Mikayla tersenyum memahami. 

"Tak apa, Mika pun tak pernah cerita dekat abang. Mika ingatkan abang tahu. Mika pergi sana tu few days lepas malam abang datang cari Mika dekat rumah tu. Abang ingat tak?" Ingatannya kembali menerawang mengingati malam di mana dia bergaduh dan menghalau Zarif dari rumahnya. Itu kali terakhir mereka berjumpa sebelum Tengku Zarif membawa diri ke London.

"Kayla! Zarif datang cari kamu. Pergi turun jumpa dia kejap." ujar bonda apabila pintu biliknya dibuka. 

Mikayla kerut dahi. Zarif? Zarif datang? Lelaki itu mahu apa lagi? Tak cukup cukup lagi ke mahu menuduh dia. Separuh hatinya suka dengan berita kehadiran Zarif tapi separuh hatinya lagi menolak rasa suka itu jauh jauh. Zarif tak percayakan dia...

"Taknak, Kayla tak nak jumpa dia!" bentak Mikayla. Dia takut untuk berjumpa dengan Tengku Zarif.

"Mikayla! Jangan degil! Pergi sekarang. Pergi bagitahu dia yang kamu akan stay di Padang for few months dan akan balik sini sebelum SPM. Cakap baik-baik. Berhenti bergaduh." arah Dato' Marina.

Dengan dada yang berdebar-debar Mikayla keluar ke halaman rumah. Diperhatikan Tengku Zarif yang sedang duduk memanggung kepala di kerusi taman. Sejujurnya dia rindu pada lelaki itu. Mikayla tenung Zarif. Tengku Zarif nampak pelik. Ada beberapa kesan koyak di pakaian lelaki itu. Mikayla pandang sekeliling. Dia tak nampak motobike yang selalu ditunggang Zarif. Lelaki itu datang ke rumahnya dengan apa?

"Nak apa datang sini?" sapa Mikayla. Matanya ditala ke arah lain. Tidak mahu melihat wajah lelaki itu. Riak wajahnya turut dikawal sebaiknya. 

Tengku Zarif angkat muka. Langkah dibawa mendekati gadis remaja itu. 

"Explain. Yang pasal mengandung luar nikah dan keguguran tu betul ke?" 

Mikayla merenung tajam muka lelaki itu. Tak menyangka itu yang lelaki itu mahu tahu. Soalan yang keluar dari mulut Tengku Zarif saat ini sangatlah menyakitkan hatinya yang sudah kian hancur.

"Itu jer ke sampai sanggup datang malam malam buta ni?" bidas Mikayla kasar.

"Jujur jer tak boleh ke? Susah sangat? Atau Mika masih nak berlagak suci depan abang? Cukuplah Mikayla! Can you please for once, be honest with me?!" 

"Kalau abang Zaf tak ada benda elok nak cakap, baik abang Zaf balik jer lah..." ujar Mikayla tanpa nada. Dia kecewa. Semurah itukah dia di mata Tengku Zarif?

"Kalau tak betul, kenapa orang lain cakap Mika taknak buat checkup? Betul ke tak sebenarnya? 

Mikayla mengetap gigi. Buku limanya digenggam kuat. Matanya dibawa menentang mata Tengku Zarif.

"Sebab itu jer ke abang datang sini malam malam ni?" soal Mikayla. Kecewa benar nadanya saat itu.

Sudahlah dia letih. Mental dan fizikalnya lelah. Terpaksa berulang alik dari balai polis dan hospital gara-gara kes Daus. Dituduh bermacam macam oleh pihak polis. Dibawa berjumpa psychiatrist untuk memeriksa jika dia menipu. 

Dia juga turut dipaksa untuk membuat pemeriksaan bagi membuktikan yang dia tak mengandung. Mujur bonda menghalang keras. Dia pun tak selesa. Macam-macam yang dia kena hadap sepanjang beberapa minggu setelah Daus terjun dari rooftop sekolah mereka. Dipulaukan oleh rakan-rakan, dimaki hamun oleh ibubapa Daus. Macam macam yang dia kena hadap di umur yang masih muda begitu.

Dia penat!

Kehadiran Tengku Zarif malam itu makin menambahkan sesak dalam jiwanya. Hanya itukah yang Tengku Zarif mahu tahu darinya? Besar harapan Mikayla tadi mengangankan Zarif datang untuk memberikan kata-kata semangat padanya. Tersasar sungguh angan-angannya itu. Dia lupa siapa diri dia di mata Tengku Zarif.

The Forced Fame [COMPLETE]Where stories live. Discover now