Dia mendengus geram lalu keluar dari bilik setelah berpuas hati menilik keadaan diri di cermin bilik.

.....................

"Bonda" Kayla menyapa apabila Dato' Marina masuk ke dalam kereta. 

Malam itu, Dato' Marina meminta Kayla datang mengambilnya di rumah untuk ke Viella Hotel. Dinner malam ini dianjurkan oleh Tunku Zawiyah. Ia merupakan acara saban tahun untuk mengeratkan kekeluargaan dan partnership ahli ahli board of director Astana Group. 

Dato' Marina menilik pakaian yang dipakai anak tunggalnya itu. Gaun merah hati bereben besar di dada itu ditilik untuk memastikan tiada cacat cela pada penampilan anaknya. Rambut Kayla yang panjang dihias cantik dan disepit dengan hiasan bunga anggerik bertatahkan permata putih. Setelah berpuas hati baru dia mula bercakap.

"Malam ni Bonda nak Kayla dekat dekat dengan Zarif. Dah berapa lama you guys tak jumpa. Cuba berbual dan ambil hati dia, kamu bukannya baru kenal" 

Kayla hanya mengeluh. Dia mengangguk kepala perlahan. Dia membuang pandang ke luar tingkap. 

"Nak berbual apa kalau dah bertahun tahun tak jumpa. Zarif pun pastinya memang taknak tengok muka dia. Mereka bukannya berpisah secara baik dulu." fikirnya.

............

Lobi Viella Hotel.

"Id, nanti I call kalau kami dah selesai." kata Kayla lalu dia keluar dari kereta.

Keluar sahaja dari kereta dia nampak kelibat lelaki tinggi itu berpeluk tubuh di tepi pintu masuk utama. Dia perasan lelaki itu menjeling ke arahnya sebelum memandang ke arah lain.

Menyampah lah tu. Fikir Kayla.

"Zarif, lama aunty tak nampak you." 

Baru Kayla ingin berjalan tenang ke pintu, lengannya ditarik Dato' Marina ke arah Zarif.

Dia nampak Zarif mendengus.

"Busy aunty." jawab Zarif sepatah.

"You dengan Kayla pun dah lama tak jumpa kan? Jomlah masuk sama sama, boleh borak borak." gesa Dato' Marina lagi.

Kayla hanya memandang kosong tiada rasa ingin bertegur sapa.

"It's okay aunty. I tengah tunggu my girlfriend." Jawab Zarif tersenyum nipis.

Kayla angkat kepala selepas mendengar kenyataan itu.

"Wow." getusnya di dalam hati

"Ehh since when? With who?" tanya Dato' Marina pula. Terkejut dengan kenyataan itu.

"Nanti you tengoklah sendiri aunty."

"Bonda jomlah." Kayla menarik tangan Dato' Marina dari tercegat di situ.

Buat apa menyapa orang yang tidak mengalukan kedatangan mereka. Buang masa.

Zarif melirik pandangannya secara rahsia ke arah susuk tubuh yang sedang berjalan masuk. 

Dia turut mengeluh perlahan.

"Long time no see Mikayla..." bisiknya perlahan.

....................

Dia duduk di meja yang dikhaskan untuk dia dan bonda bersama tetamu kehormat lain. Dia sekadar senyum berbasa basi dengan tetamu yang semeja. Ramai memuji kecantikannya malam itu. Malah ramai juga lelaki yang meminta nombornya dan bergambar. Siapa tidak teruja bertemu Kayla, pelakon terkenal di Malaysia sekarang.

"Since when Tengku Zarif dengan Ailin tu?" 

"Itulah, bukan cantik mana."

"Ailin tu anak siapa?"

The Forced Fame [COMPLETE]Where stories live. Discover now