"Sakitlah!" Ailin menjeling tajam.

"Kau jangan nak buat hal yer Zalika. Kau dah janji dengan aku. Sepanjang perjanjian tu aku tak ada sebar apa apa cerita pun pasal kau. Aku diam jer and now aku nak tuntut janji kau." 

"Okay fine! Bising betul kau ni! Lepas event ni habis kau datang jumpa aku dekat bilik persalinan aku." Ailin sudah menjeling sebal. Dia serabut.

"Kau jangan nak tipu aku." Kayla sudah menuding jari ke muka Ailin. Selepas memberi amaran dia melangkah ke tangga meninggalkan Ailin.

...............................................................

Kayla sudah kembali ke kerusi di dewan setelah dia diumukan sebagai pemilik Anugerah Outfit Popular. Anugerah itu merupakan anugerah spontan yang diadili dengan jumlah vote oleh peminat yang menghadiri event red carpet sebentar tadi. Undian hanya dibuka selama 15 minit sahaja selepas acara karpet merah tamat. Terkejut juga kerana namanya hanya tercalon dalam 2 kategori sahaja, jadi dia tidak menyangka ada anugerah spontan sebegitu. Maknanya ramai juga fans yang datang mengundi dia malam itu.

Ailin pula tidak menyangka Kayla akan menerima anugerah spontan itu. Dia mahu Kayla pulang dengan tangan kosong malam ini tapi sebaliknya dia tidak dapat memanipulasi undian yang di buat secara spontan dalam masa yang singkat begitu.

...................................................................

Acara malam itu penuh meriah dengan banyak persembahan penyanyi terkenal dengan lagu lagu popular. 

Ailin melambai lambai kepada kamera apabila dia kembali ke tempat duduknya. Wajahnya yang terpapar di layar besar di dalam dewan besar itu menyebabkan para peminat menjerit memberi sorakan yang gemuruh.

"Ailin! Ailin! Ailin!"

Dia sudah bejaya mendapat satu anugerah. Anugerah Pengacara Baru Popular.

"WOW! Hangat yer malam ini." Seloroh pengacara wanita itu.

"Iye betul tu Sefora. Dengan saya sekali rasa berdebar ni." sambung Ejaz yang juga merupakan pengacara pada malam itu bersama Sefora.

"Okay okay jangan pengsan dulu sebab kita masih ada banyak lagi anugerah untuk disampaikan" 

Setelah itu ada beberapa persembahan dan beberapa anugerah telah disampaikan kepada para pemenang.

"Kita ke anugerah seterusnya iaitu anugerah Pelakon Wanita Popular Kategori Drama. Dijemput Ikmal Amru dan Anis Sofea untuk memperkenalkan calon calon bagi anugerah ini."

Layar besar menunjukkan selebriti yang disebutkan berjalan ke arah tengah pentas utama.

Ailin sudah tersenyum. Dilirik matanya di bahagian kiri melihat Kayla yang duduk tidak jauh darinya. 

"I will take that from you." sengihnya sinis.

"Baiklah saya sudah baca nama di atas kertas ini." 

"Wow, saya pun teruja nak sebut ni, jom kita sebut sama sama Anis!" 

"Pelakon Wanita Popular Kategori Drama jatuh kepada...... dun dun dun" mereka sama sama buat bunyi drum.

"PUTRI AILIN!" jerit Ikmal Amru dan Anis Sofea.

Tepukan gemuruh, sorakan serta siulan kedengaran mengikuti langkah Ailin.

Kayla di tempat duduk hanya tersenyum nipis. Tangan tetap menepuk sambil melihat Ailin berjalan dengan penuh lemah gemalai ke stage. Terkilan juga tidak dapat mempertahankan trofi yang selama ini menjadi miliknya.

Tak apelah, fikirnya. Mungkin rezeki di lain hari. Dia juga tidak terlalu yakin akan memenangis anugerah bagi kategori filem kerana ramai lagi calon veteran yang lebi hebat darinya. 

The Forced Fame [COMPLETE]Where stories live. Discover now