"Tuan Amza yang kasi.. ini sir Hanil yang belanja." Ujar Eden. Plastik berisi makanan tadi turut diletakkan diatas meja.

Sambil memanggang seafood bersama-sama, masing-masing duduk berkumpul di pondok BBQ itu. Jayden, Eden dan Laith sempat bermain flip bottle sementara menanti seafood masak. Intan duduk senyap memerhati. Diaz pula bertugas menghadap grill.

Menyedari jejaka itu seorang diri, Myra lantas berdiri dan datang mendekat.

"Saya tolong.." ujarnya seraya mengambil tray seafood dari pegangan Diaz.

Diaz sedikit tersentak namun cepat-cepat mengawal riak wajah.

"So noob lah this boy. Let me show you how to play.."

Di sudut lain, Jayden dengan ayat broken English-nya menempelak Eden yang masih gagal untuk membuat botol mineral itu berdiri. Dia mengambil tempat dan bersedia mahu melambung botol tersebut. Muka penuh keyakinan!

Tapi apa yang terjadi adalah sebaliknya pula. Botol yang sepatutnya berdiri tegak, terpelanting ke pangkuan Qash yang sibuk dengan bukunya di seberang meja.

"Sorry, sorry.. aku tak sengaja." Pantas Jayden meminta maaf sambil tersengih serba salah. Nasib baik Qash cuma bagi pandangan tajam sebagai amaran. Kalau dia baling botol tu, mau benjol kening Jayden.

"Show off aje pandai. Bukan reti sangat main pun.." cemuh Eden.

Di sebuah meja, Delilah selesai menuang kopi panas ke dalam cawan plastik untuk mereka bertujuh. Tapi sebenarnya, niat di hati cuma mahu memulakan perbualan dengan mempelawa Qash yang tengah duduk jadi ulat buku. Kerana tidak mahu tindakannya terlalu ketara, jadi dia sengaja tuangkan untuk semua.

Entahlah, dia sendiri tak faham dengan kata hatinya. Dia sedar antara mereka berdua, terdapat satu jurang kecil yang wujud setelah malam dia menangis tu. Seakan ada perkara yang belum selesai lagi. Perasaan canggung. Kekok. Tambah pula dia tiba-tiba tak puas hati dengan Qash tengah hari tadi, buat dia termalu dan menyumpah seranah diri sendiri.

Dek kerana rasa bersalah, campur pula dengan niat yang sememangnya mahu berbual dengan jejaka itu, Delilah bergerak kearahnya sambil membawa dua cawan kopi. Gemuruh pula rasanya hendak memulakan perbualan. Tapi dia pekakkan telinga, buat-buat tak dengar bisikan sang otak yang cuba melarang.

Berdiri di sisi Qash yang khusyuk dengan buku di tangan, Delilah hulur secawan kopi kepadanya.

"Kopi?"

Qash pantas panggung kepala sebaik mendengar suara Delilah. Direnung kopi itu untuk sesaat sebelum dia berura-ura mahu menyambut huluran si gadis.

"Eh, Qash tak minum kopi." Dan-dan Myra mencelah, membuatkan Delilah berdiri kaku disitu. Dikerling sekilas wajah Qash. Seakan meminta pengesahan.

Qash tak minum kopi. Pernyataan itu nyata membawa satu lagi emosi pelik buat Delilah. Semacam sentap. Sebal pun ada. Tak tahu sama ada pernyataan itu membuktikan bahawa tindakannya sangat memalukan, atau kerana pernyataan itu keluar dari mulut Myra. Gadis yang kenal lama dan semestinya rapat dengan Qash..

"Serius?" Eden yang mendengar tumpang tanya.

Myra angguk lalu pandang kearah Qash. "Kan, Qash?"

"Perghh.. boleh tahan sweet kau orang ni! Boyfriend tak suka kopi pun dia boleh tahu." Berbeza pula halnya dengan Jayden yang mula tersengih nakal. Qash dan Myra ditenung silih berganti.

Pernah jugalah dia mendengar desas-desus budak berdua tu bercinta. Yalah, Qash si mamat stone ni mana ada kawan perempuan lain selain Myra. Jadi semua pelajar beranggapan bahawa ada sesuatu di antara mereka.

Dia.. Delilah Lavelle[O/G]Where stories live. Discover now