Inspektor Haris kelu terdiam. Dia rasa kerdil apabila berhadapan dengan lelaki itu. Tengku Zarif memang punya aura dingin yang membuatkan orang lain terpaksa menyerah kalah tanpa bertanding. Dia juga garang dan cerdik kalau berhadapan dengan manusia. Datanglah mana mana yang berpangkat besar atau kaya raya sekalipun dia tidak gentar. Tapi kalau dengan lelaki di depannya ini, dia rasa kalah, tak tahu kenapa.

"Saya tak boleh janji, tapi saya akan usulkan pada pihak atasan. Saya sebenarnya turut simpati dengan apa yang jadi ke atas isteri Tengku. Saya akan cuba perbetulkan keadaan secepat mungkin." kata Inspektor Haris.

"Good, brief me directly for any news." ujar Zarif seraya meletakkan kad korporat miliknya ke meja. 

Inspektor Haris mengambil kad dimeja sambil matanya memerhatikan langkah Tengku Zarif keluar dari bilik pejabatnya.

Satu lagi keluhan terlepas.

"Tuan? Tengku Zarif nak apa?" tanya Inspektor Nuha dengan nada risau. Dia dengar tadi pekikan dari Tengku Zarif.

"Dia nak kita umumkan pada orang ramai yang wife dia dah digugurkan dari senarai suspek. Kalau tak dia tak akan benarkan Mikayla berkerjasama dengan kita." ujar Inspektor Haris dengan nada serius.

"Jadi macam mana tuan? Perlu ke kita umumkan? Kena buat press con? Kalau perkara tu akan kacau siasatan kita nanti macam mana?"

"Saya akan jumpa pihak atasan dulu. Kita tengok macam mana. Saya rasa kita tak perlu dedahkan semua hasil siasatan. Mungkin kita boleh kaburkan mata media. Kita umumkan sahaja tentang pengguguran nama Mikayla dari senarai suspek dan kita kena juga umumkan pasal kandungan Ailin. Lagipun bapa janin tu dah dijumpai." ujar Inspektor Haris panjang lebar. Otaknya masih ligat berfikir.

..........................................

Tengku Zarif terus pulang ke rumah selepas kembali dari balai polis. Isterinya masih tidur sewaktu dia pulang. Usai mandi, dia turut merebahkan pada di sebelah Mikayla. Tubuh membahang Mikayla dipeluk longgar. Mamanya memberitahu Mikayla sudah makan ubat dan makan tengahari tadi. Tapi sedikit sahaja isterinya itu makan.

Zarif tidur sekejap sahaja sebelum terjaga. Dia bangun untuk menggantikan kain basahan di yang diletakkan di dahi Mikayla. Kering kain itu dek kerana haba tubuh isterinya. Selepas solat Asar, Zarif keluar dari bilik. Dia ada benda yang perlu dibincangkan dengan babahnya.

Kembalinya dia dari berbual dengan Tengku Zaid dilihatnya Mikayla masih tidur. Lama Mikayla tidur. 

Zarif solat Maghrib sendirian. Dia tak mengejutkan Mikayla. Mikayla nampak terlalu lemah. Dia biarkan isterinya itu tidur. Usai solat dia bangun melangkah ke sisi katil. Dilabuhkan duduk di tepi isterinya.

"Kenapa sayang abang demam lagi ni..." ujar Zarif perlahan sambil mengucup mesra dahi Mikayla yang masih belum surut bahangnya.

"Urmm..." 

"Esok pagi kita pergi klinik yer sayang?"

Mikayla menggeleng laju walau tubuhnya masih lemah. Dia tak suka pergi hospital, klinik atau seangkatan dengannya. 

"Sayang, abang risau ni. Suhu tubuh sayang tak turun turun. Kita pergi sekejap jer." pujuk Zarif. Dielus lembut pipi Mikayla yang kemerahan effect dari demam panas.

"Mika dah makan ubat dah abang... Esok okay lah ni..." matanya berkelip kelip basah. Dia kalau demam memang begitu. Matanya mudah berair. 

"Mika tak sakit tekak?" 

"Tak abang. Sebabtu Mika cakap demam ni tak teruk pun." Mikayla kalau demam yang teruk, dia akan dapat pakej sakit tekak dan selsema. Tapi kalini dia hanya demam dan pening kepala. Cumanya perutnya sedikit kembung tapi dia diamkan untuk tak membuatkan suaminya risau.

The Forced Fame [COMPLETE]Where stories live. Discover now