"Makhluk yang kejar kau selama ni hanya lah trauma kau. Trauma kau yang kau pendam sampai dia boleh membunuhkan kau tanpa sengaja dan juga mereka akan muncul dalam bentuk separuh manusia. Tak ke seram bunyi dia." Ayat dinoktah kan sesaat.

"Jadi...kau nak cakap semua yang aku nampak sebelum ni memang..." mulut Ayla terbuka sedikit tatkala Eshal laju mencelah. Eh bagi lah aku habis cakap dulu, asyik-asyik po...

"...aku sebenarnya tidak wujud, sweetie." tenang Eshal menyambung ayat tergantung itu.

"Po...cong!" Latah Ayla. Wait, what?

"Aku adalah khayalan kau semata-mata. Ayla, Aku ni Eshal... dulu kau nak sangat ada kawan baik lelaki sampai lah suatu hari kau minum eksperimen DUI, kau mula cipta watak aku dalam imaginasi kau sendiri."

Lidah Ayla kelu. Gadis itu termenung jauh memikirkan perkara yang tak masuk dek akal ini. Dia nak cakap dia tak wujud? Aku rela percaya yang dia ialah Ultraman zero.

"Ayla...kau jujur dengan aku." Eshal menukar topik kepada topik yang lain. Mungkin gadis itu terlampau terkejut.

"Kau masih ada perasaan dengan dia kan?" Soal Eshal. Siapa dia? Oh, dia tu. Eh!

"M...mana ada! Aku benci dia adalah." Ayla memejamkan mata dia. Pura-pura tidak mendengar pertanyaan jejaka itu. Bahaya dia ni.

"Yeke? Kalau betul kau benci dia kenapa aku tiba-tiba boleh muncul masa tu?" Eshal tidak berhenti nak mengusik satu-satunya kawan baik yang dia ada.

"Diam lah kau." Eshal tergelak besar melihat pipi Ayla memerah sedikit walaupun wajah gadis itu dilindungi topi dipakai Ayla tetapi Eshal masih boleh nampak perubahan riak muka Ayla. Jejaka itu mula membaringkan diri di atas rumput yang bersih dari sebarang sampah sarap. Lengan dia dijadikan bantal untuk kepala dia yang keras itu.

"Malam tu." Wajah Eshal bergerak ke kanan dia. Baring mengiring. Kening sebelah diangkat.

"Seseorang pakai hoodie dark green yang selamatkan aku tu adalah kau kan? Eshal?" Bibir merah jambu Ayla bertuturkan persoalaan yang sudah lama dia pendam. Kini sudah tiba masa nya dia perlu tahu siapa penyelamat misteri itu.

"Malam mana satu kau maksudkan?"

"Malam kejadian aku kena kejar dengan sotong darkweb." Ayla menekankan perkataan 'sotong darkweb'. Berbaki lagi perasaan geram terhadap penyerang kuat dan berlagak.

"Aku tak ada dekat sekolah malam tu dan kau mana ada cipta aku lagi dalam imaginasi kau..." kepala gadis itu pantas menoleh Eshal.

"Aku tahu kita orang nampak macam orang yang sama tapi dia bukan aku, aku bukan dia." jelas Eshal. Ayla mengalihkan topi yang menutup wajah dia. Terus menumpukan sepenuh perhatian kepada Eshal. Kalau bukan kau tapi siapa?

"Seseorang yang tolong kau malam tu bukan aku..." Kini, Eshal berdiri tegak di hadapan Ayla. Begitu juga dengan Ayla.

"Dia...Irfan." pupil mata Ayla membesar. Angin tiba-tiba bertiup kencang ke arah mereka berdua. Angin menculik topi Ayla nasib Eshal cekap menangkapnya.

"Kau pilih aku atau dia? Aku dah pernah tanya soalan ni. Ingat, Ayla.  Kau tak boleh cakap melalui lisan, kau nak pilih seseorang hanya mengikut naluri hati kau sahaja." Ayla enggan membuka mulut.

Mungkin tak tahu nak cakap apa dah. Kadang-kadang aku pening sikit dengan dia ni. Kalau boleh setiap minit tu cakap pasal topik tu dan topik ni. Aish, pening kepala aku.

"Aku harap kau tak menyesal jumpa aku dan jangan pernah menyesal dengan keputusan kau pilih." Dahi Ayla berkerut. Aku kena pilih seseorang?

"Dan aku rasa aku dah tahu kau akan pilih siapa." Eshal menuding jari ke arah seseorang.
Eshal menghadiahkan senyuman paling manis buat Ayla atau boleh dikatakan senyuman terakhir?

"Ayla!" Seseorang menyentakkan lamunan Ayla. Habis dia lupa siapa yang Eshal tunjuk. Pantas Ayla memandang sekeliling ruang. Tiada sesiapa. Dari mana suara itu berasal? Masalah nya suara itu seperti sedang berlari dan dikejar oleh sesuatu. Dapatku menangkap bunyi besi sedang melangkah. Dua suara berlainan itu menuju ke arah sini.

"Ayla!" Laung seseorang dari jauh, dengan itu pintu yang perlu memasukkan kod rahsia langsung terbuka luas. Terpaparlah wajah kepenatan milik Irfan. Nasib dia tiada penyakit asma.

"Kesihatan kau akan teruk kalau kau tak makan ubat penawar!" Di tangan Irfan genggam mempunyai sebatang jarum suntik yang mengandungi cecair yang tidak Ayla ketahui namun Ayla tahu lelaki itu seperti mana.

"Irfan!" Ayla menjerit nama lelaki itu. Nada dia sedikit bergetar. Syukur lelaki itu berjaya menemui dirinya. Ayla kesulitan ingin melihat Irfan kerana kerusi diduduki Ayla membelakangkan Irfan. Ayla tahu lelaki itu membawa sesuatu pun kerana dia melihat pantulan cermin di hadapan dia.

Lelaki berusia sudah tua selaku yang memberi arahan untuk menculik gadis itu keluar daripada belakang almari besar. Betul-betul di sebelah tempat Ayla diikat.

"Long time no see...175." Saintis itu melemparkan senyuman sinis secara meleret. Irfan tidak menunjukkan riak terkesima sebaliknya hanya dibalas renungan. Tajam.

-akan bersambung-

╰❥Seseorang Yang Kupilih Where stories live. Discover now