SESAMPAI sahaja di pintu kelas yang diperbuat daripada kayu itu diketuk tiga kali sebelum memberi salam kepada cikgu yang sedang mengajar sebagai tanda hormat dan juga kepada pelajar-pelajar yang rajin menuntut ilmu. Serentak semua pelajar berpaling ke luar tingkap kelas.

"Cikgu. Izin kan saya membawa Khayla Afifa bersama saya." Automatik semua menyorak suka. Itu baru ayat pertama yang keluar daripada mulut Irfan dah buat semua orang tersengih suka.

Kecuali Ayla.

"Cikgu Erina nak jumpa kami berdua dekat makmal sains dia, sekarang." Irfan tersenyum melihat Ayla yang sedang nyenyak tidur.
Irfan memberi isyarat kepada Safiyya.

Terhinjut bahu Ayla akibat dicuit Safiyya. Kalkulator yang dijadikan tempat letak dagu diletakkan ke tepi. Terkebil-kebil mata dia. Alaa kantoi. baru nak acah-acah tak tahu apa-apa.

"Khayla...boyfriend awak nak jumpa kat luar." Usik cikgu Badihah.

"Cik...gu!" Terlepas tawa cikgu.

"Pergilah ikut dia nanti cikgu Erina penat menunggu." Ayla mengeluh. Terbias muka tidak relanya berdiri dari tempat duduk dan terus keluar bersama dengan dia.

Keluar bersama sebab nak jumpa cikgu bukannya pergi dating. Jangan fikir pelik-pelik!

Ayla menjeling Irfan yang berjalan di hadapan. Mahu sahaja dicekik-cekiknya lelaki ini.
Orang dah cakap jangan jumpa aku dah.
Dasar laut betul!

"Kalau boleh bagi ayat itu peliklah lagi, sengaja nak suruh orang lain salah faham!" Getus hati Ayla. Ingat aku tak dengar ke dia cakap apa tadi.

Sepanjang perjalanan mereka berdua melalui setiap kelas sekolah menengah rendah. Ayla berasa hairan seketika tatkala perasan banyak mata-mata memandang mereka. Irfan pun merasakan perkara yang sama.

Tiba-tiba muncul seorang gadis di pintu kelas dia. Diikuti kawan-kawan dia yang lain. Tersenyum-senyum. Ah sudah.

"Kakak dan abang berdua nampak sepadanlah!" Lantang suara budak lelaki itu mengusik kakak senior mereka.

"Betul. Betul. Dahlah muka mirip...Ha jodoh-jodoh!" Satu kelas menyokong, bersorak suka akan kenyataan tersebut. Semoga terjadi sungguh!

"Nanti kak dah kahwin, jangan lupa jemput kami ya!" Terkelip-kelip mata mereka penuh comel. Ayla bercekak pinggang. Menahan geram dengan usikan nakal adik-adik juniornya manakala Irfan asyik menutup mulut dia langsung jejaka itu berjalan sedikit laju.

"Are you kidding me?" Terpejam mata Ayla sesaat sebelum mengikuti langkah kaki panjang Irfan. "Hey, tunggulah."














SEKELIP mata borang itu ditangan Irfan terus dirampas Ayla. Gadis itu membaca isi maklumat yang tertera di bahagian kanan borang. Borang di tangan nya akan mengubah suasana hati dia pada hari esok.

"Apa salahnya, manalah tahu selepas pergi sana. Suasana hati anak murid cikgu yang cantik di sebelah saya ini terus terbuka hati dia supaya menerima saya yang lagi kacak menarik." Mata gadis itu hilang mendengar kata-kata Irfan begitu wah, syok sendiri!

Menyesal pula tak ikut Auntie Emma balik kampung. Kalau tak mesti sekarang aku tengah makan keropok lekor.

"Aik, mengidam makan meja cikgu ni ke bang?" Ayla tepat memandang wajah Irfan. Tangan naik mengetuk meja guru dua kali. Ingin sahaja dia melakukan segala perbuatan yang bermain di fikiran sekarang. Nasib ada cikgu dekat depan.

Irfan senyum kambing.

Sejurus itu Ayla mengangkat tangan.
"Cikgu nak tanya...cikgu ajak kami berdua je ke? Pelajar lain tak ajak sekali?"

"Yang lain belum. Kamu berdualah pelajar pertama cikgu ajak." atau kata lain favourite students, gitu. Kepala dijatuhkan berkali-kali. Faham, faham.

"Ingat ya, tepat pukul lapan pagi sudah ada di kantin sekolah. Kita naik bas tau. Don't be late!" Keluar sudah aura-aura ketegasan cikgu Erina.

Pantas Irfan dan Ayla berdiri tegak setelah mendengar arahan yang baru sahaja diterima dengan sekali tabik hormat. Ada juga yang berkawad kaki dalam makmal sains. Mereka pun meminta kebenaran kepada cikgu untuk pulang ke kelas jika tiada apa-apa lagi nak sampaikan.

Cikgu Erina hanya mengangguk kepala dan tersenyum makna. Keluar sahaja dari situ, Ayla terperanjat tengok kelakuan senior dia.

"Yeay! Tak sabar nak pergi lawat rumah orang tua-tua. Memang semua kat sana jadi kawan aku. Hohoho!" Menari-menari si Irfan itu sambil berjalan di sebelah Ayla. Ayla buat muka tidak peduli. Cara Ayla berjalan seperti sedang menuruni daripada bukit yang tinggi.

Dari sudut pandangan cikgu Erina. Dia masih tak lepas mata dia daripada melihat gelagat dua pelajar itu. Dia tersenyum manis. Sebenarnya cikgu buat macam ini kerana nak mereka berbaik semula, kesian pula tengok. Jadi sebagai cikgu yang paling terbaik dalam sekolah ini, dia pun ship kan dua pelajar kegemaran nya.

-Akan bersambung-

Seseorang Yang Kupilih✔️Donde viven las historias. Descúbrelo ahora