LELAKI BATU Bab 16

86 2 0
                                    

"Kau sorang saja? Mira?"

Hasya yang sibuk membantu Nurul membawa makanan dari dapur sempat mendengar pertanyaan Wafi. Waktu itu juga dia menoleh mencari wajah si batu. Berdebar dada menunggu jawapan balas darinya. Mereka merancang untuk datang berdua? Melampau!

Tapi lelaki itu sekadar mengangkat bahu. Dan Hasya paksa diri terus bergerak ke meja hidangan. Dia sibukkan diri dengan menyusun makanan, mengosongkan bekas dan mengemas meja. Hilang juga selera Hasya walaupun menu barat malam ini mengecurkan liur. Sudahlah menu kampung siang tadi tak dapat dinikmati kerana emosinya terganggu memikirkan Altaf. Sekarang, dia semakin kusut!

Hasya melangkah laju masuk ke dalam rumah semula. Dia terus ke dapur untuk menghantar bekas makanan. Rasanya mahu menghilang sahaja dari rumah ini. Tak sanggup melihat suami sendiri bersama 'sahabat'nya itu.

Hasya mundar-mandir di ruang dapur yang luas dan kosong. Semua orang berada di luar. Serba salah jadinya. Kalau dia pulang sahaja, meriahlah tiga sahabat tu berbual nanti. Ahh... dia takkan beri ruang untuk mereka bersukaria. Hasya teringat pandangan tajam Altaf tadi. Dia seperti marah sungguh melihat Hasya bersama Wafi.

Hhmmm... kalau dia suka-suka nak jumpa Mira di sini, biar dia saksikan yang Hasya juga boleh bersuka-suka bersama Wafi. Baru adil namanya, kan?

Hasya senyum jahat. Laju dia berpaling mahu melangkah keluar tapi terkejut melihat Altaf muncul di dapur dan lengan Hasya tiba-tiba ditarik sekali. Tubuh Hasya terheret mengikut jejak lelaki itu masuk ke...bilik air?

Hasya terbeliak melihat pintu bilik air ditutup rapat dan dikunci. Dia terngadah memandang si batu dengan rasa tak percaya dengan apa yang dia lihat. Bila Hasya membuka mulut mahu bertanya kenapa, laju tangan Altaf menekup mulutnya. Tambah terbeliak Hasya dibuatnya. Tubuhnya terdorong ke belakang, tersandar ke dinding bilik air.

"Eh... mana Abang Altaf? Tak ada pun, Nurul!"

Suara Aina? Bulat mata Hasya memandang Altaf. Lelaki itu mengangguk, mengiyakan pertanyaannya dalam diam.

"Entah... Nurul nampak dia masuk dapur tadi..."

Bila terdengar suara Aina dan Nurul, barulah Hasya faham kenapa Altaf bawa dia masuk ke bilik air dengan terburu-buru. Dia pula pandang lelaki itu sambil mengangguk, tanda dia faham apa yang sedang berlaku. Barulah riak muka lelaki itu mengendur dan mulut Hasya dilepaskan.

Namun tak sedikitpun lelaki itu berganjak ke belakang sedangkan bilik air punyalah luas. Tetap dia berdiri di situ, tunak memandang Hasya, membuatkan ritma jantungnya yang tadi berdegup kencang kerana terkejut tapi kini berdebar luar biasa pula.

'Goda dia, Kak Sya! Goda dia!'

Suara Nurul menghasut mengacah di pendengarannya. Betul juga! Takkan dia mudah-mudah sahaja mahu biarkan wanita lain menggoda suaminya? Lebih baik dia yang menggoda!

'Batu macam mana pun dia, mesti retak tengok Sya malam ni!'

Yakin sungguh Kak Nurin! Benarkah? Retakkah si batu kalau digoda isteri sendiri? Hasya berkerdip mata memandang lelaki itu, antara percaya dengan tidak dengan diri sendiri.

'Kau goda dia, Sya! Tapi lepas tu, kau lumat-lumatkan hati dia!'

Suara Dina juga datang berbisik, memujuk dengan nada penuh dendam. Jiwa Hasya semakin gelora. Hangat tubuh suaminya pula semakin terasa. Dan pandangan lelaki itu yang seperti sedang meratah wajahnya membuatkan semangat untuk menggoda semakin terbakar.

Perlahan-lahan kedua kaki Hasya yang tadi tak sempat menyarung selipar di bilik air itu terjengkek meninggi. Kedua bahu si batu dia paut untuk stabilkan diri. Kerana lelaki itu tinggi orangnya.

Sepasang mata Hasya memandang tepat ke anak mata si batu yang berlari-lari seperti terkejut dengan tindakannya.

'Goda dia, Kak Sya! Goda dia!'

Suara Nurul semakin kuat menghasut. Antara rasa marah, cemas dan malu, Hasya pejam mata. Dia tekad dan berserah. Demi Tuhan, momen ini datang seperti memberi ruang untuk dia memilih takdir. Dan dia memilih untuk melupakan segalanya melainkan rasa rindu dan cinta yang sedang bergelora terhadap lelaki itu.

Langsung dengan perlahan-lahan, dua ulas bibirsuaminya dicari. Dan Hasya pasrah!

 Nota: LELAKI BATU sampai sini aje ya. Lepas ni, ada POV Altaf pula. Haa... kalau nak tahu apa ceritanya dengan si Altaf batu ni, boleh dapatkan ebook LELAKI BATU. Versi cetak dah habis. Whatsapp Kak Juea @ 01120503481. Sampai jumpa lagi dalam karya yang akan datang. Terima kasih sangat-sangat sebab sudi singgah dan follow kisah Altaf dan Hasya. 

Salam sayang!

You've reached the end of published parts.

⏰ Last updated: Nov 15, 2023 ⏰

Add this story to your Library to get notified about new parts!

LELAKI BATUWhere stories live. Discover now