Mikayla terlalu complicated dan dia pula tiada manual untuk merungkainya.

Zarif memandang mamanya dalam dalam. 

"Kalay Zaf setuju untuk kahwin dengan Mika, mama akan tolong Zaf ke?" 

Puan Sri Sharifah memandang Tengku Zarif dengan mata yang membulat.

"Zaf betul betul sudi nak kahwin dengan Mika?" tanya dia lagi.

Zarif mengangguk.

"Ya, tanpa paksaan atau usul dari sesiapapun Zaf memang nak Mika jadi isteri Zaf." 

Puan Sri Sharifah tersenyum lebar.

"Alhamdulillah Zaf. Jadi Zaf memang betul betul sayangkan Mika?" 

"Hmm... I love her ma. Since back then. Mama pun tahu kan?"

Puan Sri Sharifah meraih tangan Zarif. Lembut tangan itu diusap usapnya perlahan.

"Kalau benar jodoh Zaf dengan Mika, Allah akan permudahkan nak. Mama harap Zaf boleh bahagiakan Mika. Kasihan Mika Zaf. Lindungi Mika."

Mata Zarif mula berkaca kaca mendengar kata kata mamanya. Bibirnya diketap cuba menahan air mata jantan dari keluar.

"Mama akan tolong Zaf."

............................................

IPD Cheras

"Tuan, laporan DNA dah dapat." kata Koperal Siva sambil menghulurkan dokumen yang baru diperoleh dari jabatan forensik kepada Inspektor Haris.

Inspektor Haris menyambut huluran itu. Dokumen itu dibuka dan satu kertas bersazi A4 dikeluarkan.

"Not matched." bacanya perlahan.

DNA janin yang ditemui dari mayat Ailin tidak sepadan dengan sampel DNA dari Tengku Zarif. Jadi betullah lelaki itu memang tiada kaitan dengan mangsa.

Sudah buntu dia untuk mencari bukti baru. Rumah Ailin sudah habis digeledah dan sekarang team dia sedang berusaha untuk mencari maklumat dari barang barang yang diperoleh dari rumah mangsa. Moga ada sinar dalam kes pembunuhan ini.

.......................................

Puan Sri Sharifah mengetuk perlahan bilik Mikayla. 

"Mika, aunty ni. Boleh aunty masuk?" tanyanya lembut.

Mika membuka pintu. 

"Masuklah aunty" jemput Mikayla.

Puan Sri Sharifah masuk lalu menutup pintu bilik itu rapat.

Puan Sri Sharifah melabuhkan punggung di atas katil. Dia menepuk tilam di sebelahnya untuk mengajak Mikayla duduk.

Mika mendekat sebelum tubuhnya duduk di sebelah Puan Sri Sharifah.

"Mika tengah buat apa tadi?" tanya Puan Sri Sharifah untuk memulakan bicara.

"Tak ada apa apa aunty. Mika duduk main phone jer." kata Mikayla. 

"Kenapa aunty?" tanya Mikayla.

"Boleh aunty cakap sikit?" tanya Puan Sri Sharifah sambil matanya menatap lembut wajah anak gadis itu.

"Cakaplah aunty." ujar Mikayla. Dadanya sudah berdebar hebat. Entah kenapa dia rasa tidak enak.

"Mika dengan Zarif macam mana?" lembut sahaja soalan Puan Sri Sharifah.

"Hah? Kenapa aunty tanya?" Mika sudah cuak.

"Mika sukakan Zarif?" tanya Puan Sri Sharifah. Matanya memerhatikan reaksi Mikayla.

Mikayla angkat mukanya memandang Puan Sri Sharifah.

"Ke-kenapa, kenapa aunty tanya macamtu?" 

Apa pulak ni, fikir Mikayla.

"Mika sudi tak nak jadi menantu aunty?" tanya lagi Puan Sri Sharifah lagi.

Mikayla menunduk.

"Aunty dengan bonda Mika ada bincang nak satukan Mika dengan Zarif." ujar Puan Sri Sharifah apabila gadis itu tidak menjawab soalannya tadi.

Mika angkat muka. Dia terkejut. Tak ada angin tak ada ribu tiba tiba nak satukan dia dengan Zarif?

"Zarif pun dah setuju." sambung Puan Sri Sharifah.

Makin terkejut reaksi Mikayla ketika itu. Zarif setuju nak kahwin dengan dia?

"Mika setuju tak?" 

Mika terdiam. Dia dan Zarif? Berkhahwin? Pada waktu waktu begini? Logikkah?

"Kenapa tiba tiba cakap pasal kahwin ni aunty?" tanya Mikayla.

"Bukan tiba tiba. Aunty pun memang dah lama berangan nak Mika jadi menantu aunty." Puan Sri Sharifah tersenyum memandang Mikayla.

"Mika ni tak ada apa pun Aunty. Dah lah kes bunuh Ailin masih berjalan. Tak apa ke aunty terima orang macam Mika ni masuk dalam keluarga aunty." 

Puan Sri Sharifah menarik tangan Mikayla.

"Aunty tak pernah percaya cakap orang sayang. Aunty hanya percayakan apa yang aunty nampak depan mata aunty ni dan aunty percaya Mika boleh bahagiakan anak sulung Aunty tu."

"Mika sayang Zarif tak?" tanya dia lagi.

Mikayla mengeluh.

"Mika ni banyak kekurangan Aunty. Mika selalu sakit. Mika selalu ada masalah. Mika ni lemah aunty. Tak layak untuk Zarif." 

"Mika... Kenapa Mika merendah diri macam ni. Macam Mika cakap, Mika memang selalu sakit, Mika selalu dapat masalah tapi bagi Aunty Mika tak lemah. Mika hadap masalah Mika sorang sorang. Itu namanya kekuatan, Mikayla. You are a strong girl."

"Dah tiba masanya Mika selfish untuk kebahagian Mika sendiri. Jangan fikirkan orang lain. Mika juga layak untuk bahagia. Izinkan Aunty sunting Mika untuk jadi pasangan sehidup semati kepada Tengku Zarif, anak sulung Aunty, hmmm?"

Mika terkelu dengan ayat Puan Sri Sharifah. 

"Bagi Mika masa boleh Aunty? Nanti Mika fikir dulu." pinta Mikayla.

Puan Sri Sharifah tersenyum lalu kepalanya mengangguk bersetuju.

"Fikirlah nak. Nanti Mika dah ada keputusan, Mika bagitahu aunty ya."

......................................

TBC

The Forced Fame [COMPLETE]Where stories live. Discover now