Baru dia nak berjalan keluar dia nampak Zarif tiba di depan pintu lobi. Dia tersenyum lalu berlari kecil ke arah Zarif.

Zarif yang melihat mengerut kening pelik dengan kehadiran wanita itu dibangunan syarikat. Kunci kereta diberikan kepada vallet boy yang sedang menunggu.

"Zarif." panggil Ailin manja.

"You buat apa dekat sini." tanya Zarif.

"Lin nak ajak sayang lunch tapi rupanya sayang dah keluar lunch awal. Sayang tak nampak Lin call ke?" 

"Tak sempat nak jawab, I tengah drive." ujar Zarif.

"You nak apa ni datang sini." Zarif melabuhkan duduk di sofa dalam lobi bangunan.

"Kenapa sini, sayang tak nak naik office ke?" tanya Ailin pelik.

"You datang nak jumpa I kan? Cakaplah." Zarif membuka butang lengan baju. Sedikit tak selesa.

"Sampai hati sayang tak nak ajak langsung Lin naik office you kan?" Ailin mula merajuk. Dia duduk di sebelah Zarif.

"Office tempat I kerja, tak selesa kalau nak bawak you masuk ruangan tu."

"Eh, Lin okay jer, Lin promise takkan complain apa apa." Ujar Ailin sambil angkat lima jari. Dia datang harini menang nak tunjukkan diri dekat pekerja pekerja Zarif di dalam syarikat itu selain ingin mengajak lelaki itu keluar. Lelaki itu sibuk jadi mereka dah seminggu tak berjumpa. Sehabis cantik dia berdandan hari ini untuk lelaki itu.

"Bukan you, pekerja I yang tak selesa nanti." ujar Zarif sedikit dingin.

Mati senyuman Ailin.

"Youuuu"

"What? I tak suka bawa orang luar masuk office I. Office tempat I buat kerja bukan tempat nak main main." Zarif memicit hujung hidungnya. Pening dengan minyak wangi Ailin yang kuat.

Macam mana lah dia boleh setuju untuk bercinta dengan perempuan itu. 

Teringat pertama kali mereka berjumpa adalah sewaktu dia terlanggar gadis itu di hadapan sebuah hotel. Dia baru habis meeting dengan pelabur ketika itu. Rasa dah ditoleh ke cermin pandang belakang sebelum mengundurkan kereta.

Rasa bersalah menyebabkan dia menawarkan diri untuk menghantar Ailin ke klinik. Setelah itu dia menghantar gadis itu pulang ke rumah. Dalam perjalanan menghantar pulang, gadis itu bercerita yang dia tinggal sendiri dan merupakan anak yatim piatu. 

Zarif pelik kerana kawasan perumahan yang dituju adalah kawasan perumahan mewah. Ailin menjelaskan dia adalah pelakon dan rumah itu adalah rumah dari syarikat pengurusan untuknya. Zarif yang memang jarang menonton tv kerana satu sebab lantas membuatkan dia tidak tahu gadis itu seorang pelakon hanya menganggukkan kepala tanda faham. Malas bertanya lebih.

Sejak kejadian itu dia banyak bertembung dengan Ailin. Di mall, di restoran. Ailin banyak bercerita tentang dirinya apabila mereka berjumpa dan duduk bersama. Sedikit sebanyak dia jadi kesian pada gadis yatim piatu itu. Jadi dia tidak menolak apabila diajak keluar makan. 

Apabila Ailin meluahkan rasa cinta dia taklah rasa terkejut sangat, itu perkara normal yang terhadi kepadanya tapi tiba tiba dia rasa nak menerima gadis itu apabila dia ternampak seorang pelakon lelaki yang baru masuk ke restoran itu. Fikirannya jadi menerawang bila melihat jejaka itu. Jadi kerana tingkahnya pada petang itu telah menyebabkan dia terpaksa acah acah bercinta dengan gadis itu. 

Dia berdecit sendiri apabila teringat memori itu. Teringat tentang susuk tubuh pelakon lelaki yang tiba tiba muncul saat itu. Membuatkan urat urat di dahinya timbul.

Mulanya memang dia rasa Ailin seorang yang lemah lembut dan peramah. Dia suka wanita lemah lembut dan suka tersenyum. Tapi lama lama dia sedikit menyesal kerana Ailin mula menunjukkan perangai manja dan gediknya. Dia pening nak melayan kerenah gadis itu sejak dia menerima confession dari gadis itu.

The Forced Fame [COMPLETE]Donde viven las historias. Descúbrelo ahora