"Qaz, Ayahanda minta maaf atas khilaf Ayahanda dulu. Ayahanda sedar kau masih marahkan Ayahanda tentang hal dulu, kan ? "

Terasa bahunya basah.

Dibiarkan sahaja.

Kepala digeleng laju. Air mata dikesat walaupun pupil matanya gatal nak berair lagi.

" Dulu Qaz marah. Qaz sampai simpan dendam dekat Ayahanda . Tapi bila fikir balik, Ayahanda ayah kandung Qaz. Sejahat mana pun seorang ayah tu, dia tetap ayah. Tanpa dia, tidak lahirlah kita. Jadi, Qaz terima takdir yang Allah S.W.T cipta dengan seikhlas hati dan Qaz dah lama maafkan Ayahanda. Sungguh. "

Qaz mengongoi dalam dakapan Qaiser Lawrence. Jatuh air mata Qaiser Lawrence dengar. Jujur hatinya berasa tenang bila Qaz dengan mudah memafkannya. Tidak sia-sia Qaz dilahirkan ke dunia.

" Terima kasih, Qaz. Kau seorang anak yang baik. " Qaz menggeleng kepala. Bahasa Ayahandanya pun dia tidak ambil hati.

Dia masih belum memperbaiki diri sepenuhnya. Masih terumbang-ambing ke jalan benar.

Qaz menjarakkan badan. Dia menarik tangan Qaiser Lawrence untuk masuk ke dalam kereta. Borak di luar lama-lama nanti tidak sedar langit menjadi gelap. Baik sambung di rumah.

Akhirnya... Drama anak-beranak habis dah. Penat kaki aku berdiri. Ucap Zavian dalam hati. Seandainya cakap depan-depan, sudah pasti kena campak balik ke Itali seorang diri.

Zavian mengambil alih di bahagian pemandu manakala Qaz duduk di belakang di samping Qaiser Lawrence. Tangan Qaiser Lawrence dicapai dan digenggam.

" Ayahanda datang ke Malaysia ini nak rehatkan otak ke ?"

" Ya. Ayahanda dah tua, Qaz. Otak kena banyak rehat. Lagipun, Ayahanda nak luang masa dengan Qaz dan cucu-cucu Ayahanda. Entah kenal entah tidak cucu-cucu dengan Ayahanda." Qaiser Lawrence tergelak kecil. Jelas hambar.

Jika dia tidak menghalau kedatangan Qaz dulu, sudah tentu kehidupannya sekarang penuh dengan tawa. Penuh dengan kebahagiaan.

Qaz menepuk perlahan tapak tangan Qaiser Lawrence yang jauh termenung. Masih memikirkan hal lamakah?

" Ayahanda, Ayahanda jangan risau semua tu. Anak-anak Qaz kenal Ayahanda tapi Ayahanda kena tabah kalau berdepan dengan dia orang. "

" Kenapa? Dia orang nak bunuh Ayahanda ke? "

Qaz tergelak kecil. Bunuh? Tak ada sampai membunuh. Kalau buli, ya.

" Bukanlah, Ayahanda. Ayahanda kena tengok sendiri. " Qaiser Lawrence mengangguk. Sesekali terbit kerutan di kening. Memikirkan apa akan berlaku sesudah sampai nanti.

Tidak semena-mena dia teringat sesuatu. Dia sengetkan badan dan cuit bahu Qaz. Sejurus Qaz menoleh.

" Yes, Ayahanda. "

" Ayahanda ada hal penting nak berbincang dengan kau. Just the two of us. It's all about life and death, and it's also about you. " Nada Qaiser Lawrence berubah serius. Tiada main-main.

Qaz mengerutkan kening. Ini yang dia lemah sangat andaikata mengajak dia berfikir. Kalau boleh dia lebih suka straight to the point. Mudah dia faham dan tak perlu guna kudrat otak untuk mentafsir maklumat.

" Aip-aip captain. "




•♛•♛•♛




" Hafine! Kembar tu dah jumpa Firash."

" Dia orang berdua ada di mana? "

" Markas. "

My Mate , That's Diavolo CriminaleWhere stories live. Discover now