Chapter 2

139 21 3
                                    

KIER melabuh duduk di atas motosikalnya sambil menghembus asap rokok yang berkepul-kepul keluar dari bibirnya. Anak matanya meliar memerhati rakan-rakan sekolahnya. Ada yang sedang menunggu ahli keluarga, ada yang berkumpul beramai-ramai. Entah merancang hendak kemana.

Dan dia di sini, sedang membuang masa.

"Kier, kau tak patut hina Kiara macam tu tadi. Dia tak bersalah bro, aku yang bersalah. Aku yang desak dia." Hairul melepas keluhan. Terkenangkan apa yang terjadi waktu rehat tadi.

"Ah, tak kisahlah. Perlu ke dia malukan kau sampai macam tu sekali? dia ingat dia lawa sangat? Kau, kalau kurus, bersusun awek nak kat kau. Apasal lah kau dok kejar minah kelab malam tu lagi. Aku tak faham betul!" Kier merengus menyampah.

Dari kejauhan dia nampak Kiara yang sedang menunggu seseorang di perhentian bas. Bertambah panas hatinya.

Hairul mengemam bibir. Dia tak tahu sejak bila Kier mula membenci Kiara. Mungkin sejak hari yang Kier katakan yang dia nampak Kiara membuat persembahan di kelab malam? Tapi Hairul masih ragu-ragu dengan tuduhan Kier itu. Sebab dia tak nampak dengan mata kepalanya sendiri. Cuma Kier.

"Kau pasti ke perempuan kat kelab malam tu Kiara? mungkin orang lain kut bro..." Hairul luahkan juga rasa ragu-ragunya itu.

Tumpuan Kier kembali pada Hairul. Putung rokok yang sudah habis disedutnya tadi di campak ke tanah.

"Bro, aku ni belum rabun lagi sampai tak kenal perempuan tu. Meliuk-liuk depan jantan. Seriuslah aku cakap, dia memang perempuan murah." Yakin Kier dengan apa yang dia nampak. Sudah memang betul dia nampak Kiara di kelab malam. Kiara ingat Kiara aje kaki berhibur? dia pun sama juga. Kebetulan malam itu dia menyelinap keluar ke kelab malam di mana Kiara membuat persembahan, di situlah dia nama Kiara dengan pakaian yang mencolok mata sedang menghiburkan para lelaki-lelaki bajingan.

"Macam nilah, kalau kau tak percaya cakap aku. Malam ni kita pergi kelab tu. Biar kau saksi sendiri." Sambung Kier bersungguh menyakinkan Hairul.

"Ah, tak nak aku. Nak mampus dengan mak aku?" Laju Hairul menggeleng tidak mahu. Dia bukannya kaki rayau seperti Kier. Lebih baik dia layan games dari membuang masa di kelab-kelab malam. Menghabiskan wang ringgit aje. Lagipun dia bukannya anak orang kaya macam Kier Raden.

Kier jongket bibir dengan tawa halus. Sudah diagaknya jawapan Hairul. Anak maklah katakan.

Sedang Kier bersembang dengan Hairul, anak matanya kembali mengecil kearah Kiara. Kali ini dengan riak yang makin tegang. Riaz sedang mendekati Kiara. Itu lagi seorang yang selalu buat dia sakit hati. Padan sungguh mereka!

KIARA termenung sendiri sambil melihat jam di pergelangan tangan. Mana pula Adli ni? kata nak jemput aku? Uffhh!

Dari tadi dia tunggu Adli, pengurusnya yang berjanji mahu menjemputnya pulang dari sekolah. Mereka akan terus ke lokasi pengambaran sekejap lagi.

Menoleh ke kiri, Riaz sedang mendekatinya. Kiara menghela nafas diam-diam.

"Saya ganggu awak ke?" Tersengih Riaz menyoalnya sebelum melabuh duduk di kerusi hentian bas itu. Kiara mengengsot sedikit menjauh. Dia tak mahu menjadi buah mulut orang lagi.

"Awak nak apa?" Kiara menyoal tidak senang.

"Taklah, saya dengar awak bergaduh dengan Kier tadi. Dia tu memang, awak tak payah layan dia." Riaz membangkit hal Kiara yang bergaduh dengan Kier, saudara tirinya itu. Rugi dia tak berada di tempat kejadian waktu itu. Kalau tidak, mesti seronok tengok muka Kier yang merah dilempang Kiara.

"Bila masa saya layan dia?" Sedikit naik nada Kiara membalas Riaz. Dia tidak pernah melayan Kier. Cuma Kier yang selalu cari gaduh dengan dia.

"Okey, okey saya faham. Tak payahlah marah saya." Riaz depang kedua tangan. Bibirnya melepas tawa kecil.

Kiara menghembus nafas sedikit keras sebelum mencerun wajah Riaz.

"Awak boleh tak tolong saya?" Soalnya serius.

"Tolong apa?" Riaz turunkan tangan dan menyoal semula dengan hairan.

"Tolong pesan kat abang tiri awak tu, jangan sibuk hal saya. Kalau dia benci sangat saya. Tak perlu masuk campur hal saya." Kiara beri pesanan pada Riaz. Biar Riaz sampaikan pada Kier yang terlalu penyibuk itu.

Wajah Riaz berubah riak. Dia disuruh beri pesanan pada Kier? Dia?

"Tak payah nak bagi pesan-pesanlah. Cakap je terus-terang dengan aku."

Belum sempat Riaz membuka mulut membalas Kiara, muncul Kier mencelah di antara mereka. Remaja lelaki itu meloncat duduk di antara mereka dengan muka selamba.

Spontan Kiara bangkit berdiri. Tapi Kier lebih dulu menarik beg sekolahnya.

"Kau nak pergi mana? Tadi bukan main berani kau lempang aku? Tak nak lempang aku lagi?" Soal Kier sinis.

Kiara merentap beg tangannya.

"Apa masalah awak dengan saya hah? Tak habis-habis awak nak sakitkan hati saya. Saya minta maaf kalau saya dah malukan kawan baik awak. Tapi dia yang tak faham-faham. Bukannya saya sengaja nak malukan dia!" Kiara membela dirinya. Dia tahu Kier sakit hati sebab dia tanpa sengaja sudah malukan Hairul tadi.

Tapi Kier tak bolehlah salahkan dia saja. Kier patut tegur kawan baiknya itu agar menghormati perasaan dan privasi orang. Bila Kiara dah cakap tak nak, maknanya dia tak mahulah.

Kier menjeling sekeliling. Mujurlah sudah ramai yang beredar. Kalau tidak, sekali lagi dia rasa dimalukan.

"Dan awak, memang layak kena lempang dengan saya. Mulut awak tu macam puaka, awak tahu tak?" Sambung Kiara melepas geram. Lantaklah apa nak jadi. Sesekali dia kena juga berkeras mempertahankan dirinya.

"Kau ni melampau pulak!" Kier bangkit berdiri. Langkahnya lebar setapak ke hadapan Kiara.

"Woi! Kier. Kau apahal? Dengan perempuan pun nak gaduh ke?" Riaz menyampuk seraya ikut bangkit berdiri.

"Kau diam! Aku tak habis lagi dengan kau pasal hal malam tadi tau!" Jari telunjuk Kier menghala pada Riaz.

"Ah, nak salahkan aku pulak? Kau yang kantoi pergi clubbing. Aku pulak yang kena?" Riaz memulang semula.

"Kau ingat aku tak tahu kau yang report daddy!"

Sudah, sekarang Kiara yang pening. Bergaduh pula adik beradik itu.

"Ki? Apahal ni?" Akhirnya yang ditunggu muncul juga.

Adli, pengurusnya mendekati dengan riak kehairanan.

"Tak ada apalah. Jomlah pergi." Kiara raih lengan Adli dan mengheret lelaki itu menuju ke kereta. Tak kuasa dia nak menyaksikan drama Kier dan Riaz. Nak bertumbuk ke apa, lantakkan mereka!

Kier menoleh semula pada Kiara yang sedang berlalu pergi dengan lelaki muda yang usianya mungkin dalam 20-an.

Cis! Dia sudah agak, ada lelaki mem'bela' perempuan itu. 

 

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.
You've reached the end of published parts.

⏰ Last updated: Nov 17, 2023 ⏰

Add this story to your Library to get notified about new parts!

Tales Of HeartsWhere stories live. Discover now