Padanlah dengan muka dia. Buat tindakan melulu lagi. Waktu dinner malam itu pun dia bawa Ailin hanya untuk melihat reaksi seseorang. Tapi hanya wajah kosong yang dia lihat malam itu. Dia sakit hati melihat wajah dingin itu membuatkan dia rasa ingin menyakiti. Mahu melihat masih tersisakah emosi dalam diri insan tersebut. Sudahlah Kayla balik awal malam itu. Tiba tiba sahaja hilang dari pandangan. Dia geram.

"Kalau you takde apa apa benda penting nak cakap, I dah nak naik ni. Banyak lagi dokumen yang I kena tengok ni." Zarif mengerling jam di tangan, memori lama yang muncul di dalam minda dipadam sendiri.

"Lin actually nak cakap yang Lin akan berlakon drama start next month. Lusa Lin ada script reading." ujar Ailin perlahan, sedikit merajuk kerana permintaannya tidak dipenuhi. 

"Oh okay, then good luck." Zarif bangun dari duduknya. Baru ingin melangkah,

"Lin berlakon dengan Kayla. Lin tengok sayang macam kenal dia. Dia baik tak?" tanya Ailin.

Terhenti langkah Zarif apabila mendengar sebaris nama itu. Dia berpaling.

"Lin dengar Kayla tu macam sombong sikit dengan pelakon pelakon junior. Jadi Lin ingat nak mintak tips dari sayang sebab Lin tengok family sayang macam rapat dengan dia waktu dinner haritu." ujar Ailin sambil bermain dengan jari.

"I got no tips. Just act as usual. Dia heroin ke you heroin?" tanya Zarif 

"Dia, Lin pegang watak yang akan kahwin dengan husband dia. Lin berlakon jadi madu dia." Ailin mencebik bibir.

Sedikit terangkat kening lelaki tinggi lampai itu.

"Siapa hero?" tanya Zarif lagi.

"Aniq." jawab Ailin.

Zarif membayangkan wajah Aniq di kepala. Dia ingat ingat lupa nama itu. 

"Dorang pernah berlakon jadi adik dengan abang dalam drama sebelum ni." kata Ailin apabila dilihat Zarif sedang cuba mengingat nama pelakon lelaki itu. 

"Aniq Fahrain." satu nama muncul di minda. Zarif mengangguk sendiri.

"Sayang..." panggil Ailin apabila dilihat Zarif tidak mengendahkan dirinya.

"Okay, I really got to go now. You balik dengan manager you kan? Safe ride." Zarif berpusing selepas melontarkan ayat itu. 

Ailin tercengang di tengah sofa apabila melihat tubuh Zarif yang dah bergerak ke depan untuk masuk ke lif.  

"Macam itu jer kau tinggalkan aku Zarif." bentak Ailin tidak puas hati.

.......................

Script reading pada pagi itu berlangsung dengan lancar. Kayla pandang sekilas ke arah wajah gadis di hadapannya. Dia sedikit terkejut melihat wajah itu bila dia masuk ke ruangan itu tadi. Sepatutnya pelakon lain yang akan melakonkan watak itu, tiba tiba dia dapat tahu gadis itu yang akan menggantikan pelakon tersebut. Tapi untuk menunjukkan sikap professional, dia buat tidak tahu sahaja dan melakukan kerjanya seperti biasa.

Dia ada sedikit rasa tidak selesa dengan gadis itu. Dia boleh rasa kalau seseorang itu bersikap benar atau tidak. Untuk seseorang dengan MBTI ISFJ, iaitu Introvert, Sensing, Feeling and Judging dimana sensing radar dia memang on spot, dia memang ada instinct kuat melibatkan tingkah laku seseorang itu. Diam dia bukan diam kosong. Diam dia tanda memerhati, sensing mode on, judging everyone hard.

Tapi kerana tiada apa yang berlaku lagi antara dia dan pelakon baru yang semakin popular itu, jadi dia sekadar bereaksi biasa. Membuat muka kosong kerana dia tiada rasa ingin berkawan rapat dengan mana mana pelakon dalam industri. Cukup sekadar menjadi rakan sekerja. 

Dia pernah tersilap langkah dulu, mengikut emosi remaja dengan menerima cinta Firash pelakon lelaki yang menjadi lawan mainnya dalam satu drama. Sekejap sahaja mereka bercinta kerana dia tidak suka akan perangai lelaki itu yang suka menyentuh tubuhnya. Hampir dia dicabul lelaki gatal itu di dalam kereta sebelum ada yang menyelamatkan dengan mengetuk cermin kereta. Muka lelaki itu turut dia tapakkan dengan heels 3 inci dia. Benjol dahi. ENtah siapa yang mengetuk cermin itu dia tak perasan kerana gelap dan dia kalut lari untuk selamatkan diri. Sejak itu memang dia tidak berkawan rapat dengan mana mana orang dalam industri seni ini. 

"Sis, laju betul dah nak balik." sekat Aniq 

"I lapar, nak pergi makan." ujar Kayla

"Eh jomlah makan sekali." ajak Aniq. Dia pun sudah lapar.

"I nak makan nasi, you nak ke makan nasi?" tanya Kayla.

"Eh boleh jerr. You nak makan nasi apa?" sengih Aniq, sengih bukan menggatal.

"Nasi kerabu kambing viral. I nampak famous dekat tiktok." ujar Kyla sambil menelan liur teringatkan video yang ditonton di tiktok.

"Nak ikut wehhh." Terliur juga bila terbayangkan kambing.

"Jom lah." ujar Kyla sambil berjalan mengikut Idham ke kereta. 

Aniq Fahrain, muda dua tahun darinya. Dia kenal Aniq dah lama sebelum lelaki itu menjadi pelakon lagi. Aniq adalah adik sepupu kepada kawan baik Zuhail. Jadi dia memang sedikit selesa dengan Aniq walaupun tidaklah terlalu rapat. Aniq jenis lelaki yang selamba dan tidak menggedik. Dia boleh terima sikap itu. 

.........................

TBC

The Forced Fame [COMPLETE]Where stories live. Discover now