"Mika! Nanti abang Zarif marah Fafa!" ujar Zulfa yang sudah tercengang dengan permintaan kakak iparnya itu.

"Eh tak, abang Fafa takkan marahkan Fafa. Nanti Mika backup lah Fafa. Please... malam ni jer pleaseeeee." rayu Mikayla sambil tangan adik iparnya digoncang perlahan.

Zulfa sudah memandang Mikayla dengan pandangan tidak percaya. Dia sudah rasa serba salah.

"Malam ni kan first night korang. Takkan Mika nak tidur dekat sini. Nanti abang Zarif cakap apa pulak!" 

"Ahh... Ahhh pleaselah Fa. First night tak first night, boleh pergi mampus dengan first night tu. Mika tak bolehlah Fafa. Jantung Mika ni dah macam nak terkeluar. Kalau Mika stay dekat bilik abang Fafa tu, Mika boleh pengsan. Fafa nak ke Mika pengsan?" tanya Mika sambil tangan adiknya itu di bawa ke dadanya sendiri.

"Rasa kan? Nak meletup dah ni. Mika dah rasa pening gila sebab jantung Mika berdegup kuat gila ni. Fafa taknak ada yang masuk hospital malam ni kan?" rayu Mika.

"Abang Fafa tu plan nak nikah cepat sangat. Mika tak ready langsung pun tau."

Zulfa gigit bibir. Laju sungguh degupan jantung kakak iparnya sekarang. 

Adoi lawak sungguh situasi sekarang. Pengantin perempuan lari sebab taknak hadap malam pertama.

"Okay fine. Tapi kalau abang Zarif tanya, Mika jawab sendiri tau. Jangan kaitkan Fafa yer." kata Zulfa.

"YES! YES! Of course, adikku sayang. Mika promise. So kita malam ni duduk jer diam diam dalam bilik ni. Pintu tu jangan buka okay, walau apapun yang terjadi." kata Mika sambil jarinya menuding ke arah pintu bilik Zulfa yang sudah berkunci.

"Iyeee, esok pagi baru Fafa buka pintu tu." Zulfa sudah mengalah. Mana boleh tak cair tengok muka kakak iparnya yang merayu rayu begitu. Nasib lah abangnya itu, tidur sorang soranglah malam ni. Macam tak biasa kan tidur sorang sorang. Hahaha, Zulfa sudah gelak dalam hati.

"Okay, Mika nak pinjam baju Fafa. Nak mandi, nak solat, nak tidur." ujar Mika dengan nada riang. Dia sudah bangun dari katil dan bernyanyi nyanyi senang hati. Hilang debaran tadi. Dia bangun membuka pintu almari Zulfa. Dia sudah biasa meminjam. Baju bajunya ada dalam beg bagasi yang ditinggalkan dalam bilik Zarif. Berat nak angkut bersama sewaktu melarikan diri tadi.

Zulfa hanya tergelak memandang gelagat Mikayla. Mana dia tak sayang dengan kakak iparnya yang satu itu. Abang abang dia pun boleh kalah teruk kalau Mikayla ada bersama.

........................................

Zarif keluar dari bilik air dengan hanya lilitan tuala hingga ke paras lutut. Rambutnya dikesat dengan tuala kecil. Matanya memerhati sekeliling bilik yang separa gelap itu. Dia nampak bagasi merah milik Mikayla di antara katil dan meja solek. Dia dengar tadi suara pembantu rumahnya datang membawa masuk barang barang Mikayla ke bilik. Mestilah Mika ikut bersama naik tadi.

Matanya meliar mencari kelibat isteri yang baru dinikahinya pagi tadi. Tiada di mana mana ruang dalam bilik itu. Dia berkerut dahi. Langkah dibawa ke ruangan wardrobe bersebelahan dengan balkoni. Juga tiada Mikayla di situ.

Mana pulak cinta hatinya itu.

Zarif menyarung seluar pendek paras lutut dan t-shirt cotton putih turut diambil. 

Selesai berpakaian dia melangkah ke pintu. Mahu mencari Mikayla.

Pintu di buka dan dilihat suasana sunyi di lorong itu. 

Dia baru sahaja ingin turun ke bawah untuk mencari Mikayla. Mungkin isterinya itu ke dapur. Baru sahaja dia ingin melangkah turun ke tangga, dia bertembung dengan Kak Nab, salah seorang pembantu rumahnya. 

The Forced Fame [COMPLETE]Where stories live. Discover now