Flashback malam kejadian. POV Mikayla.

Dia memberhentikan keretanya di belakang kereta mewah milik Ailin. Tanpa menunggu dia keluar dari kereta ke pintu rumah. Diketuk kuat dan bertalu talu. 

"Zalika! Kau bukak pintu ni sekarang!!!" tempik Mikayla kuat.

"Zalika!!!!"

"Hey Zalika!!!!" makin kuat tempikan Mikayla apabila tiada sahutan dari dalam.

Baru sahaja dia ingin menjerit lagi, pintu rumah dibuka kasar. Tersembul wajah bengang Ailin dari dalam rumah.

"Eh perempuan kau nak buat aku malu ke??!!!" tempik Ailin.

Mikayla meluru dan mencengkam bahu Ailin.

"Kau tipu aku kan? Kau cakap kau nak tunggu aku dekat hotel! Kau nak lari dari aku ke?!" marah Mikayla.

Ailin menyeringai kesakitan sambil tangannya mencengkam jemari Kayla kuat dengan kukunya. Tubuh Mikayla ditolak menjauhi dia.

"Kau ni gila ke?! Mana kau tahu rumah aku hah? Kau stalk aku ke?"

"Aku bukan datang nak bergaduh dengan kau Zalika. Aku cuma nak tahu apa jadi dengan Daus..." sura Mikayla mula kendur.

"Kau berhenti panggil aku macam tu! Zalika dah mati!!!" tempik Ailin geram.

"Okay! Aku tak panggil dah kau macam tu, tapi please, bagitahu aku. Cerita dekat aku apa yang jadi sampai Daus boleh buat keputusan macam tu. Aku tak faham... Please Ailin. Tolonglah aku." rayu Mikayla. Dia melutut ke kaki Ailin.

Ailin gelak kuat. Seronok melihat Mikayla yang sedang melutut di kakinya.

"Kau bodoh ke? Cerita lama kau nak tahu apa lagi? Move on!" ejek Ailin.

"Kau rasa bersalah ke? Tak boleh nak tidur malam sebab kes lama? HAHAHAHAHA bodoh lah kau Mikayla!"

"Cakaplah apa kau nak cakap dekat aku tapi aku cuma nak tahu kenapa Daus boleh taip macam tu dalam nota di telefon dia. Kau pun tahu kan aku dengan Daus mana ada hubungan apa apa. Kenapa pula Daus nak bunuh diri sebab aku?" soal Mikayla yang masih setia melutut.

Ailin tersenyum sinis.

"Mana lah aku tau apa hubungan korang dua. Korang kan pernah kantoi pergi hotel malam malam buta..." sindir Ailin.

"Ailin!!! Yang pergi hotel tu kau! Kau pun tahu kitorang pergi untuk tolong kau!" terkesima dia dengan perangai Ailin. Dia tak faham kenapa Ailin menidakkan fakta itu padahal mereka berdua tahu kenapa dia dan Daus ke hotel itu.

Ailin membongkokkan badannya mendekati wajah Mikayla yang sedang mendongak sambil melutut. Dia paut rahang Mikayla kasar. Dengan senyuman sinis dia berkata,

"Kau cakap aku yang pergi hotel... tapi kau rasa budak budak sekolah kita haritu ingat aku ke yang pergi? Dorang fikir kau yang tidur dengan Daus dekat hotel tu Mikayla... Siap ada bukti lagi yang kau masuk ke hotel tu berduaan dengan Daus..." perli Ailin. Mukanya waktu itu kelihatan sungguh sinis.

"Kau perangkap aku kan? Kau perangkap aku dengan Daus?! Malam yang gambar tu diambil kau tak ada pun dekat hotel tu! Daus ada contact aku malam sebelum kejadian bunuh diri tu, dia cakap dia dah tahu siapa yang sebarkan gambar tu. Yang pasal report miscarriage tu, tu kan report kesihatan kau!!!"  Mikayla berang. Dia sudah bangun berdiri dan menempik ke muka Ailin.

Ailin gelak kuat lagi.

"Sekali lagi aku tanya kau Mikayla, kau ada bukti ke? Kau boleh tunjukkan bukti tu dekat semua orang tak? Tak cukup kalau setakat aku dengan kau jer tahu..." sinis suara Ailin.

The Forced Fame [COMPLETE]Where stories live. Discover now