Tuan Arel menghela nafasnya. "Kalau macam tu okay lah. But abi letakkan syarat kalau Ad taknak terima tawaran abi ni."

"Okay apa syaratnya?" soal Zarith ingin tahu. Tuan Arel sudah tersenyum.

"Abi nak kamu jauhkan diri daripada Faiqah. Bukan sebab apa, abi taknak anak lelaki abi terjebak macam Faiqah. Terlalu social. Abi tak mahu bukak aib sesiapa pun, lelagi Faiqah. So kalau Ad taknak terima tawaran tu, Ad jauhkan diri. Tapi kalau Ad rasa tak boleh jauhkan diri Ad dengan perempuan tu, Ad terpaksa terima. Got it?"

Zarith teragak-agak untuk menganggukkan kepalanya sahaja. Dia akur. "Okay, Ad akan jauhkan diri Ad daripada Faiqah. Tapi tu tak bermaksud untuk Ad putuskan hubungan kamikan?"

"Abi takde pun kata putuskan. Abi cuma kata jauhkan diri, jangan selalu jumpa dengan dia. Itu sahaja."

Zarith menganggukkan kepalanya sahaja. Apabil dapat jawapan itu dari anaknya, Tuan Arel tersenyum dan menyuapkan kembali makanan kedalam mulut.

 Apabil dapat jawapan itu dari anaknya, Tuan Arel tersenyum dan menyuapkan kembali makanan kedalam mulut

Rất tiếc! Hình ảnh này không tuân theo hướng dẫn nội dung. Để tiếp tục đăng tải, vui lòng xóa hoặc tải lên một hình ảnh khác.

Areysa berjalan bersama-sama Adra. Mereka berjalan kearah cafe. Mereka sudah habis class. Sekarang mereka mahu mengisi perut. Setelah beberapa jam duduk didalam class.

"Weh kau ingat lagi tak dengan budak nerd tu, kejap eh aku ingatkan balik nama dia em." ujar Adra sambil mengetuk dagunya.

"Hah nama dia Raiz. Ingat tak? Yang nerd-nerd tu." sambung Adra lagi. Areysa sedang memikirkan siapa Raiz.

"Ahmad Raiz Tarmizi tu ke?"

Laju sahaja Adra menganggukkan kepalanya. "Aah! Ingat pon kau."

"Kenapa dengan dia?" soal Areysa sambil menjongkitkan kedua-dua keningnya.

"Dia dah nak kahwin dengan Nahla tho."

Membulat Areysa mendengarkan itu. "What?! Seriuslah?! Pergh dalam diam, bukan main eh dulu dorang. Bukan main sorang tu taknak budak nerd, end up kahwin dengan Raiz." kata Areysa dengan tawanya. Adra juga tertawa mendengarkan itu.

Sampai sahaja di cafe, mereka mengambil tempat dan meletakkan barang-barangnya. Kaki mereka melangkah kearah gerai-gerai yang menjual makanan. Selepas itu Areysa dan Adra kembali duduk ketempat yang mereka meletakkan makanan.

Sedang mereka berbual, ada seorang perempuan yang sedang mencari tempat. Tetapi disebabkan terlalu ramai, jadi perempuan itu tidak dapat tempat duduk.

Dengan ramahnya Areysa bangun dari duduknya dan berjalan kearah sosok wanita itu. "Awak cari tempat duduk ke?" soal Areysa.

Wanita itu menganggukkan kepalanya. "Aah, saya cari tempat duduk tapi takde kosong." balas wanita itu. Areysa tersenyum.

"Kalau awak tak kesah, mari lah duduk dengan saya dan kawan saya dekat situ." ujar Areysa sambil menunjukkan kearah Adra yang sedang melantak makanannya.

"B-boleh ke? Tak susahkan awak berdua?" soal gadis itu dengan polos. Areysa tersenyum.

"Tak, kami lagi senang kalau awak join kami. Dapatlah kami kawan baru."

MRS. ZARITH ADHAM | CNơi câu chuyện tồn tại. Hãy khám phá bây giờ