri aku ni.

   "Bila awk balik? Awk sihat da ke? Sapa hantar awk balik ni? Da makan belom?"bertubi-tubi pertanyaan aku berikan kpd dia dan dia tersenyum sj melihat aku. "Rindu sy tak?"kata Shahrul. Punya la banyak soalan aku tanya td alih2 dia tanya aku balik dengan soalan ni. "A ah rindu la. Kami semua rindu kat Shahrul"kataku. "Kami tak rindu pun kau tp pendek ni je yg rindu mcm org gila je nampak"kata Dhail tiba2. Aku hanya menepuk dahi shj. "Jom"ajak Shahrul smbil menarik tangan aku. "Ehhh...nak g mana ni?tanyaku tp tak dijawabnya.

   Aku ditarik Shahrul ke mana arah tuju pon aku tak tahu lagi tp kami turun ke tingkat bawah dan sekarang aku pasti kami menuju ke arah sekumpulan manusia diluar pagar aspura dengan kereta  besar dan mahal. Aku ditarik mendekati mereka dan mereka memandang ke arah kami. "Mama,papa..ni la org yg adik cerita kat mama dan papa hari tu"kata Shahrul smbil tersenyum. Aku hanya memandang senyuman Shahrul yg aku rindu tu sj dan kemudian tersedar lalu memandang ke arah orang2 dihadapan aku kembali. Apa benda la yg si Shahrul cerita kat mama n papa dia ni...risau pulak aku.

   Aku menghulurkan tangan aku untuk bersalam dan salam aku disambut mesra papa Shahrul dan aku hanya menunduk hormat kepada mamanya pula smbil memberikan senyuman maha comel no jutsu sekali. "Alahaiiii...comelnye budak ni dik...korang sebaya ke...nama nya siap?"tanya mamanya. "Nama sy Mohamad Hazwan...bole panggil Wan je. Saya pelajar tingkatan 5 kat sini"kataku. "Mama...Wan ni senior adik la"terang Shahrul. "Laaa...maafkan makcik ye...ingatkan anak ni sebaya dengan anak makcik"katanya lembut. Aku suka melihat mama Shahrul ni. Cantik dan lembut je tutur katanya. Papanya pun sama dr td tak lekang senyum dan hensem jugak aku tgk walaupun berumur da.

    "Terima kasih la sbb jaga anak pakcik masa dia tak sihat hari tu. Anak pakcik ni da cerita semua kat kami. Tu yg kami dtg hari ni nak ucapkan terima kasih kpd kamu"kata papa Shahrul. "Ye Wan..mak cik pon sama nak ucap terima kasih. Shahrul ni bukan jenis nak makan ubat tp dia cerita Wan paksa dia mkn ubat. Nasib baik Wan ada"kata mama Shahrul. Tengah kami sembang2 tiba2 pengetua dtg menghampiri. "Assalamualaikum Datuk Shahrizan,Datin Shila"panggil pengetua. "Waalaikumsalam Tuan Khaled. Mama jom ke ke sana jap"ajak papa Shahrul kpd isterinya.

   "Awk cerita apa kat family awk?"tanyaku kpd Shahrul. "Hehe...sy cerita awk jaga sy je la...tu je"katanya smbil tersenyum. "Malu sy tau tak...da la baru bangun tidur td...bg la tau awal2"kataku. "Haha...ehhh jap...sy kenalkan Wan dengan abg sy...dia pun ada ikut sekali tp naik kereta lain la"kata Shahrul smbil melangkah ke arah sebuah kereta dibelakang kereta besar milik papanya ni. Shahrul merangkul tengkuk seorang lelaki disebelahnya dan melangkah ke arah aku. Aku seperti kenal lelaki tersebut...ya aku kenal dia ni. "Wan...ni abg sy Shahkir nama dia"kata shahrul memperkenalkan abgnya kepada aku. "Ehh...abg Shahkir ni abg kpd Shahrul ke?"tanyaku smbil abg Shahkir hanya tersenyum melihat aku. "Kenal ke?"tanya Shahrul. "Abg ni penah tumpangkan sy masa balik outing jumaat haritu"kataku. "A ah...abg tumpangkan dia...hantar smpai sini"terang abg Shahkir. "Abg tak buat apa2 kan kat dia?"tanya Shahrul yg memandang tajam kpd abgnya. "Ishh...awk ni abg awk tumpangkan sy je...lg pon sy jumpa abg Shahkir dengan girlfriend dia hari tu"kataku smbil melihat abg Shahkir buat muka tak tahu. "hmm...perempuan mana pulak abg kutip kali ni? Kalau mama n papa tahu nanti nahas abg"kata Shahrul. Aku yg mendengar ni terfikir yg aku ni da cakap benda yg tak sepatutnya ke. Papa Shahrul memanggilnya tiba2 dan dia tinggalkan abg Shahkir dengan aku berdua.

   "Adik yg abg cakap tu Shahrul ke rupanya...knpe tak bg tau kat sy hari tu"kataku kpd abg Shahkir. "A ah...saja je...masa kami dtg ambil dia hari tu dia cakap tak nak balik sbb da janji dgn kawan dia smpai papa abg pening tak tau nak buat apa. Last2 tiba2 dia pengsan so kami pun cepat2 bawak dia g hospital sini. Kami duduk hotel area sini je sbb hospital cakap dia demam je so tak perlu rasanya kami bawak smpai balik"terang abg Shahkir. Janji...ya janji kami haritu. Aku hanya tersenyum sj mendengarnya. "Banyak benda dia cerita pasal Wan kat papa mama smpaikan papa mama teringin nak jumpa Wan dan tak sangka pula abg yg Wan yg Shahrul cerita sama dengan Wan yg abg kenal ni"katanya.

    "Haha....harap2 dia takda la cerita benda bukan2 kat fmly abg"balasku smbil tersenyum kepadanya. "Btw ni name card abg...kalau ada apa2 hal call je abg bila2 masa ok"katanya. Aku  ambil name card abg Shahkir dan simpan dlm poketku. "Wan...sini jap!"jerit Shahrul memanggilku.

   "Wan...pakcik n makcik nak balik dlu ni...mintak tolong tgk2 kan anak pakcik n makcik ni ya...kalau dia jahat nanti bagi tahu kami...siap dia nanti"kata papa Shahrul. "Haha...baik2...nak sy tolong sebatkan pon boleh je"kataku gurau dan mereka tergelak mendengarnya. Abg Shahkir mendekati aku dan merangkul leher aku dengan tangannya. "Boleh buat jd adik angkat ni kan pa,ma"katanya tiba2. "Haha...boleh sangat ni abg...kalau Wan setuju apa salahnya"kata mama Shahrul pula. "Ehhh...takpe2...sy ada abg n kakak da"jawabku laju. "Kamu anak beranak ni...smpai tak selesa budak Wan ni...nanti2 je la bincang...maaf ye Wan"kata papa Shahrul pula. "Baik la kami nak pulang dulu...adik kalau ada apa2 call kami cepat2...jgn buat kami bimbang...Tuan Khaled kami minta diri dlu ya...jauh nak drive ni"kata papa Shahrul kepada tuan pengetua. "Baik Datuk...jgn risau perihal anak Datuk disini semua baik2 shj"balas pengetua lalu bersalam dengan papa Shahrul dan melihat mereka berlalu pergi.

  

Sayang S2: JANJIWhere stories live. Discover now