"Ya ya saya cuba. Tapi awak dekat mana ni?"

"Saya dah lari. Saya kena menyorok. Tapi nanti boleh tak saya nak jumpa puan? Boleh tak puan datang sendiri. Saya takut puan..."

"Dian... bahaya kalau awak sorang sorang. Apa kata kalau saya minta kawan saya tolong." ujar Mikayla. Dia terfikir mahu meminta bantuan Idham kalau Dian taknak melibatkan polis. 

"Puan ada orang yang boleh tolong saya ke? Yang tak ada kena mengena dengan Tengku Liyana? Saya takut dengan dia puan..." ujarnya Dian perlahan.

"Ada. Saya janji akan tolong awak tapi awak kena bagitahu saya dulu dekat mana nak cari awak."

"Tunggu saya dah selamat dulu puan. Saya akan contact puan balik. Puan terima kasih puan. Saya betul betul tak tahu saya nak minta tolong siapa. Saya banyak buat dosa dengan puan waktu saya kerja dengan arwah Cik Ailin dulu. Saya minta maaf Puan. Saya tahu puan orang baik tapi saya terpaksa kerja jugak sebab saya tak ada duit..."

"Dian... takpe... saya faham. Bukan kehendak awak. Lupakan dulu pasal kisah lama. Keselamatan awak penting lagi. Sekarang ni awak cari dulu tempat selamat. Nanti awak rasa dah okay awak call saya balik. Kalau awak nak suruh kawan saya pergi cari awak sekarang pun saya boleh tolong uruskan. Macam mana Dian?" ujar Mikayla lembut.

"Saya call puan balik nanti. Terima kasih puan. Doakan saya selamat puan. Terima kasih sangat-sangat!"

Panggilan ditamatkan oleh Dian sendiri. Mikayla menghenyak punggung ke katil. Dia panggung kepala ke lutut. Risau tiba-tiba. Dia tak nak sebab dia ada orang lain yang tak berdosa menerima akibat lagi. Cukuplah yang lepas lepas. 

Dia tak faham. Tengku Liyana ni bersungguh sungguh betul dendamkan dia. Hanya sebab Tengku Zarif jer ke?

Sekarang kepalanya tak henti berfikir. Patutkah dia diamkan hal ni dari suami dia?

..........................................

Pejabat Tengku Zarif

Tengku Zarif hanya diam memerhati ke arah Idham yang sedang menyisip teh yang baru dhidang Lilian sebentar tadi. Dia menunggu Idham memulakan bicara. Dia dari tadi menunggu Idham datang menemuinya. Dibatalkan segala kerja dia hari itu demi untuk mengetahui apa yang berlaku. 

"Aku tak suka kau sebenarnya Tengku Zarif." ujar Idham selamba setelah lama dia diam berdiam diri.

Tengku Zarif jongket kening. Dah kenapa mamat ni. Ada dia minta love confession ke?

"No worries, kau tak keseorangan. Aku pun tak suka kau." balas Tengku Zarif tanpa nada. 

"Kau buat Mikayla sakit."

"Stop reminiscing old time, kau sedar ke tak kau bercakap dengan siapa sekarang ni?" bentak Tengku Zarif geram.

Idham tersenyum sinis. Itu sekadar mukadimah sahaja. 

"Kau sama macam yang aku fikir sebelum ni. Tak menyabar, pemarah." kutuk Idham selamba.

Halkum Tengku Zarif bergerak gerak menahan amarah.

"Straight to the point Idham. Kalau kau tahu aku tak penyabar maksudnya kau tahu apa aku akan buat kalau aku mengamuk. Stop dilly dally, stop fooling around!"

Idham hanya tersenyum. "Patutlah Dark suka kau."

"BULLSHIT!" carut Tengku Zarif. Meja dihentak kasar.

"K-KAU!" Tengku Zarif sudah bangun dari kerusi. Jarinya telunjuknya sudah dihala tajam ke arah muka Idham.

"Okay relaks, aku nak start dah ni. Sit down Tengku. Aku buat opening jer tadi. Dah lama pendam nak cakap macam tu dekat kau."

The Forced Fame [COMPLETE]Where stories live. Discover now