• A S L A N • 1️⃣6️⃣

1.3K 81 20
                                        

"El, kau boleh teman aku tak?" Suara Natasha memecah kesunyian pagi, menghentikan tangan Elrah yang hampir menyuap bihun goreng ke dalam mulut.

Bihun goreng buatan Natasha pagi itu kelihatan menyelerakan, malah lebih istimewa kerana ia adalah tanda pertama Natasha kelihatan bersemangat selepas beberapa hari kelihatan lesu dan tidak bermaya. Namun, soalan sahabatnya itu menarik perhatian lebih daripada masakan di hadapannya.

"Teman kau pergi mana?" Elrah bertanya, keningnya terangkat sedikit. Hari ini mereka berdua mengambil cuti atas alasan peribadi. Lagipun, siapa yang akan bertanya? Mereka bos di tempat kerja.

"Balai ayah kau," jawab Natasha, tangannya bermain dengan garpu di pinggan. "Aku nak jumpa Inspektor Hud dan..." Dia berhenti sejenak, matanya menyipit. "Inspektor kesayangan kau tu."

Elrah tersipu-sipu, pipinya sedikit memerah. Perangai gediknya secara tak sengaja muncul setiap kali nama Saffaraz disebut, dan Natasha hanya mampu menggelengkan kepala sambil menahan senyum.

"Boleh," balas Elrah sambil berusaha mengawal ekspresinya, "tapi aku rasa kita pergi waktu makan tengah hari. Kalau pergi sekarang, takut mengganggu tugas mereka pula,". Elrah bukan jenis yang suka aci redah tanpa berfikir.

"Okey," Natasha bersetuju.

"By the way," Elrah menyisip airnya sebelum bersuara lagi, "kenapa kau nak jumpa dengan diaorang?"

Natasha meletakkan garpu yang sejak tadi dia mainkan, menarik nafas dalam sebelum menjawab. "Aku nak tahu siapa lelaki yang Danial maksudkan dalam surat tu," katanya, matanya memandang tepat ke arah Elrah. "Aku tak boleh tidur malam tadi asyik fikir pasal ni. Aku nak jumpa lelaki tu dan suruh dia lupakan semua ni. Aku tak sanggup nak kahwin dengan orang yang aku tak cinta, apatah lagi dengan orang yang aku tak kenal. Aku harap sangat dua inspektor tu tahu siapa lelaki tu."

Kata-kata Natasha panjang dan penuh emosi. Elrah hanya mendengar dengan penuh perhatian.

"Baguslah kalau kau dah buat keputusan," balas Elrah selepas beberapa ketika. "Lagipun, buat apa kau kahwin dengan lelaki tu kalau dua-dua bakal kecewa nanti, kan?"

Natasha mengangguk perlahan. "Betul. Tapi aku rasa serba salah, El," suaranya melembut, nada kejujuran jelas kedengaran. "Ini permintaan terakhir Danial. Kalau aku tak buat, aku rasa macam berdosa."

Elrah termenung seketika, memandang sahabatnya. Kata-kata Natasha itu menyentuh sesuatu di dalam hatinya juga. Dia faham dilema itu, berpegang pada permintaan terakhir seorang yang disayangi, tetapi dalam masa yang sama, menghadapi realiti bahawa memenuhi permintaan itu mungkin membawa lebih banyak kesakitan.

Restoran itu semakin penuh, meja-meja di sekeliling dipenuhi pelanggan yang berbual rancak sambil menikmati makan tengah hari. Suasana sibuk di sekeliling tidak sedikit pun mengganggu empat individu yang duduk diam di satu sudut.

Natasha menggenggam erat cawan air kosong di hadapannya, matanya tajam memerhati Hud dan Saffaraz yang duduk berhadapan dengannya. Di sebelah Hud, Saffaraz masih mempamerkan wajah dingin tanpa sebarang riak, seolah-olah dia hanyalah pemerhati di dalam perbualan itu.

"Jadi, siapa yang nak explain pada saya ni?" Natasha akhirnya bersuara, nada tegasnya memecah kesunyian. Matanya berpindah-pindah antara Hud dan Saffaraz, menunggu jawapan.

Hud menarik nafas dalam. "Macam ni, Cik Natasha..." dia memulakan, tetapi terhenti seketika. Dia melirik pada Saffaraz, seolah meminta isyarat untuk meneruskan.

Saffaraz mengangguk perlahan.

Hud mengalihkan pandangannya kembali pada Natasha. "Lelaki yang akan menggantikan tempat arwah Danial tu..." Dia terhenti lagi, kali ini menarik nafas lebih panjang.

A S L A N  (COMPLETE) UNEDITED VERSION Where stories live. Discover now