"Encik suami pesakit dalam ni ke?" ada satu suara menegurnya membuatkan Zarif buru buru bangun berdiri.

Zarif mengangguk laju. Mata menancap kemas pada doktor yang menyapa.

"Isteri encik kehilangan banyak darah dan kandungan isteri encik tak dapat diselamatkan. Kami minta maaf kerana kami memang tak dapat nak selamatkan kandungan isteri encik."

Gelap gelita rasa dunianya mendengar perkhabaran itu. Hampir sahaja dia jatuh terduduk tadi. Tengku Zarif mengepal kuat buku limanya bagi memberi kekuatan kepada diri sendiri untuk mendengar penerangan doktor tersebut. Air mata mengalir lesu tanpa dapat diseka lagi.

Anak mereka hilang sekelip mata! Khabar itu terlalu menyakitkan! Ya Allah!

Zarif kelu kata. Kedua belah tangan naik menekup wajah sendiri. Terasa ingin bertempik sahaja di ruang kecemasan itu saat ini. 

Mata terpejam rapat. Cuma mencari sisa kekuatan yang ada.

Doktor yang gamaknya memahami perih yang sedang ditanggung lelaki di hadapannya turut terdiam seketika bagi memberi ruang Zarif supaya bertenang.

Beberapa saat berlalu. Zarif mencelikkan mata yang sudah memerah. Pandangan ditala kembali ke arah doktor yang masih berdiri di hadapannya. Liur ditelan kesat. 

Nafas ditarik dan dihembus perlahan dalam getar yang menyerbu dada. DIa perlu fokus, Mikayla isterinya itu masih perlukan dia. Isterinya itu masih ada.

"Isteri saya doktor? Isteri saya tak apa apa kan doktor?" soal Zarif dalam kepayahan.

"Isteri encik masih dalam rawatan. Kami beri rawatan awal dahulu untuk hentikan pendarahan."

Zarif mengangguk lemah. Kesian isterinya! Ya Allah!

"Sekejap lagi petugas akan datang bawakan borang untuk encik tandatangan. Lepastu kami akan terus proceed untuk procedure D&C."

"D&C?" soal Zarif terketar-ketar. 

"Kami terpaksa lakukan prosedur D&C untuk tujuan mencuci rahim isteri encik. Kandungan isteri encik sudah melebihi 13 minggu jadi kami memang tak ada cara lain. Isteri encik mengalami pendarahan yang teruk jadi kami kena buat juga untuk elakkan infection."

Berguguran jatuh air mata Tengku Zarif setelah doktor yang menjaga wad kecemasan itu menyudahkan kata. Dia bungkam. Dapat dirasakan proses itu bakal menyakitkan isterinya.

Perlahan lahan dia mengangguk. Membenarkan proses itu diteruskan. 

Lengan doktor perempuan itu dia cengkam kuat.

"Doktor! Please jangan buat isteri saya sakit. Jangan bagi isteri saya rasa sakit sewaktu prosedur tu. Jangan bagi isteri saya rasa walau sedikit pun sewaktu anak kami dikeluarkan. Jangan bagi isteri saya ada memori tu Doktor. Tolong saya, tolong hilangkan rasa sakit isteri saya. " rayu Tengku Zarif.

Itu kali pertama dia merayu rayu begitu. Tengku Zarif tidak pernah merayu. Dia juga tidak pernah mahu menunjukkan kepada orang luar tentang kelemahan dia. Tapi petang itu dia merayu. Dia merayu sehingga dia rasa mahu berlutut pada doktor yang bertugas itu. Demi isterinya. Demi Mikayla.

"InsyaAllah, kami akan cuba buat yang terbaik. Saya minta diri dulu."

Tengku Zarif jatuh terduduk di lantai setelah doktor itu meninggalkannya. Dia duduk dalam posisi bersujud tanpa menghiraukan orang ramai yang berada di ruang kecemasan itu. Tangan menekup muka menghalang bunyi esakan dari keluar. Nyata, dia tak kuat.

.................................................

"Zaf!" Seru Puan Sri Sharifah yang tiba-tiba muncul di depan operation theater bersama Tengku Zaid, Zuhail dan Zulfa. 

The Forced Fame [COMPLETE]Where stories live. Discover now