SAYANG 2 : JANJI CHAPTER 7

128 3 0
                                    



Haluuuuu guysss...lama tak bersua kita kan...sorry la bz sikit dengan kerja hakiki...btw Happy New Year ye buat semua...hope tahun baru ni lebih produktif la ye...btw gue ngak sabar nak tunggu bulan 3 ni sbb gue da set date nak ke Sarawak hokeyhhhh...harap2 takda la apa2 yg boleh buat planning yg da diplan ni terbabas plak...tak sabar rasanya nak ke sana buat first time ni...hope semua plan2 korang berjalan smooth la ye tahun ni...jaga kesihatan jaga diri take care...muaahhhhh 💖💖💖







   Akhirnya tiba hari sabtu...hari hujung minggu yg menjadi hari kegemaran aku dan hari bermalasan aku. Akan aku habiskan masa aku diatas katil aku shj hari ni. Hari ni giliran pelajar lelaki utk outing. Rasa mcm nak keluar tp aku nak keluar dengan siapa.
  
   Iman pulak sejak hari itu dia mula dingin dengan aku dan banyak mengelak dr aku. Aku perasan juga yg dia dengan Emy semakin rapat sekarang ni. Kadang aku nampak mereka berjalan bersama dan sedikit sebanyak ianya bg kesan ke atas aku sbb Iman kawan aku tp sampai hati dia. Aku hanya terima saja apa yg Iman buat ni sbb aku malas nak campur. Kalau itu pilihan dia,siapa aku nak campur urusan peribadi dia. So aku ambil keputusan untuk tidak menegur dia buat masa ni...bia la apa org nak cakap.

   Sedang aku asyik sedap bergolek diatas katil aku smbil membaca novel 'Bagaikan Puteri karya Ramlee Awang Murshid' yang aku pinjam dr classmate aku, aku terdengar namaku dipanggil. "Assalamualaikum...Wan ada tak?"katanya. Aku melihat siapa yg memanggilku di pintu dan ternyata Shahrul yg dipintu. Mata2 yg ada didlm bilik serta merta memandang dia. "Walaikumsalam...haa nape Shahrul dtg sini cari sy?"kataku.

   "Haaa...pehal dtg bilik senior ni?"tegur Yen berlagak seperti senior tegar yg berjaya. "Sorry bang...saja je nak jumpa Wan"kata Shahrul. "Kau ni selamba badak je panggil nama dia...dia tu senior kau tau tak...tak reti nak hormat ke!?"tambah Dhail. "Maaf bang...sy mintak maaf"kata Shahrul chemas. "Ishh korang ni...tak baik la buat budak ni mcm tu...aku yg suruh dia panggil nama aku je...korang tengok la dia bukan main tinggi lagi dr aku n panggil aku 'abang'...tak ke pelik  aku rasa"kataku dan serta merta Yen dan Dhail ketawa mcm org gila. "Tu la sapa suruh pendek sgt...haha...haaa budak...sorry2...masuk la"kata Mad dan yg lain2 hanya tersengih shj.

   "Haa...knpe dtg bilik sy ni?"tanya aku kpd Shahrul yg duduk di sisi katil aku. "Saja je...bosan dok bilik"katanya. "Pulakkkk...kalau bosan g la ajak kawan2 jln2 ke sat lg...kan hari ni bole outing kan"kataku. "A ah kan...ermmmm Wan...jom la kita keluar sekali nak tak?"ajak dia. "Alaaaa...sy malas la rasa nak keluar hari ni"kataku dan aku memandang mukanya sedikit hampa mendengar jawapan dari aku td. Dia hanya memandang lantai sunyi tak berkata apa2 sehingga membuatkan aku rasa bersalah pula tp memang aku malas sgt rasa. Muka hensem2 mcm ni nak merajok pulak dengan aku...hadoiiiiii. "yela2...jom la keluar...mcm2 la budak ni"kataku dan melihat muka Shahrul kembali tersenyum gembira. "Hehehe...mcm ni la baru sayang...nanti kita keluar sekali ye...sy belanja"katanya. "Alhamdulillah murah rezeki"balasku sambil tersengih.

   "Hamboihhh...da ber sayang2 lagi ni yg jeles ni"kata Mad. "Ahhh...sudah la kauuu"kataku kpd Mad. Aku perasan Iman hanya melihat saja gelagat aku dengan Shahrul dan Emy pula aku perasan hanya memandang shahrul sambil tersenyum sorang2. Lantak dorang la malas aku.

   Smpai sj di pekan, Shahrul dan aku mula berjalan di sekitar pekan kecil ni melihat benda yg menarik. Aku mengajak Shahrul pergi ke kedai kek kegemaran aku kat pekan ni. Aku yg rambang mata mula memilih kek serta roti kegemaran aku dan Shahrul pula hanya tersenyum melihat aku. "Hi kak Pia...mak akk sihat ke?"tanya aku kpd kak Pia pemilik kedai ni yg aku selalu kunjung tiap kali outing. "Mak akk sihat je Wan...haaa byk beli kali ni...ada buat party ke dlm bilik?"lawak kak Pia. "Hahaha...lawak la akk ni...saja beli lebih sbb sedap...hehe...nanti kim salam kat mak akk ye...bape semua ye kak?"balasku. "Semua skali 27.80...bayar 27 da la"katanya. "Kak...ni sy bayarkan"tiba2 Shahrul menyampuk dan kami memandang dia bersama. "Sapa ni Wan?"tanya kak Pia. "Owhhh...ni junior wan...budak baru tingkatan 4 tahun ni"kataku. "Owhhh...untung la ada sugar daddy muda"kata kak Pia dan serta merta muka aku merah malu mendengarnya. "Akk...ape lak mcm tu...malu la Wan...hahaha"kataku. "Alaaa...akk gurau je la...hensem adek ni ye...mesti ramai gf ni...naseb akk da kawen...hahaha"gurau kak Pia. "Hamboihhh akk...sempat lagi ye...bg tau laki akk nanti bru tau"kataku smbil tersenyum dan kami pon keluar dr kedai lepas tu. "Pe salah nye klo nak jd sugar daddy pon kan Wan...haha"kata shahrul tiba2. "Hahaha...lawak apakah itu...jangan macam2 ya"balasku kpd Shahrul.

   Kami pulang ke aspura setelah selesai jalan2 dan membeli sedikit barang. "Shahrul...terima kasih la belanja sy ni...buat susah2 je"kataku. "Ehhh...mmg sy niat nak belanja Wan pon...sy yg ajak keluarkan"balasnya. "Semoga dimurahkan rezeki sentiasa ye"kataku smbil memberikan senyuman manis maha unggul no justu kepada dia dan dia kembalikan senyuman manisnya kpd aku. Aku hanya memandang wajah putih kacaknya itu. Beruntung la perempuan yg dpt pikat hati budak ni nanti. Kalau aku dapat pon aku akan jaga baik tak kasi lepas kat org lain jugak...hahaha.

   "ohh ya...nanti mlm dtg la bilik...kita mkn sama2 ngan dorang nanti"kataku. "Boleh ke?best nya...bole tidur skali kat bilik Wan"katanya yg tak sempat aku potong. "Hahaha...tidur kat lantai jela ye"kataku. "Lantai pon lantai la janji dpt tidur dengan kesayangan"balasnya. Apo benda la budak ni...jap...hint ke ni??alamakkkkkkkkk....

   Malam selepas Isyak aku pon open table. "Wahai warga bilik kesygan...ni ada sedikit makanan yg disponser sepenuhnya oleh budak tinggi ni...sila ucap terima kasih pada dia ya"kataku dan semua sekali gus mengucapkan terima kasih kepada Shahrul. "Iman,Emy meh la skali...ada kek ni dr kedai kek kat pekan...sedap tau"kataku mengajak mereka tp tak diendahkan. Aku rasa menyesal pulak buat baik ni tp tak elok buruk sangka dengan orang lain okay. Mereka tak nak jd ada lebih la utk aku...huahaha. Dan kami pon santap dengan gembira kekenyangan. Setelah itu mereka pon sembang2 sikit dengan Shahrul smbil aku mengemas apa yg patut dan pergi  ke tandas selepas itu. Sesampai aku di bilik aku melihat Shahrul sudah ada di katil aku. "Nak tidur sini mlm ni boleh?"tanyanya manja. "Laaaa...apasal? Nak tidur mana?lantai?"mataku. "Bia je la dia tidur ngan kau"kata Mad sambil tersenyum kambing. "Ehhh...aku tidur lesak la...kang tak pasal2 makan kaki pulak dia"kataku. "Kaki pon kaki la...boleh eak"pinta Shahrul lagi. "Ishhh...ikut la...jgn ngadu kat fmly pulak kata kena dera nanti"kataku smbil dia hanya gelak. Aku merebahkan badan aku dikatil dan Shahrul rebahkan badannya disebelah aku. Sedikit sebanyak jantung aku berdebar kencang. Ye la tak penah ada orang lain tidur dgn aku atas katil aku ni. Semoga takda apa2 jadi la ye wahai sekujur badan. Lampu pon dimatikan sbb waktu lampu dibenarkan hidup hanya sampai 11.30 malam shj.

   "Kenapa nak tidur sini?"tanyaku kpd shahrul. "Saja je...kalau tak kasi sy bole je balik"katanya. "Ngader la nak merajuk2 pulak...da besar panjang pon mcm budak2"kataku. "Hehe...mcm mana tau sy besar dan panjang ni...intai ye...hehe"katanya buat lawak double meaning kpd aku. "Ishh budak ni...meminta sgt nak kena tendang ni"kataku. Kami makin galak bersembang tp dengan nada suara yg perlahan tak nak ganggu orang lain yg sedang mula tidur smpai la aku pun mula mengantuk. "Wak...sy ngantuk da ni...nak tidur dlu ye"kataku halus smbil menguap. "Sy pon ngantuk jugak...jom la tidur...nite baby"katanya. "Nite.............huh? Apa td?"tanyaku. "Takda apa...tidur2"balasnya dan kami berdua lelap bersama.

Shahrul POV
   Bertuah nye aku dpt tidur disebelah insan yg aku sayang. Aku terjaga dlm pukul 3 pagi da melihat sekujur tubuh disebelah aku. Dalam samar gelap aku masih lagi dpt menatap wajahnya. Wajah polos yg comel yg telah menambat hati aku. Aku dengan berhati-hati mengangkat perlahan kepala nya lalu meletakkan kepala nya kembali di atas lengan aku. Kini lengan sado aku telah menjadi bantal kepada insan ini. Jantung aku berdenyut kencang sewaktu aku melakukan pekara ini. Aku memegang halus dahi nya. Turun ke hidungya. Turun ke pipinya. Dan akhirnya aku menyentuh halus bibirnya. Bibir yang menjadi idaman aku. Melihat dia ketawa amat menyenangkan aku. Melihat dia tersenyum amat menenangkan aku. Melihat dia memandang aku dan hanya aku membuatkan aku rela mempertaruhkan segalanya untuk dia. Perlahan-lahan aku mendekatkan bibir aku ke bibirnya dan aku memberikan satu ciuman halus kepadanya.

    "I love you".

End shahrul POV.






💖💖💖

Sayang S2: JANJIWhere stories live. Discover now