Sesak nafas menyebabkan dia menundukkan kepalanya dalam bilik yang mempunyai cahaya samar samar itu.

Dia menggenggam kuat jari jemari kedua dua belah tangannya. Peristiwa lama sering kali mengganggu kestabilan mentalnya. 

No. Dia tak boleh jadi lemah begini. Dia kena kuat. 

Pintu dibuka secara tiba tiba mengejutkannya dan cahaya dari luar bilik menyebabkan pandangannya gelap.

Dia pitam.

Inspektor Haris yang sedari tadi sedang memerhati dari cermin di bilik bersebelahan bergegas ke arah gadis itu. 

Inspektor Nuha yang baru sahaja masuk ke bilik soal siasat itu cepat cepat mengangkat tubuh lemah Mikayla.

Inspektor Haris sedikit lega apabila dilihat gadis itu dalam keadaan sedar sedang cuba bangun dalam keadaan terbongkok. Risau juga jika Mikayla mengalami sawan seperti beberapa hari lepas. 

Mikayla pitam beberapa saat tadi sebelum kembali tersedar selepas kepalanya menyentuh lantai simen itu. Terasa benjol di dahi sebelah kiri apabila kepalanya kuat berdentum dengan lantai itu. 

"Awak okay?" tanya Inspektor Nuha.

Mikayla tersenyum nipis. Dia cuba bangun sambil dibantu polis wanita itu.

"Saya okay, kepala jer pening sikit." kata Mikayla perlahan. Dia kembali duduk di kerusi.

Inspektor Haris memberi isyarat supaya Inspektor Nuha mulakan soal siasat sebelum dia keluar dari ruangan itu. Dia kembali ke ruangan pemerhati di sebelah. Kecurigaan Inspektor Haris kepada Mikayla sudah hanpir hilang sebenarnya. Dari tadi dia memerhatikan Mikayla dan instinct nya kuat mengatakan Mikayla bukanlah pembunuh yang mereka cari.

Pihak polis juga sudah menemui jalan buntu untuk terus menjadikan Mikayla sebagai suspek utama. Hasil geledah di rumah kondo milik Mikayla tidak membawa apa apa bahan bukti. Dan mereka juga telah mengesahkan malam itu Mikayla memang memandu sendirian ke kubur seperti yang diberitahu melalui pemeriksaan dashcam gadis itu. Malah turut tertangkap reaksi gadis itu pada dashcam sekitar jam 2.10 pagi menunjukkan dia keluar dari rumah Putri Ailin tanpa sebarang reaksi yang mencurigakan. Kematian Ailin pula adalah pada sekitar jam 3 hingga 4 pagi.

Mikayla dilihat keluar dari rumah itu sambil mengesat air mata di wajahnya sebelum masuk ke dalam kereta. Apabila gadis itu membuka kereta, pihak polis dapat mendengar suara gelak kuat dari dalam rumah yang menunjukkan Ailin masih hidup ketika Mikayla keluar dari rumah. Rakaman dashcam juga menunjukkan Mikayla keluar dari kawasan perumahan elit itu setelah beberapa minit menuju ke lokasi kubur. 

Sampel kotoran di di tayar kereta dan seluar yang Mikayla pakai pada malam kejadian turut sama dengan sampel tanah yang diambil dari kawasan perkuburan tersebut. Malah pihak polis turut mendengar tangisan dan raungan Mikayla sehingga gadis itu tertidur di dalam kereta melalui suara yang terakam dari rakaman dahscam.

Tubuh Mikayla turut diperiksa dan dilihat ada beberapa luka kecil di tubuhnya juga. Sama seperti luka kecil yang ada ditubuh mangsa. Pihak polis syak hanya berlaku pergelutan kecil sahaja di antara keduanya. 

Cumanya, Inspektor Haris merasakan masih ada yang disembunyikan Mikayla. Mikayla hanya diam apabila ditanyakan tentang Daus Hakimi, pelajar lelaki tingkatan 5 yang disahkan membunuh diri 9 tahun lepas. Mikayla turut berdiam diri apabila ditanya tentang perkaitan antara dia, Siti Zalika dan Daus Hakimi.

Mikayla hanya akan membuka mulut jika ditanya soalan berkenaan kes bunuh Putri Ailin. Inspektor Haris yakin, ada sesuatu yang berkait antara kes bunuh ini dengan kes 9 tahun lepas. Dia perlu membuka balik fail siasatan kes 9 tahun lepas. Dia juga sudah mengerahkan anak buahnya untuk memeriksa siapa yang bertanggungjawab menyiasat kes itu dulu.

The Forced Fame [COMPLETE]Where stories live. Discover now