"Abang, abang janganlah marah Mika, Mika cuma tersepit sebab Mika janji dengan Fafa." rayu Fafa perlahan. Kesian melihat muka kakak iparnya.

"And you Zulfa, macam mana boleh terfikir setuju nak join Mika. Fafa tahu kan abang cuti ni demi nak bawa isteri abang pergi honeymoon? Mama tak larang ke Fafa ikut sekali?" bebel Zarif.

"Mama ingatkan abang tahu..." ujar Zulfa perlahan.

Zarif mengeluh. Dikerling seketika ke arah Mikayla disisinya. Pautan tangan mereka itu tidak dilepaskan. 

"Kalau abang tak nak maafkan Mika?"

"Mika janji Mika akan buat apa sahaja asalkan abang dapat maafkan Mika. Please... Mika tak nak abang marah Mika. Mika sedih kalau abang marah marah macam ni." ujarnya sedikit sebak. Tangan dicium berkali kali. Mahu melembutkan hati suaminya.

"Anything?"

"Yes, anything abang!" ujar Mikayla yakin.

...............................................

Bali, Indonesia

Sampai sahaja di Ngurah Rai International Airport, driver yang sudah ditempah untuk membawa mereka sepanjang berada di Bali terus menghantar mereka berempat ke hotel. Untuk 3 hari pertama Zarif menempah di Padma Resort Ubud. Terpaksa dia menempah bilik baru juga untuk Zuhail dan Zulfa. Nasib baik masih ada kekosongan bilik untuk Twin Deluxe Executive Room yang dimahukan Zuhail.

Mereka tiada plan untuk kemana mana hari itu walaupun hari masih kesiangan. Jadi masing masing melepak di bilik. Hanya Zuhail yang keluar meronda ronda sekitar Padma Resort. Resort di lereng bukit itu memang cantik. Selepas asar Zulfa menelefon Zarif untuk mengajak Mikayla turun bermandi manda di kolam tapi ketika itu Mikayla sedang tidur. Jadi dia menolak ajakan adiknya untuk Mikayla yang sedang nyenyak tidur. Dia pun turut tidur selepas itu.

Malam itu Zuhail mengajak semua makan di restoran mewah di resort itu. Selepas dinner Zuhail menyuruh semua untuk recharge tenaga dan tidur awal kerana kata adiknya, jadual perjalanan mereka agak packed esok.

Zarif duduk di sofa selepas mandi. Tuala masih tersidai di kepala. Rambutnya masih basah. Dia bangun untuk menghampar sejadah. Mikayla pula masuk ke bilik air untuk berwuduk. Mereka belum solat Isyak.

Dia duduk kembali di sofa. Wajah Mikayla yang baru keluar dari bilik air dipandang. Dia perhatikan sahaja tingkah Mikayla sedang mengeringkan muka dan rambutnya yang basah. Setelah itu Mikayla menyarung telekung. Mikayla angkat muka memandang Zarif.

"Jom solat!" ajak Mikayla. Zarif hanya tersenyum seraya bangun dari duduk untuk mengimamkan solat mereka berdua.

Selesai solat Isyak dan bersalaman, Mikayla naik memanjat katil. Sejadah dibiarkan. Telekung juga tidak dicabut. Zarif mendekati Mikayla setelah mengantungkan sejadah di sofa.

"Mika dah mengantuk ke sayang?" tanya Zarif sambil membuka telekung yang masih dipakai isterinya.

"Hmmm"

Zarif bangun meletakkan telekung solat itu berdekatan dengan sejadah. Dia kembali ke katil dan berbaring disebelah Mikayla. Pinggang Mikayla yang sedang membelakangi dia itu dipeluk erat. Zarif tunduk menghidu haruman losyen di leher isterinya.

"Sayang..."

"Hmmm..."

"Sayang...."

"Hmm kenapa?"

"Boleh tak abang nak Mika malam ni? Hmm?" bibirnya mencium leher Mikayla berulang kali. Terbawa bawa nafsu sendiri.

"Nak apa?" tanya Mika gugup. Dia pura pura tidak faham. Jantungnya berdegup laju dengan sentuhan sensual Zarif ketika itu.

The Forced Fame [COMPLETE]Where stories live. Discover now