"Abang kalau jealous cepat cepatlah kahwin. Boleh peluk peluk macam ni."

"Yang Fafa ni pun dah kenapa duk peluk peluk menempel dekat bini orang jugak. Dia pun duk menyibuk berpeluk ada hati nak kutuk abang." bebel Tengku Zuhail sambil mencubit pipi adiknya.

Tengku Zulfa sudah menjerit jerit kesakitan dan Mikayla apa lagi, laju sahaja tangannya memukul kuat tangan Tengku Zuhail. Bukan sekali, tetapi banyak kali pukulan kuat itu mengena tangan Tengku Zuhail.

"SAKITLAH MONYET!" terjerit Tengku Zuhail sambil mengaduh. Merah kekura tangannya dipukul Mikayla.

*Puk!

Makin mengaduh Zuhail apabila Tengku Zarif juga turut memukul kuat belakang kepalanya. 

"Aku dah cakap jangan panggil kesayangan aku dengan panggilan tu!" marah Zarif.

"Bro, selama ni Mika yang start panggil aku macam tu tau! Dari zaman sekolah dia monyetkan aku! Tak ada pulak kau bebel dia." adu Zuhail.

"Kenapa pulak aku nak bebel Mika, kau tu memang perangai hampir sama macam haiwan tu sejak dari dulu lagi." ujar Tengku Zarif selamba.

Mikayla sudah tergelak sambil menjelirkan lidah pada Zuhail. Puas hati melihat muka cemberut lelaki itu. 

Zulfa juga turut mengekeh ketawa. Ketawanya yang kuat itu menyebabkan Zuhail mula menyerang untuk menggeletek pinggangnya. Cepat cepat dia masuk ke dalam pelukan Mikayla yang masih dipeluk Zarif. Mikayla pula turut memeluk erat Zulfa lalu dipusingkan badan Zulfa ke kiri dan kanan untuk mengelakkan Zulfa dari digeletek Zuhail. Berpusing pusing setempat mereka bertiga. Zuhail pula makin rancak mengacah. Tengku Zarif turut tersenyum dan mengikut sahaja pusingan kaki isterinya tanpa melepaskan lingkaran tangan di pinggang itu. 

Aina Yusra mencuka di sisi memandang mereka berempat yang sedang bergurau senda. Zuhail tak pernah pun nak bergurau begitu dengan dia. Sangkanya selama ini kalau Zuhail melayan dia baik baik maknanya lelaki itu mungkin ada secuit rasa yang sama seperti dia. Tapi jika melihat dari gaya lepas laku Zuhail sekarang, dia jadi cemburu. Dia tersedar tentang satu perkara, Zuhail kalau selesa dan rapat dengan seseorang, perangai sopan santun yang sentiasa ditunjukkan akan hilang menjadi perangai gila-gila dan suka mengusik.

Beberapa pekerja dan staf perempuan sibuk berbisik sesama sendiri melihat adegan gaduh gaduh manja anak anak menantu CEO mereka. Tersengih sengih masing masing.

"Memang rapat betul kan empat orang tu."

"Untungnya Kayla. Kau tengoklah anak Tengku Zaid yang perempuan tu, asyik berkepit jer dengan dia."

"Kau tak tengok lagi semalam yang Tengku Zuhail halang bola tu. Pergh macam movie!"

"Bukan setakat Tengku Zuhail, kau tengoklah Tengku Zulfa berlari pergi dekat kakak ipar dia macam mana. Tengku Zarif pun wow terus peluk pusingkan wife dia. Sweet nak mampos lah satu family! Sumpah untung gila Kayla!"

"Weh rugi gila aku bantai tidur petang semalam tak join sukaneka! Tak sangka pulak Tengku Zarif dengan Tengku Zuhail join sekali! Rugi tak cuci mata semalam so harini aku nak cuci mata puas puas!"

"Itulah kalau Tengku Zarif dah off market aku boleh try Tengku Zuhail!"

"Berangan jer lah kau. Kau tak tengok ke betapa rapatnya Tengku Zuhail dengan Kayla. Mesti lah dia cari stok stok glamour macam tu jugak! Tu yang macam anak Tan Sri Aziz tu." memuncung mulut dia menunjukkan ke arah Aina Yusra yang sedang cuba bergurau senda dengan Tengku Zuhail.

"Dorang memang rapat dari kecil kan?"

"Dengarnya macam tu lah. Ramai cakap Kayla memang ada dengan keluarga Tengku Zaid dari kecil."

The Forced Fame [COMPLETE]Όπου ζουν οι ιστορίες. Ανακάλυψε τώρα