Tengku Zarif yang tak betah berlama lama di katil bangun untuk ke balkoni. Tangan Mikayla turut ditarik.

"Abang, nanti mama marah..." ujar Mikayla. Kepalanya digeleng-geleng perlahan.

"Abang rasa mereput dah ni kena baring jer dekat katil. Kita pergi depan tu kejap jer sayang. Jom, mama dekat bawah sekarang ni." tangan Mikayla ditarik lembut sekali lagi.

"Abang tu luka belum sembuh lagi lah, baring jer lah!" ujar Mikayla geram. Sudahlah suaminya itu kena 7 jahitan!

"Mama!!! Abang bangun dari katil!!!" jerit Zulfa kuat di muka pintu.

Terkedu Zarif mendengar jeritan adiknya. Cepat cepat dia berpaling ke muka pintu. Mata dijengil ke arah Zulfa yang sedang bercekak pinggang.

"Mama tengok abang ni!!!" makin kuat Zulfa menjerit.

Zarif ketap gigi geram. Sejak mereka discharge dari hospital, adiknya itu sudah bertindak menjadi polis bantuan kepada mamanya. Setiap 5 minit datang menjenguk untuk memastikan dia mengikut arahan Puan Sri Sharifah supaya berehat sahaja.

Semalam, dia nak cium isteri dia sendiri pun adiknya itu report pada mama mereka. Dasar tukang report!

"Bisinglah Fafa ni!" bentak Zarif sebelum kembali ke tempat tidur. Rasa macam jadi budak budak balik.

Mikayla tergelak kuat. Dia menunjukkan tanda 'thumbs up' kepada Zulfa. Zulfa turut tersengih.

Dia mendengus sebal melihat situasi itu. Rasa macam dia kena buli!

......................................

IPD Cheras

Seminggu selepas kejadian culik, Mikayla datang ke balai untuk menemui Inspektor Haris sambil sambil memberikan keterangan tentang malam tersebut. Dia datang bersama Zarif dan Zuhail.

"Saya mohon maaf atas segala yang berlaku sebelum ini puan." ujar Inspektor Haris apabila Mikayla selesai memberi keterangan sebagai mangsa dan saksi.

Mikayla hanya tersenyum memahami. Dia tak marah. Tak juga dia rasa berdendam.

"Saya janji akan percepatkan urusan kes. Pihak polis juga akan membersihkan nama puan dari sebarang spekulasi liar yang selama ini puan terima. We owe you that, sejak 10 tahun yang lalu."

Inspektor Haris sedikit lega apabila dapat berbicara berdua begini dengan Mikayla. Memang dia yang meminta untuk suami wanita itu menunggu di luar dan mujurlah Mikayla bersetuju. Mikayla sendiri yang menyuruh Tengku Zarif menunggu di luar walaupun lelaki itu memang agak keberatan. Kalau ada Tengku Zarif bersama mereka tadi pastilah sukar untuk dia menutur sebarang kata kalau diukur dari sifat posesif lelaki itu.

"Tapi kita memang tak akan dapat tahu ke apa sebenarnya yang terjadi dekat arwah kawan saya tu?"

"I'm afraid yes, puan..."

"Besar kemungkinan juga kes Daus Hakimi tu memang tak akan dibuka semula."

Mikayla mengeluh perlahan.

"Tak apalah, apa lagi yang saya boleh katakan... saya cuma sedikit sedih, kawan saya tu tak dapat pembelaan yang sepatutnya. Kebahagian keluarga dia musnah kerana kematian dia. Ayah dan adik dia menjadi pembunuh kerana dendam."

"Bercakap tentang keluarga Daus, Dian dan Husin ada meminta untuk berjumpa dengan puan sebenarnya. Mereka meminta secara berasingan. Cumanya saya acap kali menolak permohonan mereka kerana saya tahu puan pasti tak selesa."

"Mereka nak jumpa saya? Kenapa?"

"Katanya mereka mahu tahu sesuatu dari puan. Katanya tentang duit rawatan."

The Forced Fame [COMPLETE]Where stories live. Discover now