"Haah, dia tengah rehat lah tu kut. Meeting kan biasa ada take 5." ujar Mikayla.

*Ting

"Hantar gambar please." 

Mikayla menggaru garu kepala. Di pandang mama mertuanya yang sedang memandang ke arahnya.

"Ma, posing jap dengan orkid mama tu." ujar Mikayla sambil dihalakan kamera telefon bimbitnya kepada Puan Sri Sharifah.

Puan Sri Sharifah membuat gaya peace sambil tangan kirinya mengangkat pasu. 

"Mama rasa Zarif tu nak gambar Mika." ujar Puan Sri Sharifah. 

"Malaslah, Mika belum mandi. Mama lainlah dah wangi." ujarnya. Memang tadi lepas lelaki lelaki di rumah itu ke pejabat dia terus duduk berborak dengan Puan Sri Sharifah. Selepas itu dia diajak pergi berkebun jadi dia langsung tak naik ke tingkat atas.

*Trett

Telefon di tangan bergetar. Dia dah letakkan dalam mode vibrate.

Muncung mulut Zarif apabila hanya ada mamanya dalam gambar yang dihantar Mikayla. 

"Lastly, I on behalf of Astana will announce that there will be Corporate Retreat to Pulau Redang involving all Astana staff and direct Astana's families. It will be 3 days 2 nights trip sponsored by Astana Group on the first week of April. Jadi 3 hari itu Astana Group dan semua anak anak syarikat milik Astana akan bercuti selama 3 hari. Official announcement will be announced later on our announcement board and Astana announcement online platform." ujar Zuhail sambil tersenyum. 

Sudah pastilah ini merupakan event yang paling ditunggu tunggu oleh semua pekerja pekerja Astana. 

Para pekerja yang berada di dalam ruangan mesyuarat itu sudah bertepuk tangan.

Zarif tidak menghiraukan kebisingan ruangan mesyuarat itu. Dia masih fokus kepada skrin telefon.

"Abang nak gambar Mika... Hantar satu please."

Dia menunggu balasan dari Mikayla.

Seminit

3 minit

5 minit

Tetap tiada balasan.

Dia kembali menaip mesej. Isterinya itu tidak seen mesej sebelum ini.

"Haluuu"

"Sayang..."

"Mikayla..."

Di rumah,

*Ting

*Ting

*Ting

Mikayla yang sedang menolong Puan Sri Sharifah memasukkan anak pokok orkid ke dalam pasu itu sudah berkerut kening mendengar bunyi pesanan whatsapp masuk. Dia sudah memakai semula sarung tangan untuk berkebun jadi dia malas mahu membuka telefon.

"Anak mama lagi ke tu?" tanya Puan Sri Sharifah.

"Entahlah Ma, abaikan jer lah. Mika nak tanam pokok ni." ujar Mika.

Puan Sri Sharifah sudah tergelak kecil. Angau sungguh anak sulungnya itu. Time kerja pun nak berwhatsapp dengan isteri.

Syed Adli yang duduk di sebelah Tengku Zarif dari tadi memerhatikan Zarif nampak seperti tidak focus dalam meeting. Dia menyiku Tengku Zarif.

"Oi, babah kau dari tadi duk jeling jeling kau. Kau boleh tak fokus pulak dekat meeting harini." bisiknya sambil mata tetap fokus memandang Tengku Zuhail yang masih membentang agenda agenda meeting.

The Forced Fame [COMPLETE]Where stories live. Discover now