.......................................

Ailin tersenyum senyum di wad private sambil merenung skrin phone. Dian disisi sedang mengupas kulit epal untuknya.

"Tengok ni, mesti orang ingat Zarif sweet kan?"

Dia menunjukkan skrin telefon ke arah Dian. Dia baru upload instastory baru menunjukkan bunga yang dihantar Tengku Zarif. Pembetulan, sepatutnya bunga yang dihantar oleh pemandu Tengku Zarif adalah fakta yang tepat. 

Dian mengangguk sambil tersenyum.

Dari tadi petang Ailin sibuk mengacau Zarif. Berapa kali dia cuba untuk menghubungi lelaki itu. Dia membuat deal yang dia akan berhenti mengganggu lelaki itu jika lelaki itu menghantar bunga kepadanya. Maka kerana itu sejambak bunga ros dengan kad tertulis 'Get Well Soon, Dear' sudah menghiasi side table di tepi katil.

Dia teruja ingin melihat reaksi para peminatnya dan netizen. 

.....................................

"Hello Sleepyhead. Breakfast?" Zuhail melangkah masuk ke wad sambil menjinjit plastik makanan.

Sebelum masuk tadi dia sudah mengintai untuk melihat keadaan Mikayla. Gadis itu duduk termenung sambil bersandar pada katil yang sudah dinaikkan sedikit.

"Kau yang bawak aku ke sini kan?" jeling Mika.

"Sorrylah. Aku panik kau tak bangun bangun semalam."

"Huh banyaklah sorry kau." Mika bangun sedikit ingin melihat makanan yang dibawa Zuhail.

"Apa yang kau bawak." bersinar mata Mikayla.

"Amboi, bab makanan laju ehh kau!"  Plastik makanan diletakkan di atas meja katil dihadapan Mikayla.

"Nice! Bubur Mcd!" Mikayla terjerit suka.

Laju Mikayla melahap bubur itu. Zuhail bangun mengambil air kosong di meja tepi katil. Air dituang di dalam gelas.

"Makan slow slow lah Missy." kepala Mika diusap perlahan.

Dia lega melihat Mikayla begitu. 

"Good morning, Mikayla." Dr Salwa datang menegur.

"Good morning Dr." Mikayla tersenyum nipis.

"How are you today?" dia bertanya lagi. Mata dikerling sebentar ke arah Zuhail yang masih berpakaian sama seperti yang dilihatnya semalam.

"Okay Dr. Energetic" Ceria Mikayla menjawab. Lengan baju hospital itu diselak dan dia menunjukkan bicep tanpa isinya itu.

"Bodohlah kau." Zuhail sudah tergelak.

"Okay good. Kejap lagi kita buat session sekejap yer. 10 am saya akan minta nurse untuk escort you to counselling lounge." pesan Dr Salwa sebelum dia meminta diri.

Mikayla hanya mengangguk.

.................................................

"Awak still ingat hal lama?"

Mikayla angguk.

"Awak still salahkan diri sendiri ke disebabkan hal dulu?" 

Mikayla angguk lagi. Matanya terpejam di kerusi yang boleh dibaringkan itu. Empuk dan dia hampir terlelap.

"Mikayla, remember that you don't have to blame yourself. None of the incident is your fault. Polis pun dah bebaskan awak tanpa charge apa apa bermaksud awak memang tak salah."

Air mata mula mengalir ke pipi.

"Awak mangsa keadaan Mikayla. Awak hanya saksi kejadian. Lupakan tentang nota terakhir yang ditinggalkan arwah."

The Forced Fame [COMPLETE]Where stories live. Discover now