.........................................................

Markas HELL-O

Setelah memastikan Mikayla lena tadi, dia terus bangun bersiap. Ada kerja yang belum terlunas. Lama dia bersabar menunggu berita dari Idham dan Dark. Lewat malam itu Zarif ke markas Dark. 

"Nama dia Fahmi, kekasih Dian. Driver Ailin dulu. Jantan tu kerja dengan Dato' Borhan sama-sama dengan Dian. Dia buat semua tu sebab Dian. Dia tak ada motif besar pun untuk kacau isteri kau. Dia just nak selesaikan dendam Dian yang tak kesampaian. Anak buah aku dah selidik."

"Fahmi? Idham yang selidik ke?" soal Zarif mahu tahu.

"Ya, Shade ada cakap yang sepatutnya ada seorang lagi lelaki yang terlibat dalam kes sebelum isteri kau kena culik haritu Tengku. Tapi lelaki tu tak ada pada malam kejadian culik tu."

"So, Shade start selidik dari kes serangan di parking lot DMC tu lagi." sambung Dark.

"Dia ke yang tolong bapak si Dian tu selama ni?" soal Zarif.

"Ya, Shade inform aku both kejadian di DMC dan kejadian culik where Shade kena langgar before masuk kafe tu adalah disebabkan Fahmi. Memang dari awal mereka buat kerja bertiga. Termasuklah sebarkan rakaman rakaman video dan sebarkan gossip liar pasal isteri kau tu selama ni." terang Dark.

"Yang pecahkan cermin kereta aku tu si sial tu lah?"

Dark mengangguk.

"Yang dalam CCTV yang langgar Idham sebelum masuk kafe tu pun dia?" soal Zarif lagi.

Dark mengangguk lagi, mengiyakan segalanya. 

Zarif mengetap bibir kuat. Patutlah dia rasa familiar dengan sosok lelaki itu dulu. Driver Ailin rupanya! Kalaulah dia cam lebih awal, agaknya kejadian yang menimpa isterinya itu pasti boleh dielakkan.

"So sekarang mana jantan keparat tu?!" soal Zarif keras. Aura bekunya kembali.

"Ikut aku."

Langkah dihala turun ke basement yang hanya diterangi lampu malap jingga. Pintu besi lama itu ditolak menghasilkan bunyi berkeriuk.

"Kau dah tak ada duit sangat ke sampai pintu bagai nak roboh menyembah bumi macam ni pun kau still boleh guna lagi?"

Dark berdecit mendengar kata perlian dari Zarif. Dia tidak membalas sebaliknya tangan menuding ke satu arah.

"Tu, pergilah kau bermesra dengan orang yang kau nak sangat jumpa tu."

Dark kembali menutup pintu besi itu lalu membiarkan Zarif berdua sahaja dengan lelaki yang sudah terpasung kemas pada dinding dengan rantai besi.

Zarif berjalan perlahan ke arah lelaki yang masih belum sedarkan diri itu. Lelaki di hadapannya itu masih belum terluka dan tercela di mana-mana. Dark mengotakan janjinya untuk membiarkan dia sendiri yang menghukum. 

Melihat lelaki tersebut mengingatkan kembali dia kepada rakaman CCTV yang dihantar Idham tempoh hari. Urat leher terasa menegang. Dia tenung lelaki itu dengan pandangan tajam. Benci melihat lelaki itu boleh lena begitu sedangkan isterinya Mikayla hari hari berteman air mata sebelum dapat melelapkan mata.

Kaki dihayun. Celah kelangkang milik Fahmi menjadi sasaran. 

"ARGH!" terjerit Fahmi apabila terasa senak mencengkam anggota sulitnya. Matanya terpisat-pisat cuba dibuka. Apabila berjaya mencelikkan mata, dia bungkam melihat wajah Tengku Zarif di depan mata. Bukan dia tidak kenal. Itu suami perempuan yang dia cederakan beberapa hari lepas.

Zarif tersenyum sinis melihat riak kaget Fahmi.

"Kau kenal tak siapa aku?"

Fahmi teguk liur. Dia langsung tak menyangka akan bertemu empat mata dengan lelaki itu dalam keadaan begini. Gigi diketap kuat menahan rasa perit di bawah pusat.

The Forced Fame [COMPLETE]Where stories live. Discover now