"Jantan sial!" carut Mikayla geram.

Firash tertawa sinis. Tak kisah Mikayla nak carut apa. Perempuan itu tak akan dapat lari darinya. Mata melirik nakal pada tubuh Mikayla yang hanya berbalut bathrobe. Dulu tak sempat merasa dah makan penumbuk, sekarang memang dia tak akan lepaskan peluang. 

Mikayla yang nampak lirikan itu cepat cepat berpusing. Tubuh dia sebenarnya tak ada lah seksi mana. Dia pakai singlet di dalam bathrobe jadi memang tertutup elok di bahagian dada.

"KAU TENGOK APA ANAK BABI!" pekik Mikayla apabila mata Firash masih terus terusan merenungnya. Terasa jijik dengan pandangan liar itu. 

Firash mencebir.

"Pakai baju you, ikut I balik rumah."

"What?! The hell! NO! Aku dah ikut arahan kau, sekarang bagi aku balik!" 

Mikayla merenung tajam ke arah Firash dengan pandangan tidak percaya.

"Kau nak ke aku bagitahu orang yang aku call tadi supaya proceed jer rogol adik ipar kau tu?" ugut Firash.

Mikayla mula menggelabah apabila Firash mula mengacah mahu menelefon.

Nasib Zulfa di tangannya!

"JANGAN! Please Firash, kau jangan apa-apakan Zulfa. Kau nak apa sebenarnya ni gila?"

"Aku dah cakap tadi kan, aku nak kau. Cepat pakai baju. Ikut aku balik. Ke kau nak suruh suruh aku kenduri kau dekat sini jugak? Aku on jer." ujar Firash dengan senyuman nakal tersungging di bibir.

"BODOH!" pekik Mikayla dengan wajah bengang. Dia kutip pakaiannya lalu dia masuk ke bilik air. Pintu bilik air dihempas kasar. 

Firash yang melihat hanya tergelak gelak. Puas hati.

......................................

Zarif melangkah laju untuk masuk ke dalam kereta di mana Arizal sedang menunggu. Pintu dihempas kuat apabila dia sudah masuk ke dalam. Matanya memicing memerhati keadaan di luar hotel.

"Tengku, mana puan?" soal Arizal pelik. Kenapa tuannya itu tidak datang bersama isterinya? 

Zarif tidak menjawab sebaliknya dia mencapai telefon. 

Tak sampai berapa deringan, panggilannya bersambung

"Dark, kau kena tolong aku. Something is wrong with my wife. Hantarkan orang untuk pastikan isteri aku selamat. She refused to follow me. It's not like her!"

"Aku tak tahu!"

"Idham dah sampai markas ke?"

"Kalau macam tu aku ke markas sekejap lagi."

"Aku akan tunggu orang kau sampai hotel ni dulu. I need to make sure my wife is safe!"

"Ya aku tahu! Sebabtu aku keluar dulu tadi. Tapi aku still risau, Mika still dalam hotel dengan lelaki tu!" wajahnya diraup kasar.

Kalau boleh, mahu sahaja dia heret Mikayla balik tadi tapi dilihatnya mata Mikayla seperti mahu memberitahu dia sesuatu.

"Niat diorang nak aku lafaz cerai dekat isteri aku. Aku dapat rasa tu bila Mika tiba-tiba minta cerai. Pasti ada sebab kenapa dia tiba-tiba jadi macamtu. I know my wife."

"Cepat! 5 minit jer aku bagi masa! Bilik 506. Pastikan pilih orang yang bagus. Make sure my wife is safe!" ujar Zarif sebelum menamatkan panggilannya.

Dia tersandar di kerusi kereta. Matanya melirik ke atas. Sumpah dia amat risaukan Mikayla ketika itu. 

Mikayla tak akan curang. Sembilan tahun dia tinggalkan Mikayla, hati Mikayla hanya untuk dia. Tak mungkin sekarang Mikayla mahu buat hal.

Tapi, dia masih pelik kenapa Mikayla sanggup berduaan dengan Firash.

The Forced Fame [COMPLETE]Dove le storie prendono vita. Scoprilo ora