Tengku Liyana memerhatikan langkah Tengku Zarif dan Mikayla yang ralit berbual sambil melangkah ke bilik mereka tanpa sedar akan kehadirannya di belakang mereka. Dia mahu mengetahui di mana kamar yang akan dihuni pasangan itu. Tersenyum Tengku Liyana apabila dia dapat tahu bilik pasangan itu berada sama aras dengan biliknya yang akan dihuni bersama dengan kawan-kawannya untuk 3 hari 2 malam disitu.

Tengku Zarif dan Mikayla berehat rehat dibilik sementara menunggu waktu makan tengahari. Mikayla juga tak melepaskan peluang untuk melelapkan mata. Mereka berdua tertidur pulas kerana masing masih terasa keletihan walaupun tidak berbuat apa apa. Terasa tenang tidur sambil mendengar bunyi ombak laut.

Mereka berdua akhirnya terjaga apabila Zuhail dan Zulfa datang mengetuk pintu bilik untuk beriringan ke restoran. Makan tengahari mereka hari itu adalah di Sang Suria Buffet Restaurant. Pihak Astana turut membayar pakej makan 6 kali sehari untuk 3 hari 2 malam di restoran mewah tersebut. Selepas makan tengahari para peserta yang menyertai company retreat dibiarkan untuk melakukan aktiviti bebas. 

Tengku Zarif dan Mikayla turut tidak terkecuali membawa diri ke pantai. Zarif menarik tangan isterinya untuk berbaring bersamanya di dalam hammock yang terikat kemas pada dahan pokok yang merimbun.

"Abang, malulah orang nampak nanti." omel Mikayla sambil mata meliar memerhati sekeliling.

"Biarlah orang nampak. Tak salah pun, kita kan halal." ujar Zarif selamba. Kepala isterinya ditarik untuk direbahkan ke dadanya. 

"Eee halal pun takkan lah nak tunjuk dekat public."

"Shhh... let's enjoy the view sayang..." bisik Tengku Zarif.

Mikayla hanya membiarkan setelah dia juga mula selesa berbaring di atas dada bidang suaminya. Degupan jantung Zarif yang didengari menenangkan hatinya.

Sudah pastilah tindak tanduk suami isteri itu diperhatikan oleh ramai orang yang berada di kawasan pantai itu. Masing masing hanya tersenyum senyum melihat adegan romantis itu. Ramai yang iri hati dengan Mikayla kerana mendapat layanan sebegitu dari lelaki yang diketahui mereka memang seorang yang tidak berperasaan.

............................................

Petang itu selepas Asar sudah ramai yang mula berkumpul di pantai untuk aktiviti sukaneka pantai. Pelbagai aktiviti sukaneka seperti permainan tarik upih, mencari gula gula dalam tepung, permainan kerusi muzikal dan banyak lagi. Riuh rendah mereka semua di pantai itu. Masing masing seronok bersuka ria tanpa mengira pangkat. 

Acara kemuncak petang itu adalah permainan bola beracun. Huru-hara masing masing cuba mengelakkan diri dari dibaling bola. Zulfa dan Zuhail turut menyertai permainan itu. Mikayla hanya duduk dan memangku kepala suaminya sambil menjerit memberi semangat kepada adik adik iparnya. 

Tengku Zarif pula hanya diam sambil merebahkan kepala ke riba Mikayla. Tidak dihiraukan mata mata staff dan para pekerja yang sedang memandang. Dia rasa tak sedap badan. Perutnya terasa sebu.

"Eee Yana, tengoklah abang Zarif you tuuu." ujar Harisa dengan muka tak puas hati.

Tengku Liyana usah dikata, muka penuh membara dengan rasa cemburu. Dikerling ke arah staf staf perempuan yang sedang berbisik bisik sambil tersenyum melihat pasangan itu. Benci! Sepatutnya dia yang dicemburui oleh staf staf Astana! Dia yang lebih layak!

"Tengku, jom lah main sekali!" ajak seorang staff lelaki. 

"Zaf, jom main bola beracun ni!" seru Zuhail pula.

Tengku Zarif angkat muka. Tak kuasalah dia mahu bermain. Dia hanya mahu berbaring di riba isterinya.

Baru sahaja dia mahu bersuara untuk menolak tiba tiba Zuhail datang ke arahnya.

The Forced Fame [COMPLETE]Where stories live. Discover now