"Tak apelah aunty, menyusahkan aunty sahaja." ujar Mika perlahan.

"No, aunty tak rasa susah pun. Aunty risau Mika dekat sini sorang sorang sayang."

"Dekat rumah aunty nanti ramai orang. Mika pun dah beberapa hari duduk sorang sorang kan. Cukup cukuplah berseorangan Mika. Saat saat macam ni Mika perlu ada dengan orang. At least orang yang boleh temankan Mika. Tak elok menangis seorang diri nak." pujuk Puan Sri Sharifah lembut.

Mika hanya diam.

"Aunty bawa Mika balik yer sayang?" 

................................................

Zarif balik awal hari itu setelah mendapat mesej dari Zulfa memberitahu yang Mika ada di rumah mereka. Sudah beberapa hari dia cuba untuk menelefon Mikayla tapi tiada satu yang berjawab.

"Zaf" panggil Zuhail ketika dia berjalan laju untuk ke bilik yang menempatkan Mika.

"Zuhail, Mika okay ke?" 

"Mika dah tidur lepas makan tadi. Biarlah dia rehat dulu Zaf." kata Zuhail.

Zarif mengeluh perlahan.

Zuhail memandang sahaja langkai longlai Zarif yang telah menukar arah rentak kakinya untuk masuk ke bilik sendiri.

Zuhail turut mengeluh.

Dipandang seketika pintu bilik bertutup di mana Mika sedang berada sebelum dia turut kembali ke biliknya sendiri.

...........................................................

Zarif pagi pagi lagi sudah keluar dari bilik. Lepas subuh tadi dia tidak dapat tidur jadi dia terus ke gym di tingkat 3 untuk memanaskan badan.

Dia sekarang duduk bersendirian di meja makan. Dia sudah bersiap siap untuk ke pejabat. Kepalanya laju diangkat apabila terdengar suara dari tangga. Dia nampak Mikayla turun beriringan dengan Puan Sri Sharifah. Adiknya Zulfa pula sudah ke sekolah pagi pagi lagi.

"Awal Zaf harini?" sapa Puan Sri Sharifah sambil mengajak Mika untuk turut duduk.

"Hmm mama, Zaf ada appointment harini. Babah belum turun?" tanya Zarif sambil mata memandang ke arah Mikayla. Mikayla hanya menunduk. Matanya dilarikan dari memandang wajah Zarif. Perasaannya yang berentak rancak cuba dikawal.

"Haah babah kata dia ada meeting di Putrajaya pukul 11 harini so kejap lagi baru babah turun." ujar Puan Sri Sharifah sambil mengarahkan pembantu rumah untuk mengambil air kosong kepada Mikayla.

Diperhatikan reaksi kedua dua anak muda di hadapannya. Kedua duanya nampak kekok dan hanya diam sepanjang sarapan. Dia tersenyum segaris.

....................................................

Court Badminton

Zuhail sudah lama tidak datang ke situ sejak sejak masalah yang melanda Mikayla. Malam itu dia datang selepas dipujuk Isyraf dan Dayne yang mahu dia lupakan seketika masalah. Lagipula Mika sekarang berada di rumah mama babahnya ketika itu setelah dibawa pulang dari balai polis. 

Dia berjalan perlahan masuk ke court itu dan dilihat ramai anak anak muda sedang duduk melepak sambil beberapa sedang bermain di court yang ditempah masing masing. Agak bingit suasana di situ malam itu.

"Haritu kan dia tak memang award siak! Dia kalah dengan Ailin itu yang aku rasa dia pergi mengamuk dekat rumah Ailin malam tu." 

Langkah Zuhail terhenti apabila terdengar beberapa perempuan sedang bergossip tentang Mikayla berhampiran court di mana kawan kawannya sedang rancak bermain.

The Forced Fame [COMPLETE]Where stories live. Discover now