𝒀𝒂𝒔𝒔𝒊𝒏'𝒔 // 𝟎𝟑

Start from the beginning
                                    

"IH! Tok mau haih.. Aku. Mak ayah aku dah aturkan aku bertunang dengan orang lain bila genap 18 tahun umur aku nanti. Jadi aku cuma boleh crush saja-saja dekat Abang Irfan." ucapan Farhana kedengaran sayu.

"Alah... Tak bestlah macam ni. Tapi bakal tunang kau siapa?"

"Dia kawan masa kecil aku. Sekarang dia tengah belajar dekat luar negara. Tahun depan dia balik sini." jelas Farhana. Iris memandang dengan teruja.

"No sad-sad lah... Wat lek wat peace. Bakal tunang kau tu handsome juga. pandai pulak tu." Iris menenangkan sahabatnya itu.

Farhana mengangkat kepala memandang Iris. Dia tersenyum.

"Aku bukan sedih sebab tak boleh nak ngorat abang kau ataupun sebab aku bertunang dengan orang lain sekalipun. Tapi sebab aku tak sabar nak tunggu bakal tunang aku tu balik sini. Haritu mak aku tunjuk gambar dia, Handsome ohh! Macam putera!"

"Makaih... Gatai sokmolah minah ni. Dua-dua dia nak sapu. Sorang hampir bertaraf jadi bapak orang, sorang lagi mcam putera dari kayangan. Dah ambil semua barang? Dah jom bayar."

Mereka berdua pun menuju ke kaunter untuk sesi pembayaran. Iris mengeluarkan kad banknya untuk pembayaran. Matanya mengecek barang kutlah ada yang tertinggal.

"Far... Aku pergi patah balik nak ambil cheese. Nanti tak nikmat kalau tak banyak cheese dalam tteokboki tu." Farhana mengangguk.

USAI membeli kudapan di 7 Eleven Cafe, Iris dan Farhana berhenti di dalam kedai serbaneka itu untuk menunggu Irfan yang datang menjemput mereka berdua sambil menghirup Slurpee.

"Bukan Abang Irfan beli kereta ke? Kereta apa yang dia pakai sekarang?" Farhana bertanya hanya ingin tahu.

"Dia pakai biasa aje Proton x70 warna putih. Tapi lawalah juga bertaraf Honda." jawab Iris terus dia memandang ke depan. Mana tahu abangnya sudah sampai..

"Tu Abang Irfan. Jom gerak."

Mereka berdua bangkit dari kerusi lalu menuju pintu. Disebabkan faktor terlalu fokus membetulkan tali beg galasnya yang bergulung hinggakan Iris langsung tidak perasan bahawa ada orang di hadapannya. Dan ya...

BRAK!

Tepat sekali Iris tanpa sengaja terlanggar susuk lelaki berbadan tegap di hadapannya. Slurpee kepunyaan Iris pun turut ikut tumpah di baju kepunyaan lelaki itu.

"RAY!" Farhana tanpa sengaja meninggikan suara kerana kaget.

"Iris Rayhana... Awak nak saya mati kesejukan ke?" ujar lelaki berbadan tegap itu pada Iris sambil menepis bajunya agak banyak terkena Slurpee milik gadis itu.

Iris mendonggak. Dia faham kenapa Farhana meninggikan suara tadi. Rupanya dan tepat sekali itu adalah Yassin Firhan Al-Rizq.

"S-sir Yas.Sin" tergagap-gagap Iris. Dia memandang ke arah Yassin dengan pandangan polos.

"Yes asisstant monitor?" soal yassin yang hanya menampakkan riak datar.

"Maaf ya kalau mencelah tapi saya memang tak boleh tunggu lama. Berapa ganti rugi baju sedara? Saya akan bayar bagi pihak adik saya." Irfan yang jenis orang yang kurang bersabar dia mencelah menghampiri adiknya.

Disebabkan tiada jawapan, Irfan terus menyuakan not bernilai RM100 kepada Yassin. Setelah itu, dia terus menarik pergi adiknya.

"Farhana Izatulnisa, gerak sekarang masuk kereta." ujar Irfan dingin. Memang itu sifatnya.

Proton x70 meluncur di atas jalan raya menuju ke kawasan perumahan Elite Bangsa. Tiada percakapan di dalam kereta dan hanya bunyi radio yang berputar itupun terkadang keluar bunyi lagu iklan yang tah apa-apanya.

Kereta milik Irfan masuk ke dalam rumah rasmi dan terus disambut oleh beberapa orang penjaga yang berjaga di luar rumah.

Seatbelt dibuka lalu plastik yang mengandugi barang yang dibeli di 7 Eleven tadi di ambil oleh pembantu rumah. Iris tidak menyuruh mereka tapi itu sudah memang tugas mereka. Irfan terus menuju ke biliknya manakala Iris dan Farhana pula bersiap mandi dan mengambil wudhuk bagi menunaikan solat zohor.

"FAR, patut ke aku minta maaf dengan Sir Yassin? Agaknya apa yang abang aku buat tu biadab tak?"

Iris masih lagi belum move dari kejadian 7 Eleven tadi.

"Of course lah Ray. Baju yang dia pakai tu bukannya warna hitam tambahnya lagi air tu sejuk." katanya sambil menikmati ttoekboki cheese air tangan mereka berdua yang sahaja selesai dimasak.

"Aku nak cakap apa eh? Minta maaf depan-depan ke?" Iris bertanya lagi macam kanak-kanak 6 tahun yang baru aktif bertanyakan bermacam-macam soalan tanpa henti.

"Minta maaf macam biasa ajelah... Lepas tu cakap depan-depan. kalau bukan depan-depan dah tu kau nak chat dia? Kerja Sir Yassin kau tu banyak tau, dan yang patinya dia tak akan layan chat remeh dari budak ribena macam kita ni."

"Hai.. Kau cakap ni macam kau kenal gila dekat Sir tu. Macam mana kau tahu?"

Farhana tersengih.

"Hehe.. Aku main agak aje. Tapi betul pun aku tak rasa dia jenis yang melayan. Kau tengok ajelah dekat sekolah, Mana da layan budak-budak yang kejar dia tu." ucapan Farhana menyakinkan hinggakan terdiam seketul Iris.

"Wah... Sedapnya bau..." suara itu menyapa deria pendengaran dua gadis di dapur dan mereka sudah kenal itu siapa. Irwan. Adik bonsu Iris.

"Tak lepak kau dik?" sapa iris.

"Tak."

PAP!

Iris menampar permukaan tangan milik Irwan.

"Kau nak, kau buat sendiri sana." kata iris lalu dijeling oleh Irwan.

Kedekut!

"Kak, dengar cerita akak kena peluk dengan Sir Firhan. Betul ke?" Irwan membuka topik.

"Astaghfirullah... Tak baik kau percaya khabar angin tentang kakak kandung kau sendiri Irwan..." Iris berpura-pura sayu.

"Tapi dah viral satu sekolah. 5 STT [Sains Tulen Teknologi] yang buka cerita" Irwan tidak berputus asa ingin menggorek hal sebenar.

Mestilah nak tahu... Kakak aku ni jenis yang jual mahal walaupun muka vibe oppa dan daddy minat dia.

"Bukan peluk saja-saja pun. Tapi waktu tu akak hampir jatuh. Kalau tak sebabkan dia, confirm muka akak dan macam Kak Limah. Sudah nah ambil ni. Lepas ni jangan kacau kakak dengan Kakak Farhana. Aku nampak aje bontot kau, aku kerjakan dengan papan besar."

irwan akur lalu pergi dengan semangguk kecil makanan yang dibuat oleh Farhana dan Iris tadi.

Erm... Sodap!

"Kau nak tahu satu gosip yang aku dapat tak tentang Sir Yassin kau tu?"

"Ha, ha.. Apa dia?" Iris berminat.

"Sebenarnya Sir Yassin dia."

TO BE CONTINUED

dia apa? btw tinggalkan jejak anda. Typo? Fhm2 jela and story ni saya tulis sesaja je sbb mengingatkan something base on true story

[𝐒𝐔]-𝐒𝐔𝐀𝐌𝐈𝐊𝐔 𝐂𝐈𝐊𝐆𝐔 𝐘𝐀𝐒𝐒𝐈𝐍Where stories live. Discover now