"Baby Bikai..."

"Ya Allah, selamatkanlah anak aku..."

Matanya terasa mahu terpejam.

*BUM!

Dia terdengar sipi sipi bunyi pintu atas terbuka.

"YA ALLAH!"

"SAYANG!!!"

"MIKAYLA!" 

Dia cam suara itu. Suara Tengku Zarif. Suara suaminya itu berbunyi cemas.

Bunyi tapak kasut kuat melangkah ke arahnya. Matanya separa terpejam. 

Tubuhnya terasa dipegang dan dipeluk.

"Ya Allah!"

"S-s-sayang..." suara suaminya yang tadi lantang mula beransur terketar-ketar.

"A-abang. Baby..." hanya itu yang mampu dia sebut sebelum matanya gelap.

"MIKAYLA!" jerit Tengku Zarif apabila dia melihat mata isterinya terkatup rapat. Mikayla terkulai layu di pelukannya.

Tergamam Zarif apabila isterinya itu tidak memberi respons.

"NO!"

"YA ALLAH!!!"

Dia menggagau poket seluar. Mencari cari telefon. Tiada. Dia lupa dia letak telefonnya di dalam bag tangan Mikayla tadi.

"Sayang! Bangun sayang! Bangun! Mikayla please! Jangan tinggalkan abang!" 

Dia mencempung tubuh isterinya. Pedih hatinya melihat darah yang membasahi maxi dress biru muda yang dipakai isterinya tadi. Pakaian yang membuatkan dia memuji isterinya banyak kali hari itu. Mana dia sangka dress itu bakal tercemar terpalit darah.

Dia perlahan lahan bangun lalu bergerak mendaki anak tangga. Kaki terketar ketar longlai.

"Ya Allah..."

"Ya Allah..."

"Ya Allah..."

"Selamatkanlah isteri dan anak aku Ya Allah..."

"Ya Allah!"

Hanya itu yang mampu Zarif tuturkan saat itu. Akalnya bagai hilang ditiup angin. Kakinya terasa lemah namun cuba dikuatkan demi sang isteri yang sedang dicempung. Air mata jantannya sudah membasahi seluruh wajah. 

Dia meletakkan isterinya ke lantai seketika dengan kepala Mikayla berada di ribanya. Beg tangan putih isterinya dicapai.

Terketar ketar dia mengeluarkan telefon bimbitnya. Speed dial butang 4 ditekan. Panggilan kepada Arizal berjaya disambung.

"RIZAL! EMERGENCY! TANGGA KECEMASAN ARAS 2!!!! CALL AMBULANS!!!!" pekiknya sebelum telefon dicampak ke tepi. 

.....................................................

Dazzlo Medical Centre

Sampai sahaja mereka di ruang kecemasan DMC, petugas petugas kecemasan terus sahaja menyorong isterinya masuk ke ruangan rawatan. Paramedik yang bertugas di dalam ambulans memberi short briefing tentang keadaan isterinya kepada doktor yang bertugas. Dia yang mahu mengikut masuk dihalang lalu pintu bilik rawatan itu tertutup. 

Dia menekur di dinding. Pandangannya kosong. Dia kelu tanpa kata. 

Otaknya bercelaru. Tidak tahu apa yang perlu dibuat.

Darah yang melekat di tangan dan di bajunya dibiarkan. 

Lama dia duduk menekur di sebelah pintu kecemasan. Beberapa kali petugas hospital keluar masuk dari ruangan itu dipandang sayu. Entah apa yang terjadi pada isteri dan anaknya di dalam sana.

The Forced Fame [COMPLETE]Where stories live. Discover now