"Sayang!"

Kaget Mikayla mendengar suara itu. Dia berpusing melihat Zarif sudah menerpa ke arahnya. 

"Kenapa tak tidur? Kenapa main telefon ni sayang?" ujar Zarif risau lalu ditarik telefon yang sedang dipegang isterinya. Terpapar di skrin berita gossip dari sebuah tabloid tentang percutian mereka berdua di Bali.

"Mika...kenapa Mika baca?" ujar Zarif seraya melepaskan keluhan. Dipandang wajah Mikayla.

"Mika okay jer lah abang. Abang jangan lah risau sangat. Setakat komen komen negatif macam tu, Mika dah selalu sangat dapat abang...tak jadi kudis pun untuk Mika."

"No, Mika okay ke atau tak okay ke, abang tak izinkan Mika baca berita berita sampah tu." ujar Zarif tegas.

"Stop trying to be okay when you are not, sayang. Sayang tak sedar tapi abang ni yang nampak betapa hati dan jiwa sayang tu dah berkudis kudis dengan luka luka lama."

"Dulu abang tak tahu apa yang jadi dekat Mika, tapi sekarang I admit that I really hate seeing other people doing this to you. They act like you owe them something sayang, and I'm really pissed off right now!" ujar Zarif dingin. Bukan ditujukan kepada Mikayla tapi untuk manusia manusia yang sudah menyakitkan hati isterinya.

Mikayla pandang wajah Zarif. Dia taknak Zarif marah marah. Wajah Zarif ditatap, dan Zarif turut memandang ke arahnya. Redup sahaja renungan suaminya itu untuknya.

"Abang tahu isteri abang ni nak cuba jadi kuat, but please, sayang dah ada abang sekarang. Let me be your strong backup. Biar abang yang jadi kuat untuk sayang. You have had enough my love. Stop hadap semua sorang sorang."

"If you are not okay then tell me that you are not okay. Don't need to pretend to be okay with me, sayang. I will always be here with you whenever you strong or you are weak. I will always love you in whatever condition you are." ujar Zarif lembut. Ditatap wajah isterinya itu penuh kasih.

Badan isterinya yang terkelu kata itu ditarik merapat ke dalam pelukan. Sekejap sahaja sebelum terdengar esakan perlahan memenuhi ruang bilik yang sunyi dan gelap itu.

"Thank you sebab ada dengan Mika sekarang ni abang..." ujar Mikayla perlahan dalam esakan yang tak tertahan.

........................................

"BITCHHHHH!!!!!!" Tengku Liyana menjerit kuat sambil menyelerakkan barangan di meja soleknya. Dia baru sahaja melihat headline headline gossip yang di share oleh netizen di twitter dan facebook. Berapi hatinya ketika itu gara gara membaca berita mengenai keriuhan yang berlaku di KLIA petang tadi.

"MIKAYLA!!!" jeritnya geram. Tengku Liyana langsung tidak sedar, perempuan yang dibencinya sejak sekolah menengah itu rupanya masih menjadi saingannya. Dia sangkakan dia telah berjaya menyingkirkan Mikayla dari kehidupan Tengku Zarif. Dia sangkakan Tengku Zarif sudah membenci perempuan itu.

"Sejak bila dorang berbaik balik ni? Sampai boleh pergi bercuti di Bali bersama?" dia berdiri mundar mandir di bilik dengan rambut yang berserabut. Kepala dia tak berhenti memikirkan sebarang petunjuk tentang hubungan Zarif dan Mikayla. Seingatnya kali terakhir dia nampak Mikayla dan Zarif bersua muka adalah waktu dinner Astana tahun lepas dan ketika itu dia memang sudah memastikan hubungan dua manusia itu masih lagi retak.

Dengan kemunculan Ailin di sisi Zarif, dia sangkakan Zarif sudah benar benar melupakan Mikayla! Jadi dia fikir dia akan ada peluang besar untuk bersama dengan sepupunya itu. Ailin bukan siapa siapa baginya. Kalau Mikayla pun dia berjaya singkirkan, Ailin itu hanya perlu petik jari sahaja. Dan kerana itulah dia tak mengganggu langsung hubungan Zarif dengan Ailin kerana dia pasti benar hubungan itu tak akan kekal. 

The Forced Fame [COMPLETE]Where stories live. Discover now