"Hi Kayla, saya Inspektor Haris. Saya ke sini dari tempat kejadian. Awak nak tengok keadaan mangsa?" tegur Inspektor Haris sebelum tangannya mencapak beberapa keping gambar di hadapan Kayla. 

Kayla yang sedang menekup mukanya di meja mengangkat kepala. Matanya jatuh ke gambar gambar Ailin.

Mikayla menekup mulut. Dia terkejut. 

Inspektor Haris memerhatikan reaksi Kayla ketika itu.

"I-ini.. ini Zalika ke?" terketar ketar suaranya bertanya. Tangan kanannya menggenggam kemas gambar.

"Yes, itu Zalika. Awak kenal Zalika? Sejak bila awak tahu Putri Ailin adalah Zalika?" tanya Inspektor Haris.

"Zalika... dia, dia mati bila?" mata Mikayla menatap tajam mata Inspektor di hadapannya.

Inspektor Haris angkat kening. "How dare she ask me question in here?"

"Pukul 3-4 pagi." pendek jawapan Inspektor Haris.

Mikayla memangku kepalanya dengan kedua belah tangan di sisi kepala. 

No, semalam dia tak pasti dia keluar dari rumah Ailin pukul berapa. Dia langsung tak tengok jam kerana terburu buru mahu mencari kubur Daus. Siapa yang datang sejurus selepas dia pergi. Atas sebab apa orang itu membunuh Ailin. 

Kepala Mika sudah menerawang ke kejadian semalam di mana dia tiba di rumah Ailin dari hotel. Dia bengang kerana Ailin menipunya. Gadis itu terus pulang tanpa pergi ke bilik persalinan dimana dia sedang menunggu. Memang dia bergaduh teruk dengan gadis itu malam itu. Tidak disangka itu kali terakhir dia melihat wajah itu.

Bum!

Hentakan di meja menghentikan lamunannya.

Dia mengangkat kepala dan dilihatnya Inspektor berkumis di hadapannya itu sudah bercekak pinggang.

"Perempuan ni? berani mengelamun sewaktu disoal di bilik ini? With what gut?" matanya tajam memerhatikan Mikayla dihadapannya.

"Saya tanya awak lagi sekali cik Kayla, sejak. bila. awak. tahu. yang. Ailin. adalah. Zalika?" satu satu pertanyaannya tadi diulang. Jarinya menuding ke arah gambar Ailin. Dia sudah menyemak identiti Zalika. Gambar lama mangsa berbeza berbanding wajahnya sekarang. 

"Beberapa bulan lepas." jawab Kayla.

"Jadi, kenapa awak bunuh dia?" tanya Inspektor Haris lagi.

Mata Mikayla mencerlung garang. Sakit hati dengan tuduhan itu.

"Saya tak bunuh dia! Atas motif apa saya nak bunuh dia?" tanya Mikayla lagi.

"Hanya awak sahaja yang tahu kenapa. Jadi kalau awak tak bunuh dia, kenapa awak ke rumah mangsa semalam dan saya ingin tahu kenapa awak ke kubur?"

Mikayla kemam bibirnya kemas. Cuba menahan air mata dari keluar. 

"Saya jumpa Zalika semalam sebab saya nak tuntut janji. Zalika janji untuk ceritakan hal sebenar tentang kes yang jadi waktu kami masih sekolah." 

Matanya sudah mula berkaca. Dia tidak dapat menahan rasa jika teringat tentang peristiwa dulu. 

Inspektor Haris berpeluk tubu menunggu sambungan dari Mikayla.

"Kubur yang saya pergi semalam adalah kubur arwah kawan saya, Daus Hakimi."

Mikayla mengetap giginya kuat. Dia terasa menggigil.

"Daus Hakimi, kawan awak yang mati bunuh diri sembilan tahun lepas?" tanya Inspektor Haris sambil matanya berkerut memerhati reaksi Mikayla.

Mikayla pegang dada. Dia sudah rasa tidak sedap badan. Nafasnya dihembus dan di tarik kuat. Cuba mengawal pergerakan jantung sendiri seperti yang diajar Dr Salwa.

The Forced Fame [COMPLETE]Where stories live. Discover now