Bab Terakhir (64)

Start from the beginning
                                    

Selesai sesi menangis di kawasan garaj tadi, Zulfa buru-buru mengesat air mata. Taknak mama dan babah risaukan dia. Tadi pun dia takut nak masuk rumah sebabtu dia meminta Zuhail tunggu sehingga Zarif dan Mikayla sampai dulu.

Siap minta bedak compact dari Mikayla sebab nak tutup matanya yang sembap kemerahan kerana bersungguh menangis tadi.

Masuk ke rumah, Zulfa langsung tak berenggang dari Mikayla. Lengan Mikayla dipaut erat. Berdebar-debar menunggu reaksi babah dan mamanya yang baru turun dengan wajah pelik.

Terkejut Tengku Zaid dan Puan Sri Sharifah melihat keadaan anak anak dan menantunya itu yang tiba-tiba balik lewat malam itu. 

Puan Sharifah sudah meluru laju ke arah mereka.

Tubuh lesu Zulfa dan Mikayla ditarik masuk ke dalam pelukan. 

"Apa yang jadi ni Zaf? Zuhail?" soal Puan Sri Sharifah. Tangan kemudian naik membelek tubuh anak perempuan bongsunya itu. Penuh lebam lebam.

"Fafa kena culik, untuk ugut Mika." balas Zarif pendek. Penat sangat, jadi dia hanya duduk menyandar di kerusi bertentangan dengan Puan Sri Sharifah.

"Hah?!!!" terkejut Puan Sri Sharifah dan Tengku Zaid mendengar balasan pendek yang keluar dari mulut Zarif. 

"SIAPA BUAT ANAK BABAH NI ZAF?!!!" amuk Tengku Zaid apabila melihat muka lebam Zulfa. Naik angin melihat wajah si anak gadis yang ditatang penuh kasih sayang itu sudah berantakan.

Zarif menghelas nafas. Dia terlalu penat untuk berkata-kata.

Zuhail menjeling geram ke arah Zarif yang hanya diam bersandar sambil memejamkan mata. Tahu dah siapa yang kena bercerita. 

Zuhail kemudiannya mengeluh perlahan. Dipandang wajah mama dan babahnya yang penuh riak ingin tahu. Dia memulakan cerita dari awal. Zarif mencelah sekali sekala membetulkan mana yang patut, selebihnya diserahkan bulat-bulat kepada Zuhail untuk menerangkan kejadian tadi.

"Kenapa tak cakap dengan kami dulu Zaf, Zuhail?" soal Tengku Zaid setelah selesai mendengar cerita anaknya itu.

"Terpaksa bah, takut tak sempat nak terangkan. Kami kena bertindak cepat. Dorang culik Fafa dan ugut Mika untuk ikut arahan dorang kalau taknak Fafa diapa-apakan." jawab Zarif.

"Siapa yang nak culik Zulfa dengan Mika ni?" soal Puan Sri Sharifah

Tengku Zarif hanya diam. Dia sudah boleh agak siapa gerangannya tapi dia tidak mahu ibubapanya tahu. Diserahkan tugas mencari siapa dalangnya kepada HELL-O. 

"Ha, bagitahu babah sekarang? Siapa yang berani nak sentuh anak menantu babah ni?!" soal Tengku Zaid juga. Keras suaranya.

"Tak tahu lah ma, babah. Tapi tak apalah, Zaf akan buat something nanti. Mama dengan babah jangan risaulah."

Puan Sri Sharifah menjeling tajam ke arah Zarif. Mahunya dia tak risau. Tiba-tiba dapat tahu anak bongsu kena culik! Menantu kena ugut!

"Fafa pulak, macam mana yang boleh kena culik ni?" soal Tengku Zaid dengan riak geram. Bukan geram pada Zulfa, tapi lebih pada geram kepada manusia jahanam mana yang berani menyentuh anak bongsunya itu. Mana tak mengamuk, anak tunggal perempuan itu satu satunya yang ada. Sudah laju otaknya berfikir mahu mencari bodyguard untuk menjaga Zulfa nanti.

Fafa yang sedang melentok kepalanya di bahu Puan Sri Sharifah terus angkat kepala.

"Fafa tiba-tiba kena culik waktu Fafa keluar pergi dobi." balasnya.

"Fafa keluar sorang sorang kenapa dik?" soal Zuhail tidak puas hati. Dia dah tengok rakaman CCTV. Fafa keluar seorang ke kedai dobi.

"Fafa tak ramai kawan... tak nak lah menyusahkan orang temankan..." ujarnya pendek.

The Forced Fame [COMPLETE]Where stories live. Discover now