"Saya tak boleh Dr. Kalau saya tak busy, kalau saya sorang sorang, saya akan sentiasa terbayang ayat ayat terakhir Daus."

"Saya tak faham kenapa dia tulis macam tu. Kami tiada rahsia Dr. Saya tahu kisah dia dan dia tahu kisah saya. Tapi bila baca ayat ayat itu saya rasa macam dah tak kenal siapa Daus Hakimi."

"Saya tak faham kenapa dia sanggup bunuh diri. Dia inform saya untuk datang awal sebab nak bincang hal lain Dr. Dia janji nak tolong saya." 

Berjurai air mata keluar dari tubir mata yang tertutup itu.

"Saya dah jumpa Zalika. Zalika dah janji akan cerita dekat saya apa yang jadi malam tu."

"Zalika?"

"Zalika yang sebar cerita tak elok tentang kami berdua. Zalika dia--"

Teresak esak Mikayla bila kenangan lama muncul kembali di minda.

Dr Salwa genggam erat jari jemari Mikayla. Kekuatan cuba disalurkan kepada gadis itu.

"Awak cakap awak jumpa Zalika? Maksud awak Siti Zalika ke?"

Mikayla angguk.

"Macam mana Zalika boleh muncul. Awak cakap awak dah lama tak jumpa Zalika"

Mikayla gelak.

"Zalika yang tonjolkan diri dekat saya Dr. Saya tangkap dia."

Mikayla buru buru bangun dari perbaringan. 

Mata mencerlung tajam ke depan.

"Saya akan pastikan Zalika buka mulut pasal kes tu. Saya akan pastikan saya tahu hal sebenar yang terjadi dekat Daus."

Dr Salwa mencatat sesuatu pada ipad di tangan.

...................................................

"She's strong. She's gonna be okay. Tapi Mika ada cerita yang dia jumpa Zalika."

"Zalika?" Dia rasa macam pernah dengar nama itu. Tapi dia tak tahu dimana dia mendengarnya.

"Oh, Tengku Zuhail tak tahu? Tak apalah, nanti nanti sahaja Tengku tanya Mikayla. Let her rest at home dulu. Dia nak balik sangat dah tu." mulut memuncung ke arah susuk tubuh Mikayla yang sudah berada di luar hospital itu. 

"Ada sesiapa yang boleh temankan dia dekat rumah?" 

"Saya akan bawa dia balik ke rumah saya dulu Dr. Tak boleh nak tinggalkan dia buat masa sekarang." 

Kereta Alphard yang dipandu Idham berhenti di depan lobi. Mika bangun teruja. 

"Nak phone !" 

Zuhail yang melihat Mika ingin naik ke kereta cepat cepat meminta diri kepada Dr Salwa.

Dr Salwa hanya mengangguk.

Lengan Mika dipegang.

"Kenapa?" tanya Mika pelik.

"Kau balik dengan aku." ujar Zuhail.

"Kenapa pulak, Idham dah ada ni. Aku nak balik rumah." tangan cuba membuka pegangan tangan Zuhail di lengannya.

"Id, Mika aku bawak balik rumah aku. Kau settle apa yang patut." ujar Tengku Zuhail ke arah Idham.

Idham hanya memandang datar.

"Taknak! Kenapa pulak aku kena balik rumah kau. Aku ada rumah sendiri." 

"Nope, kau sorang jer dekat rumah tu. Dengan tak ada kawan perempuannya. Bonda kau pun tengah buat umrah sekarang kan. Jangan nak banyak alasan, balik rumah aku. Mama pun dah tunggu." Dia sudah meminta izin mama dan babah untuk membawa Mikayla ke rumah. Sudah diceritakan situasi Mikayla kepada keluarga kecuali Tengku Zarif.

The Forced Fame [COMPLETE]जहाँ कहानियाँ रहती हैं। अभी खोजें