Bab Terakhir (64)

Start from the beginning
                                    

"Haih, kalau tak ramai kawan, janganlah keluar malam malam sampai tak ada sorang pun syak Fafa hilang sebab kena culik. Semua orang ingatkan Fafa balik rumah tahu tak!" bebel Zuhail.

"Fa! Lain kali mama taknak Fafa keluar malam-malam tanpa teman."

"Babah fikir nak suruh kamu duduk rumah jer nanti. Ulang alik pergi kolej biar driver hantarkan." ujar Tengku Zaid.

Zulfa teguk liur. Haih, gara-gara dia diculik habis hilang kebebasannya.

Mikayla yang hanya diam sedari tadi tiba-tiba bersuara.

"Mika minta maaf, sebab Mika Fafa kena culik. Dorang nak culik sebab nak suruh Mika ikut arahan dorang jer ma, babah." terang Mikayla dengan nada teragak-agak. 

Mata Zarif yang terkatup laju terbuka luas mendengar kata-kata Mikayla.

"Mika..." seru Zulfa.

"Mika, bukan salah Mika pun..." ujar Puan Sri Sharifah.

"Betul tu Mika, kenapa nak salahkan diri sendiri padahal orang yang rancang semua ni lah yang patut dipersalahkan. Walau sebab apa sekalipun dia culik Fafa, pada akhirnya yang salah adalah yang merancang kejahatan tu. Mangsa tak patut dipersalahkan. Dalam keadaan sekarang Mika pun sama macam Fafa. Mangsa." ujar Tengku Zaid tegas. Dia juga tak mahu menantunya merasa bersalah.

"Betul cakap babah tu. Sayang jangan nak cakap benda benda mengarut lagi. Abang dah cakap kan, stop salahkan diri sendiri dengan perkara yang sayang tak buat." ujar Zarif. Matanya merenung tajam ke arah Mikayla. Geram kerana isterinya itu asyik menyalahkan diri sendiri.

Mikayla kemam bibir. 

Puan Sri Sharifah mengusap lembut bahu Mikayla. 

"Zaf, nanti bagitahu babah details pasal ni. Babah tak boleh terima ada orang buat onar dekat keluarga babah!" terasa gagal dia menjadi ketua keluarga apabila anak menantu sendiri menjadi mangsa kejahatan orang luar.

Gulp!

Zuhail berpaling ke arah Zarif.

Dia sendiri pun baru tahu penglibatan abangnya itu dengan HELL-O. Agak-agaknya Zarif akan berterus terang atau tidak pada Tengku Zaid.

Zarif juga turut mengerling ke arah Zuhail. Dia kalau boleh taknak babahnya tahu tentang aktiviti luarnya itu.

"Okay babah, nanti kalau Zaf dah tahu siapa yang buat, Zaf akan bagitahu babah. Zaf ada minta tolong orang siasat."

"Kamu tak report polis ke Zaf?" soal Puan Sharifah pelik. Kenapa pula sampai kena minta orang siasat?

"Tak mama, Zaf tak report polis. Zaf pergi selamatkan sendiri Mika dengan bantuan Idham, manager Mika. Idham yang tolong selamatkan Fafa."

"Lah iyeke? Idham manager Mika tu kan? Baiknya dia. Nanti Mika tolong bagitahu dia mama nak jumpa dia nak ucap terima kasih..." ujar Puan Sri Sharifah.

"Ajak dia datang rumah ya Mika. Babah pun nak berterima kasih dekat dia sebab dah selamatkan anak babah ni." 

"Tapi kenapa kamu tak report polis Zaf?" soal Tengku Zaid pelik.

Zuhail kemam bibir. Pandai pandailah kau jawab bro...

"Masa tu sempat nak call sesiapa. Zaf cuma fikir nak selamatkan dorang cepat cepat jer. Tak apalah, babah dengan mama bagi jer Zaf dengan Zuhail selesaikan ni. Zaf tak akan lepaskan orang yang membuat onar dekat keluarga kita."

Zarif kemudiannya merenung lama wajah si isteri. 

"Oh, by the way, Mika dah pregnant." kata Zarif selamba. Nak ubah topik sebenarnya, jadi ada eloknya kalau dia lontarkan berita baik itu pada mereka semua.

The Forced Fame [COMPLETE]Where stories live. Discover now