• A S L A N • 4️⃣8️⃣

1K 88 4
                                        

"Wolf, it's your turn," suara Lee bergema di earpiece.

Keane segera menyusun strategi. Dari tempat persembunyiannya, dia meninjau lelaki yang menjaga pintu. Sebaik sahaja mata lelaki itu tertancap pada bayang hitam yang melintas pantas di luar pagar, Keane terus melarikan diri. Lelaki itu, tanpa berfikir panjang, mengejar.

Musuh dah masuk perangkap!

Bayang hitam tadi hilang dalam sekelip mata. Mata lelaki itu meliar mencari bayang Keane.

Sementara Keane menyorok di belakang sebuah kereta, cuba menahan nafas. Peluh mula merenik di dahi, degupan jantungnya kencang.

'Jangan gagal… bukan sekarang.'

Tiba-tiba, bunyi sesuatu jatuh.

Keane mengintai perlahan dari sisi kereta. Lelaki itusudah terbaring, kaku, betul-betul tidak jauh dari tempat persembunyiannya. Darah mula mengotori jalan. Keane memandang ke arah rumah kosong di seberang jalan dan mengangkat ibu jari ke arah tingkap tingkat atas.

Di situ, Lee Han mengangkat senapangnya dan tersenyum.

Headshot. Good job, Hunter.”

“Siapa lah aku tanpa kau,” balas Lee, bersahaja.

“Kijang dua down,” Keane memaklumkan.

“Zero, it’s your showtime. Target in position,” ujar Lee, kembali ke monitor, bersedia mengawal keseluruhan situasi.

Roger.” Suara Ansh bergema ringkas.

Mangsa seterusnya memasuki bilik Elrah. Langkahnya penuh keyakinan, tidak sedar dirinya dalam pemerhatian.

Ansh sudah bersedia, dia bersembunyi dalam wardrobe.

Lelaki itu memeriksa katil yang sengaja tidak dikemas oleh Ansh, umpan untuk memperdaya.

“Mana perempuan ni? Bos kata dia tak ada…” rungutnya sendiri sambil meninjau bawah katil.

Tiba-tiba, bunyi air paip terbuka dari bilik air menarik perhatiannya. Senyuman sinis terukir di wajah.

Dia membuka pintu bilik air perlahan-lahan... kosong. Tiada sesiapa. Hanya sinki yang penuh dengan air yang mula melimpah ke lantai.

Langkahnya masuk, tanpa curiga. Kakinya terpijak air dan...

ZZZZZTTTTT!

Tubuhnya serta-merta menggeletar, terhenyak ke belakang. Kabel hair dryer yang digunting dan dibiarkan terkena air oleh Ansh menjadi perangkap maut.

Ansh keluar dari almari dan meninjau tubuh tak bernyawa itu.

"Ghost, kau dah boleh trip bekalan elektrik.. Kalau tak, satu rumah ni jadi mayat esok." Ansh berseloroh.

"Roger that."

R.I.P hair dryer Elrah.

"Maaf Puan El, nanti puan minta suami puan belikan yang baru." Ansh mengumam sendiri, sambil memandang hair dryer yang menjadi mangsanya dengan pandangan sadis.

"“Kijang Tiga down. Bapak Kijang aku serahkan pada Eagle dan Shaw. If anything happen, roger aku. Aku dekat bilik air atas.” Shaw yang dimaksudkan ialah Superintenden Aminuddin sendiri.

A S L A N  (COMPLETE) UNEDITED VERSION Where stories live. Discover now