"Sebabtu aku ada cakap semalam aku pelik tu." kata Idham perlahan.

"So macam mana sekarang ni? Kita report polis jer lah Id!" gesa Zuhail. Dia turut risaukan keselamatan Mikayla.

"Kejap!" ujar Idham seraya mengangkat lima jari. Kakinya melangkah keluar dari kafe tersebut.

"Id! kau nak pergi mana?!" jerit Zuhail.

Idham tidak menoleh. 

"Zaf jom ikut dia dulu. Aku yakin kita boleh jumpa Mika balik. Bangun lah dulu. Jom! Kita kena fokus! Kita kena cari Mika sampai jumpa!" ujar Zuhail ke arah abangnya yang terduduk di lantai sambil memeluk bag tangan milik Mikayla yang ditinggalkan di kerusi. Muka abangnya sudah kusut benar. 

Tengku Zarif yang tadi bagai hilang arah terus bangun dari duduknya. Kaki dihala laju mengikut langkah Idham yang sudah semakin menghilang.

"Sayang! You need to be safe! You must be safe!" Ujar Zarif keras dengan mata memerah.

.......................................................

Bilik Pengurusan Litar Tertutup Shopping Complex 

"Jap rewind!"

"Pause!"

"Ni! Korang nampak tak?" soal Idham kuat. Jarinya dituding pada seorang lelaki yang berjalan di belakang Idham.

"Siapa?" soal Zuhail.

"Orang ni langgar aku tadi! Aku tengah lari nak masuk kafe lepas dengar bunyi berdesing dari earpiece. Tiba-tiba orang ni langgar aku."

"Encik, play balik!" arah Idham kepada pegawai yang menguruskan sistem litar tertutup di bilik itu.

Kesemua mereka fokus ke arah skrin. Jelas kelihatan lelaki yang memakai jaket kulit hitam bersama mask dan topi itu sengaja melanggar Idham yang sedang berlari. 

"Zoomkan!" arah Tengku Zarif pula. Matanya dipicingkan untuk menilik tubuh lelaki misteri itu.

"Siapa dia tu? Kau kenal ke Tengku?" soal Idham.

Zarif mengeluh. Dia tak kenal. Sosok tubuh lelaki itu nampak familiar tapi dia betul betul tak dapat cam.

"Macam mana kita nak cari Mika ni Id?" soal Zuhail. 

Idham helas nafas kasar. Terasa tak berguna saat ini. Padahal dia ada berdekatan sahaja dengan Mikayla.

"Lelaki dalam CCTV tu nampak macam orang muda..." ujar Idham perlahan.

"Dan aku lupa nak bagitahu sesuatu sebab sibuk uruskan plan kita harini. Yang pasal ayah Daus tu, aku check maklumat lama dia, dia pernah kerja sebagai kerani pendaftar di hospital tempat Zalika gugurkan kandungan."  

Bertaut kening Tengku Zarif mendengar kenyataan itu. Jadi dia perlu buat apa dengan maklumat tu? Boleh membantu cari Mikayla ke?

Idham yang dapat membaca reaksi Tengku Zarif itu hanya mengeluh perlahan. Suami Mikayla itu belum dapat menangkap apa yang cuba disampaikannya.

"Aku tengah tunggu partner aku hantar maklumat dulu. Aku harap apa yang aku fikir ni betul. Kalau betul kita boleh terus jejak Mikayla." sambungnya.

Cepat cepat Tengku Zarif angkat muka.

...........................................................

Rooftop Sekolah 

Mata Mikayla terpisat pisat cuba dibuka. Rasa pedih di lehernya masih terasa. Dia mahu mengangkat tangan namun tak berjaya apabila dia menyedari tangannya terikat pada kerusi yang dia sedang duduki. Dahinya berkerut apabila pening datang mencucuk. 

The Forced Fame [COMPLETE]Where stories live. Discover now