Bab 1 : Istana Nuriah

150 18 2
                                    

Pertemuan yang tak terjangka, dengan tujuan yang sama. Sehelai kertas yang menjadi takdir kepada empat jejaka dan gadis itu.

Tiada nilai yang tepat yang tertera di atas kertas itu, membuatkan keempat-empat anak muda itu melakukan perjalanan menuju ke istana kerajaan mereka itu.

Mereka membuat persetujuan untuk mengembara bersama sama dari Kambung Bahari, kampung halaman Ying itu, menuju ke utara kerajaan itu, yang mengambil masa sekurang kurangnya seminggu.

Mereka berjalan, menaiki kapal, tidur di rumah penduduk setempat bersama sama, sehinggalah mereka tiba di Bianglala, iaitu daerah yang terletaknya istana kerajaan mereka.

Sebaik sahaja tiba di jeti Bianglala, mereka mampu melihat dari atas kapal, kawasan pasar yang sibuk dengan penduduk setempat.

Udara dipenuhi dengan suapa para para nelayan yang menjual hasil laut mereka, dan juga suara penduduk yang sedang tawar menawar dengan nelayan nelayan itu.

Terlihat juga beberapa kanak kanak yang sedang bermain main dan berlari lari di sana.

Turun sahaja daripada kapal itu, mereka mengucapkan terima kasih kepada Nakhoda kapal itu.

"Terima kasih tuan Hamba kerana telah membawa hamba dan kawan hamba kemari" ucap Yaya kepada Nakhoda kapal itu.

"Tiada apa apa lah tuan hamba sekalian. Memang tugas hamba untuk membawa pelancong menyeberang lautan" balas Nakhoda kapal itu sambil memberi tunduk hormat.

"Tuan tuan hamba semua, mahu ke mana sebenarnya? Manalah tahu, kalau hamba boleh bantu tunjukkan arah" tawar Nakhoda itu.

Mendengar pelawaan itu, terus Fang membuka suara.

"Kalau boleh, kami berempat mahu menuju ke Istana Nuriah. Kalau tuan hamba tidak keberatan" jawap Fang.

Nakhoda itu tersenyum lebar mendengar permintaan anak muda itu.

"Dengan besar hati, tuan hamba sekalian. Mari, ikut hamba"

Nakhoda itu mula berjalan melepasi jeti itu, diikuti keempat empat anak muda itu di belakangnya.

Mereka dibawa melepasi kawasan pasar basah itu, dan menuju ke sebuah rumah lama hanya diluar gerbang pasar itu sahaja.

Di depan rumah itu, terlihat sebuah pondok, dan duduknya seorang lelaki, kelihatan seumuran dengan Nakhoda itu, di atas pondok itu, bersama sebuah beca di sebelah pondok itu, sedang meminum teh panas.

Nakhoda itu pun berjalan ke arah lelaki itu, dan memberi salam.

"Assalamualaikum! Gemala!"

Mendengar sahaja salam itu, terus diletakkan cawan tehnya itu ketepi, dan melihat wajah kawan baiknya itu.

"Waalaikumusalam! Eh eh, Bayu! Ahahaha! Bila tuan hamba sampai ni?"

Lelaki yang bergelar Gemala itu pun mula turun daripada pondok itu, dan berjalan mendekati Nakhoda yang bergelar Bayu itu.

Bila dia sudah berdiri di depan Bayu, barulah dia perasan dengan kehadiran empat anak muda di belakang kawannya itu.

"Baru je. Ni hah, hamba datang kemari kerana empat anak muda ini mahu ke istana! Boleh tuan hamba hantarkan mereka ke sana?" kata Bayu sambil menunjuk ke arah mereka berempat.

"Ehhh, sudah tentu boleh! Hamba pun dah memang lama tak kayuh basikal ni! Hah, meh meh! Sini naik beca hamba!"

Gemala menunjuk ke arah beca tua miliknya, yang muat muat untuk mereka berempat naiki. Terus Gemala naik ke atas basikal yang berada di depan beca itu.

You've reached the end of published parts.

⏰ Last updated: Oct 17, 2023 ⏰

Add this story to your Library to get notified about new parts!

Royal's Bodyguard (Boboiboy Fanfiction)Where stories live. Discover now