Zarif terdiam. HELL-O? Nak protect perempuan?

"Sejak bila organisasi kau ni buat kerja kerja protect orang? Bukan korang kerja bunuh, seksa orang jer ke?" sindir Zarif.

"Look Tengku Zarif, aku seriously tak nak cari pasal dengan kau. Bukan perang yang aku nak, tapi kerjasama antara kita. Aku tak akan paksa kau join aku macam dulu lagi dah, tapi aku nak kau dengan aku berkerjasama. Pasal kerja kerja organisasi aku ni, kau akan tahu lebih kalau kau terima deal aku."

"Aku taknak buat kerja kotor macam kau! Aku taknak Astana terpalit sial kalau berkerjasama dengan kau!" 

"Aku boleh bagi kau masa! Fikir dulu Tengku Zarif!"

"Whatever Dark, lupakan! Aku memang tak akan terima deal bodoh kau tu! Stop doing stupid thing. Stop kacau aku dan keluarga aku! Sekali lagi aku dapat tahu kau cuba buat apa apa yang terkait dengan keluarga aku dan Astana aku memang tak akan teragak-agak untuk lingkupkan organisasi sial kau ni!"

Dark tergelak perlahan. 

"Yakin sungguh kau nak lingkupkan aku..."

"Shut up and stop buat macam kau ni stalker aku, Dark!"

Dark gelak berdekah. Sempat dia menutur satu ayat sebelum Tengku Zarif melangkah keluar dari ruangan itu.

"Isteri kau tu dah lama dah ada orang jaga sebelum kau..."

Tengku Zarif menjeling tajam sekilas sebelum tetap terus melangkah pergi. Tak perlu dilayankan kata-kata orang seperti Dark. 

...................................................

Dian keluar dari perumahan flat miliknya tengahari itu untuk ke kedai runcit. Barang dapur di rumahnya sudah habis. Tak banyak yang dia mahu beli. Sekadar beberapa bungkus mi segera, minyak masak dalam paket serta garam yang sudah hampir habis. Dia terpaksa berjimat cermat sejak berhenti kerja dengan Dato' Borhan. Dia belum mendapat kerja baru.

Sedang dia berjalan melalui kaki lima tiba-tiba ada van hitam berhenti betul betul di hadapannya dan menghalang laluan. Pintu van dibuka dan dua lelaki berpakaian serba hitam dan bertopeng keluar seraya memegang bahunya. 

Dian terkaku kerana terkejut. Tanpa menunggu lama, mereka menekup mulut Dian dan laju menolak Dian masuk ke dalam van tanpa sempat Dian menjerit. 

Dian pengsan.

Dian terbangun apabila rasa dituang air. Berkelip kelip matanya cuba melihat sekeliling ruang malap itu. Tangannya terasa diikat di bahagian depan dan dia terbaring mengiring.

"Good evening, Dian!"

Dian bangun dari duduk dengan sedikit sukar gara gara tangan yang terikat. Dia jadi takut tiba-tiba. Matanya bertembung dengan figura seorang perempuan elegan yang duduk bersilang kaki di kerusi. Dian tak kenal siapa perempuan itu.

"S-siapa?" tergagap gagap Dian menutur kata. Dipandang sekeliling dan dia lihat lelaki berpakaian hitam tadi turut ada di ruang itu. Dian cepat cepat tersedar situasi dia berada sekarang. Dia diculik!

"S-siapa aw-awak semua ni? Kenapa awak c-culik sa-saya???" tanya Dian separa menangis. Takut takut dia pandang wajah yang berada di hadapannya. Sinis senyuman perempuan itu padanya.

"Awak pembantu Putri Ailin kan? Yang mati kena bunuh tu? Kan?" ujar perempuan itu sinis.

"Cik, cik kenal saya ke? Tolong cik, saya tak buat salah apa apa pun cik. Lepaskan saya cik." ujar Dian kuat sambil mengesot mendekati perempuan yang sedang duduk di kerusi itu. 

"Ish! Jangan dekat lah!" bentak perempuan itu kuat. Kakinya menendang tubuh Dian supaya menjauh darinya.

"Cik ni siapa? Tolong lah jangan buat macam ni dekat saya? Cik ke yang bunuh Cik Ailin?"

The Forced Fame [COMPLETE]Where stories live. Discover now