"Dah kenapa kau, semalam elok aje." dahi adiknya disentuh.

"Demam pun tak."

"Perut aku bangang, bukan dahi aku yang sakitttttt." sela Zuhail dengan suara sedikit keras. Berpeluh peluh dahinya menahan sakit.

"Gastrik ke? Pergi hospital lah. Eh tunggu, habistu event malam ni? Kau janji nak pergi." 

"Aku tengah sakit macam ni aku nak pergi macam mana bongok. Kau lah ganti." 

"Ahhh bangang. Takkan aku kena pergi." soal Zarif tidak puas hati. Dia sudah duduk di sisi katil. Adiknya yang sedang mengerang kesakitan di pandang sekilas.

"Kau pergi kau cuma perlu duduk jer bro. Aduhhhhh...."

"Ish, aku mana ada ready baju apa apa nak pergi."

"Sesia jer kau beli suit dengan tuxedo banyak banyak simpan buat khazanah dalam almari bro." Punggung Zarif ditendang.

"Keluarlah. Tengok muka kau lagi sakit perut aku."

Zuhail tekup mulut. Dia ingin muntah. Laju dia berlari ke toilet.

Seketika bunyi 'Uwekkkk' terhasil dari situ.

Zarif menggeleng perlahan. Dia melangkah keluar dari ruangan itu.

................................................

Acara Malam Gala Melora berlangsung lancar. Zarif sudah berapa kali menguap di kerusi. Dia kebosanan. Tiada mood juga mahu berbual dengan sesiapa. Sudah beberapa kali peraga peraga fashion bercatwalk di stage di hadapannya. Dia sudah tidak sabar mahu balik tapi mereka sekarang baru ingin memulakan highlight event untuk Malam Gala itu.

Lampu di ruangan audience di padam hanya tinggal cahaya terang di stage. Zarif dapat agak model utama akan keluar dari situ nanti untuk memperagakan yang akan baju terakhir dan juga merupakan koleksi limited edition yang akan dikeluarkan secara rasmi bermula malam itu. 

"Upcoming next is our honorable invited guest that will walk through the highlight collection for new year 2024. This attire is the collaboration between Melora and La Veneme and mark the first ever collaboration between Melora and the international brand." 

Bunyi muzik dengan rentak sedikit laju mula kedengaran. Lampu spotlight sudah mula bergerak ke arah pentas utama. Zarif angkat muka untuk melihat baju yang diperagakan. Dari hujung pentas dia nampak seorang gadis sedang berjalan dengan penuh gaya dengan gaun yang digayakan ke tengah stage. 

Zarif terpaku. 

Dia akui gaun rekaan antarabangsa itu sememangnya memukau. Tepukan juga kedengaran menandakan ramai yang teruja melihat. Tapi bukan kerana pakaian itu yang membuat matanya tidak berkelip. Sebaliknya, model yang memperagakan baju itu yang ditenung dalam.

Mikayla.

Sejak gadis itu pulang ke rumah setelah 3 hari bermalam di rumahnya, dia sudah tak mendengar khabar Mikayla. Mungkin sudah cukup sebulan tanpa khabar berita. Keluarganya tidak menyebut apa apa tentang Mikayla. Dia juga tidak bertanya.

Tiada berita tentang projek baru, tiada juga update di social media. Dia ingatkan gadis itu akan menghilang seperti dulu. 

Tidak semena mata mereka berdua bertembung. 

Satu saat.

Dua.

Tiga saat.

Dia nampak Mikayla melarikan matanya ke arah tetamu lain. Senyum diukir diwajah.

Bagaimanakah caranya untuk dia melupakan gadis itu. Bertembung mata begini pun dia sudah terpana. Ketika gadis itu di rumah tempoh hari pun dia rasa ingin cepat cepat pulang. Tidak bercakap pun tidak mengapa asalkan dia tahu gadis itu berada di rumah.

The Forced Fame [COMPLETE]Tahanan ng mga kuwento. Tumuklas ngayon